Selamat Tahun Baru Cina 2021

by - 01:54:00

 

Selamat Tahun Baru Cina 2021 | Gong Xi Fa Cai korang! pembaca blog shida! harini mesti ramai yang bercuti bersempena sambutan Tahun Baru Cina kan. Tahun 2021 sambutan Chinese New Year ini adalah Tahun Lembu Emas dalam zodiak cina dianggap sebagai "Tahun Pemulihan".

Untuk tahun 2020 mungkin ramai orang mengalami tekanan serta kebimbangan sepanjang pendamik covid19 yang melanda negara. Mungkin bagi tahun 2021 adalah tahun baru atau tahun pemulihan bersempena tahun lembu emas ini bak kata pakar Feng Shui kita (Master Kenny Hoo). 

Mudah-mudahan adalah sinar baru bagi tahun 2021 ini, lagi pula vaksin pun dah ada maka terubat sikit keresahan kita kebimbangan kita kerana covid19. Lagi pun banyak dah syarikat-syarikat yang dah mula gulung tikar disebabkan pendamik dan berharap moga ada pemulihan pada tahun ini.

Dalam sambutan Tahun Baru Cina juga terdapat beberapa adat resam dan pantang larang diantaranya adalah kebiasaan yang shida dengar di mana mereka tidak akan menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dianggap seperti menghalau tuah.

Selain itu juga, yang shida dengar mereka akan tidur lewat pada hari sambutan perayaan tersebut, tak kira yang tua atau muda mereka bersembang bersama keluarga sehingga lewat malam. Bagi kanak-kanak pula mereka akan bermain mercun atau bunga api sehingga habis. Adat ini juga dipercayai memanjangkan usia mereka.

Pakai berwarna merah juga adalah salah satu pilihan yang pasti digunakan semasa sambutan perayaan ini dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah. Mereka tidak dibernarkan memakai pakaian yang berwarna hitam dan putih kerana merupakan warna untuk majlis berkabung (kematian).

Kebiasaan ini diantara adat-adat atau pantang larang yang biasa kita dengar. Mungkin ada lagi beberapa pantang larang dan adat yang mereka patut ikuti kerana setiap kaum mempunyai kepercayaan masing-masing dan adalah perlu untuk kita hormati amalan dan kepercayaan kaum lain. Dengan cara ini kita dapat mengekal keharmonian masyarakat majmuk.


You May Also Like

17 comments

  1. Happy Chinese New Year and happy holidays :)

    ReplyDelete
  2. Betul kak..yanie pun ade dengar adat mereka yg x boleh sapu rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan..kak sebab ade mmber cina tu yg tahu..

      Delete
  3. Selamat bercuti Shida. Banyak juga pantang larang mereka, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fiza..sama la mcm kita..tp kita lebih kepada adab..sebenarnya.

      Delete
  4. anak anak jiran keliling rumah ni tengah meriah main mercun

    ReplyDelete
  5. Banyak pantang larang dan adat resam serta kepercayaan masyarakat Cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Amie..kalau google mmg byk xtahu mana yg betul.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.