Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak
Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak | Okay korang menu kali ni lain sikit dari yang lain di mana penggunaan bahan ringkas dan sihat tanpa menumis dengan minyak. Entah lah, tiba-tiba encik husben minta buat kan sup sayur tanpa menggunakan minyak ni. Kita layan kan jela selagi dia nak makan apa yang kita boleh masak.
Encik husben kata sekali sekala kita buat menu yang less minyak, bukan apa hari-hari masak dengan penggunaan minyak yang tak terkawal. Memang betul tapi sebenarnya kalau tak minyak banyak pun karang tak sedap pula lagi-lagi nak buat sambal, perlu minyak banyak untuk bahan tumis masak elok. Takpe yang penting jika ada banyak minyak berlebihan kita ceduk buang setel masalah kan!
Jom korang tengok resepi yang shida sediakan untuk menu Sup Sayur Tanpa Minyak. Bila makan sekali sekala begini sedap juga sebenarnya, hirup sup tanpa rasa bersalah hahahaa
BAHAN - BAHAN :
- Karet sebatang kecil *potong memanjang atau half bulat
- Brokoli Suku *potong kecil-kecil ikut pokok dia
- Pucuk & Suhun 1 Paket *direndam dahulu
- Bawang Holand sebiji sederhana *dihiris
- Bawang Putih 2 ulas *dihiris
- Kiub Pati Ayam 1 (tak kisah brand apa)
- Air secukupnya
- Serbuk lada Hitam
- Gula & Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN (MASAK) :
- Tuang air secukupnya ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih, setelah mendidih masukkan bawang holand dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan pula kiub pati ayam kacau-kacau sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan pula karet kacau rata biarkan air mendidih lagi sehingga karet lembut dan masukkan pula brokoli dan pucuk, biar kesemuanya mendidih masing-masing dah lembut masukkan pula suhun, serbuk lada hitam dan perasakan gula garam jika perlu.
- Biar mendidih seketika then tutup api. Sedia untuk dihidangkan! Cadangan Menu untuk 2 ke 3 orang makan. Jika korang ahli keluarga ramai boleh gandakan bahan ya! Kecuali kiub tu satu pun dah cukup. Okay selamat Mencuba!
35 comments
Nampak yummy la Shida ^^
ReplyDeletetetiba mau sup sayur juga hehe
Sila lah buat itah hehee 🤭
DeleteMama Yan pun suka buat sup sayur tanpa minyak
ReplyDeleteYeay kak yan..sep sikit 👏👏
DeleteTerima kasih kongsi resepi. Nampak ringkas dan senang nak masak. Tp kebelakangan ni entah kenapa saya pula yg tak lalu makanan bersup 😅
ReplyDeleteYerla lagi2 sup tanpa minyak..semua original rasa dia hehee
DeleteWow! Mudahnya! Nanti saya nak cuba la :)
ReplyDeleteSila kn adinda 😊
DeleteSedap ni, hirup panas-panas...slurrrpp...slurrppp!
ReplyDeleteHeheee amboi kak amie..mendalami dn mbayangi resepi saya ni heheee 🤭🤭
Deletebagus ni resepi yg sgt sihat..wah dah ada domain baru, tahniah juga.
ReplyDeleteTerima kasih cikguzim 😊😊
Deleteatie suka soup sayur mcm ni juga.. ratah makan mcm tu saja
ReplyDeleteYa atie kalau on diet sup mcm ni sgt ssuai..dan mengenyangkn 😊
DeleteLauk untuk kesihatan.
ReplyDeleteTepat sekali NA 😊
Deletebagus kurang minyak... lebih sihat!
ReplyDeleteBetul tu uncle 😊
DeleteBagus untuk kesihatan ni . Tambah yang selalu jaga pasal pemakanan ni kan
ReplyDeleteBetul sesuai utk yg nk berdiet 😊
DeleteBagusnya kurang minyak, resepi lebih sihat. Tq atas perkongsian.
ReplyDeleteSama2, selamat mencuba 😊
DeleteResepi sihat. Tq share, bila2 boleh cuba resepi ni:)
ReplyDeleteSama2, selamat mencuba KRul 😊
Deleteeat clean ni.. sedappp letak cauliflower byk²
ReplyDeleteBetul tu kak mim 😊😊
Deletesedap, tambah ikan kembung goreng hahaha
ReplyDeleteBetul sikit sambal belacan heheee
DeleteMenu sihat ni Shida. Sedap
ReplyDeletealamak malam2 tgk makanan..habislahh..heheh lapo lak
ReplyDeleteTerima kasih, hari2 masak sedap2 utk abg ❤️
ReplyDeletexde minyak pun sedap juga ni
ReplyDeleteSebenarnya takde minyak pun sedap jugak masakan kita tue, betul tak..?
ReplyDeleteSedap sup sayur ringkas tanpa minyak. hirup kuah panas panas sedap tu. Penggemar sayur macam fza memang suka lauk macam ni.
ReplyDeletesedappp tuuu makan macam ni pun dah kenyang kan
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.