Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 11
Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 11 | Ain berkongsi perkara itu dengan Rais tentang Laila. Rais turut mengakui dia merasa tidak selesa dan seram sejak tinggal dalam rumah Laila. Bapanya, Ezlan juga seperti tidak mengendahkan mereka lagi. Dia memberitahu perkara itu kepada Kak Wan.
Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih bekerja dengan Laila. Abang Darus menasihati Rais untuk membantu bapa mereka yang dalam pengaruh sihir. Sekian lama mereka tidak dibenarkan solat di dalam rumah, akhirnya mereka bertekad untuk mula bersolat berjemaah tanpa pengetahuan Laila.
Pian, Raihani dan Mak Lang bertemu dengan Naim. Naim berkongsi keadaan Ezlan yang tidak seperti Ezlan yang dikenalinya dulu. Ezlan seakan-akan dimanderem dan tunduk kepada Laila. Dari dulu lagi Raihani sudah dapat mengagak, Laila menggunakan sihir keatas keluarganya termasuklah untuk mendapatkan Ezlan. Raihani harus lakukan sesuatu demi memastikan keluarganya kembali bahagia.
16 comments
Solat dan al-Quran di rumah.
ReplyDeleteBetul Na..itu pegngan lg kuat..
Deletefamily love story ni mmg best kan, aaa still tak baca all spoiler sbb nak tgk sendiri nanti
ReplyDeleteSila kn maraton atie..dah tamat ni..hehee
DeleteTerima kasih singgah membaca blog bilis saya...
ReplyDeleteIzin saya add blog ini ke bloglist saya tanda penghargaan...
Sama2 pakcik IM
DeleteBila kena mandrem ni, memang nampak berbeza Ezlan dulu dan sekarang. Tak sabar nak tunggu drama ni habis. Entah apa jadi kat Laila nanti
ReplyDeleteDgr khabar ade AYKGI 2 fiza..hehee
Deletetengok drama ni semalam. kena banyakkan mengaji,solat jgn tinggal.
ReplyDeleteBetul tu rabia..
DeleteBab mandrem2 ni mmg sampai sekarang ada dalam masyarakat melayu kan...
ReplyDeleteBetul kak SA..selagi ada tok nenek bomoh dlm masyarakat kita..benda2 cmni sentiasa ada..
Deletemakin serammm ni. haha nampaknya kena marathon nanti
ReplyDeleteXpayah lah nina..xelok utk awak tgk 😅😅
Deletesemakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..
ReplyDeleteHabisss dah 🤭🤭
DeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.