Lauk Tengahari Malaysia
Lauk Tengahari Malaysia | Nah! kalau sebut pasal makan ni orang malaysia memang pakar. Pantang makanan tu viral cepat je diserangnya kan. Hah! takpa lah asalkan makan jangan membazir sudah. Sebut pasal lauk tengahari ni pelbagai masakan yang ada di Malaysia, sebut saja mesti ada.
Sebenarnya shida ni bukan lah nak kupas atau ulas tentang masakan atau lauk pauk tengahari yang ada di Malaysia ni. Jika ya pun terlalu banyak, sukar nak ulas korang! dari yang masakan lauk ke sayur ke kuah..haihh fensan!! dan bukan juga nak share resepi lauk-lauk tengahari hahaa.
Kebiasaannya kan shida kalau masak lauk tengahari mesti tak kurang tak lebih mesti ada dua atau tiga menu. Biasa dua ke tiga menu jika makan berdua sahaja, jika ramai maybe ada lebih la dari tiga menu mungkin termasuk sambal belacan. Kalau balik rumah mak menu yang biasa mak akan masak bila ada ramai-ramai ni biasanya Kari Ikan dan Ayam Masak Merah.
Kenapa kari? okay kari ni sebab kegemaran ayah dan ayam masak merah pula kegemaran kami adik beradik. Dulu masa time muda-muda ayam masak merah ni boleh dikatakan menu hampir setiap hari ada tak pun berselang hari. Dalam rumah tu adik bongsu dan abang shida jenis tak makan ikan so kalau dorang ada ayam mesti jadi masakan utama dalam rumah.
Lain pula bila dah berkahwin, menu banyak ikut selera husben lagi-lagi
husben tak makan ikan 😏 Time berkahwin ni lah pelbagai menu shida cuba
buat dan masak. Masa bujang sibuk kerja sampai tak dan nak mengadap
dapur korang, asal balik je makanan dah terhidang atas meja (love u mak 💋).
Ayam Bakar & Sup Sayur |
Sambal Ikan Bilis + Tempe & Kacang Botol |
Menu ke dua ni pula sebab dah terlalu lama sangat shida tak buat sambal ikan bilis bersama tempe ni kena pula dengan sayur kacang botol ni pula maka terjadilah sambal ikan bilis bersama tempe. Kacang botol ni shida tak beli just petik kat rumah mak, dapat lah dalam 10 biji cukup untuk kami berdua.
Udang Bakar + Daging Pekasam & Sayur Taugeh + Sawi |
Okay menu yang ini ada tiga sebabnya shida tak makan udang. So udang ni untuk husebn, shida just bakar guna air fryer dengan Sos Perapan Mamasab. Daging pekasam pula dari Daging Pekasam Hakak Maneh yang ini menu shida sebab husben tak makan pekasam hahaha.
Sambal Ikan Bilis + Telur Goreng + Timun Potong |
Makanan di atas dinamakan Nasi Lemak ye kawan-kawan hahaa nasi udah hilang lupa nak tekup dalam pinggan 😁 Ini menu semalam, rindu sangat nak buat nasi lemak, husben asyik tolak je bila shida nak masak nasi lemak. Tapi semalam shida tak tanya dia nak masak apa untuk semalam buat saja. Balik dia niaga dia makan juga habis 2 pinggan hahaha 😂
Shida ni macam ni lah setiap hari masak sampai satu time naik jemu dah masak. Ulang-ulang masak yang sama je, sampai cakap dengan husben esok tak nak makan nasi lah, sayang buat sphagethi. Biasa husben follow saja, dia pun kadang-kadang bila tanya nak makan apa? dia pun buntu.
Banyak yang shida masak tak dan nak tangkap gambar buat tatapan dalam blog, biasanya tak dan sesaja korang. Kalau rajin shida upload dalam instagram dan facebook saja. So apa menu atau lauk tengahari korang harini? share sikit dengan shida mungkin boleh dijadikan idea memasak untuk hari-hari berikutnya. Oh ya! hari ni shida gantung kuali, husben ajak makan kat luar 😎
23 comments
Susah kalau tidak makan sesuatu, hehe lauk itu akan jadi kerap.
ReplyDeleteRindu hendak makan pekasam.
Nasi ayam hari ni menu PC. Sedap semua menu tu. Ya Allah. Rezeki.
ReplyDeleteSenang guna air fryer. Makanan pun menyihatkan.
ReplyDeleteNampak sedap2 menunya
ReplyDeleteHarap dapat suami yang makan ikan. Haha. Sebab kebanyakan masakan saya pandai masak ikan je dan saya memang kurang makan ayam
ReplyDeletesedap semuanya!
ReplyDeleteSedap pulak tengok gambar semua ini malam2 ini. hehe
ReplyDeletesedap2 semuanya..ayam masak merah mmg disukai ramai..
ReplyDeleteNadia paling suka sambal nasi lemak shida. Nampak sangat sedap. Saya fail buat sambal ni :'(
ReplyDeleteSemuanya sedap menu shida. Saya pun walaupun jarang masak tetap buntu bila nak masak. Sebab anak² suka makan ayam je. Yang lain² diaorang tolak tepi. Jenuh jgk 😅
ReplyDeletesemuaa sedap ni
ReplyDeleteOk esok cadangan nk masak ape wifey ❤️
ReplyDeleteSemua masakannya terlihat menggodama selera
ReplyDeleterajin dan pandai masak., yg penting sedapp., ;p
ReplyDeleteSemua menyelerakan
ReplyDeleteSedap betul! Automatic perut rasa lapar pulak ni..hehe
ReplyDeletesedappppnya. paling fav kacang botol tuu :)
ReplyDeletesedapnya ayam bakar tu :D
ReplyDeletesemua lauk mama suka juga tu
ReplyDeleteKalau saya dapat kacang botol tue, memang bertambah makan nasi.. hihihi memang menyelerakan semua menu lauk..
ReplyDeleteda la belum lunch lagi ni. Tengok makanan shida terus jadi lapo.
ReplyDeleteSedap sedap menu lunch Shida. Betul tu shida, naik jemu dan pening nak masak apa hari hari.
ReplyDeletesedap semuanya kak!
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.