Pulut Kuning Rendang Ayam

by - 07:00:00

 

Pulut Kuning Rendang Ayam | Alhamdulillah semalam shida dapat merasa pulut kuning rendang ayam by Zurin Apple ni. Mesti ingat shida yang buat bila baca tajuk, hehee taklah semalam tak berapa rajin nak masak, so shida order saja dekat kak zurin ni. Lama dah kenal kak zurin ni dari zaman kak zurin ni bujang lagi. Kak Zurin ni kawan kepada kakak shida yang cikgu tu.
 

Kebetulan sangat kak zurin buka order kat facebook, terus shida masuk order. Lama dah shida teringin nak makan pulut kuning. Mesti ada yang cakap kenapa tak buat sendiri je, bukan tak nak buat tapi yang nak makan cuma shida sorang je, husben tak suka makan pulut 😂 Maka order jelah, pernah tau satu hari tu tak silap 2 3 tahun yang lepas buat pulut tapi tak menjadi hahaa terus fedup!

Harga sebekas Pulut Kuning Rendang Ayam RM10.00
Puas hati dapat makan korang,sedap! kena dengan tekak shida, Alhamdulillah dapat juga pekena pulut kuning rendang ayam ni. Beli sebekas je untuk rasa patahkan rasa ingin kan sangat tu hahaa. Dah rasa tu dah la, dia tak ada datang teringin dah. Bila nak tu membuak-buak nak selagi tak dapat tu hahhaa sabor jelah perut ni 😁😁

Selain lemang dan ketupat shida juga suka makan pulut kuning. Pulut kuning yang dah lama shida teringin nak makan adalah Pulut Kuning Rendang Ayam by Zarina Zainuddin ni. Agak viral juga pulut kuning dia ni, shida pernah tau order tak silap 3 tahun yang lepas, shida masuk order Pulut Kuning dari Zarina ni dari ejen rupanya scammer, dah lah shida order 6 bekas masa tu. 
 

Macam mana boleh kena tipu pun shida tak sedar, orang tu pun selepas transfer duit terus hilang tah kemana, takpelah anggap tak ada rezeki je masa tu huhuuu Lepas dari tu takde dah teringin nak makan, hilang duit punya hal hahaha tapi mai dah tahun ni rasa teringin dia tapi dah lepas dah hajat, Alhamdulillah.


You May Also Like

36 comments

  1. Sedap tu pulut kuning dengan rendang ayam . Bukan semua org makan pulut kan . Mungkin sebab liat kot .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak liat mybe sebab dia lembik kot..mcm husben kak pn xmkn pulut..

      Delete
  2. Ye, mula² ingat Shida masak. Hihi
    Dia selagi tak dapat tu memang rasa teringin sangat kan. kalau makan sorang, order je lah senang gitu. Alhamdulillah rezeki shida dapat makan pulut kuning dan rendang. Fza pun teringin betul rasa pulut kuning rendang zarina zainuddin tu. Sebab jauh tak jadi order. Guna agent pun macam tak yakin dan lambat nak kena tunggu masa dia. so lupakan hajat tu.

    Alahaii, sedih betul kena tipu. Banyak lak membeli tu..Semoga scammer tu mendapat balasan dan cepat sedar diri. Biar dia tahu erti pembalasan dan makan duit haram. ish ish ishh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli 6 tu n sebab nak elak dr bayar duit delivery..order 6 ke atas baru free delivery, x sgka pulak scammer..dsbbkn terlalu teringin..cepat je percaya huhuu..xtahu la masa tu kpe fiza..huhuu

      Delete
  3. Alhamdulillah. Bila tengok ni terus tengok ada tak stok beras pulut. Kiki. Boleh gitu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dpt gak merasa pulut kuning rendang ayam. Nak buat sendiri tp mkn sorang terasa x berbaloi..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa..lama tak makan pulut kuning huhuh

    ReplyDelete
  6. Tengok pulut kuning memang sedap..tapi sendiri tak leh makan...selalu makan rendang jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak..kpe angin ye..mkn pulut..saya hentam je 🤣🤣

      Delete
  7. sedapnya pulut kuning...suka sangat

    ReplyDelete
  8. Isk ada penipu gunakan nama Zarina Zainuddin. Harap insaflah penipu itu.
    Harap satu hari Shida dapat merasa pulut kuning Zarina. Amin.

    ReplyDelete
  9. sedapnya pulut kuning...zmn online ni ramai scammer..

    ReplyDelete
  10. Sedap makan pulut kuning dengan rendang ayam.

    ReplyDelete
  11. sedapnya pulut kuning rendang ayam..lama tak makan :D

    ReplyDelete
  12. Wah sedapnyaaa pulut kuning!! Lama juga tak makan. Nak buat malas. Hahha

    Kadang Cik TK pun macam itu juga, kalau untuk seorang je makan, malasnya nak buat...

    Alahai kena scam, harap orang tu insaf lepas ni. Moga kak shida dapat rasa pulut kuning zarina zainudin lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cik TK setakat mkn sorg..beli jelah. Kang x reti nak adjust byk mnaa bahan nk guna..dh la buat pulut xleh simpan lama.

      Delete
  13. Teruk betul lah ejen scammer tu. Kesian Shida. Tak pe mungkin Allah ganti rezeki lebih baik. Haah memang pulut kuning Zarina Zainuddin tu agak menyelerakan bila tengok kat IG. Tapi kalau nak post ke Sarawak, macam tak dapat je. Haha. Telan air liur je lahhh.

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaaa pulut kuning...
    jahatnya laa perangai aniaya org mcm ni... xpe... kt dunia dia boleh lps...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmgbsedap anies..terbayang pulak hahahaa 🤭🤭

      Delete
  15. Salam Shida... Lame x singgah sini. MCO ni baru boleh blogwalking semula..

    Sedapnya pulut kuning. Lame tak makan. Naniey pun same teringin pulut Zarina tu tapi tak pernah order..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ramai peminat pulut kuning zarina ni hehee..penangan betul kan 😂😂

      Delete
  16. sedapnyaaaa.. lama tak makan. hehe

    ReplyDelete
  17. kecur kecur tgk pulit kuning ni..

    ReplyDelete
  18. Halah.. Halah.. Memalam ini ternampak pulut kuning dan rendang la pula..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.