Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 7
Kemarahan Raihani di sambut dengan lembut oleh Laila yang suka bermuka- muka. Laila berterus terang dengan Raihani yang dia telah jatuh cinta dengan Ezlan. Namun, Raihani bukanlah perempuan bodoh dan beranggap Laila sudah memperdayakan suaminya.
Pada mulanya, Laila dapat mengawal emosi. Namun, lama kelamaan dia merasa panas dan tidak senang duduk. Dia menjadi marah dan baran. Sehinggalah Laila rasa terhina apabila Raihani menampar lalu mengusirnya daripada rumah. Ini adalah kerana sikap Laila yang kurang ajar mengatakan Ezlan telah menidurinya sejak berhijrah ke bandar.
Laila tenang, seperti sudah dapat membaca tindakan Raihani. Dia tahu, Raihani mesti sudah memagar sekeliling rumah. Laila memecahkan ‘pagar’ rumah lalu mula membaca mantera. Kini, belaan Laila sudah berjaya menembusi rumah Raihani.
Tonton : Highlight : Episod 7 | Aku Yang Kau Gelar Isteri
Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri - Episod 7
15 comments
Belum tengok lagi , tapi ada adi putra 🙆 lama tak tgok berlakon nanti kena tgok Dari episode awal lah ni
ReplyDeleteBetul kena follow dr awal baru fhm citer dia..tp awal2 lg dah seram cite ni 😅
DeleteSebab nak Ezlan, sanggup dia buat macam-macam. Yang jadi penghalang semua jadi mangsa dia.
ReplyDeleteDunia realiti pun ade fiza. Kdg2 pelik manusia yg pilih jln hitam ni..seram kot😅
Deleteramai view cerita ni..alahai kne tgk juga la gamaknya ni
ReplyDeleteTgk la AD..cuna seram skit lah 😅😅
Deletescary la klu main main ilmu hitam ni sbb benda tak nampak kan
ReplyDeleteBetul..tp jenis yg boleh hidu..dekat pn dah tegak buku roma 😅😅
Deletetunggu habis dulu baru nak tengok sekali harung
ReplyDeleteBoleh Ammi..jgn tgk sorg2 tau 🤣🤣
Deletemcm nak tengok laaa cite. mcmmmm best niii :)
ReplyDeleteKalau genre mcm ni shida suka juga layan..setakat ni xlepas lg..tgk hehee
DeleteBerjaya juga pecahkan pendinding.
ReplyDeleteYaa..tp msh byk lg jampi serapah dia hehee
Deletesemakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.