Baca 10 Tips Untuk Selamat Ketika Melayari Internet
Tapi tahukah korang, dalam melayari internet juga ada ciri keselamatan yang perlu kita tahu. Adakah kita aware apabila kita menggunakan internet? Dengan menyalahgunakan internet juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Jom Baca 10 Tips Untuk Selamat Ketika Melayari Internet yang shida sediakan untuk membantu korang melayari internet dengan selamat.
1. Menggunakan katalaluan (password) - Mengapa begitu penting dalam kita mencipta katalaluan atau password dengan betul. Dengan kebijaksanaan scammer atau penggodam internet masa kini, kita perlu membina satu katalaluan yang kreatif dan mempunya kesinambungan seperti gabungan huruf dan nombor serta simbol. Jangan memberitahu orang lain tentang katalaluan korang. Jika boleh, buat pertukaran katalaluan sekerap yang mungkin.
2. Menggunakan Anti Virus - Setiap komputer atau gajetyang korang ada perlulah dilengkapi anti virus. Kena alert dengan tarikh tamat anti virus, sentiasa update dan tukar anti virus jika perlu.
3. Simpan dan Lindung Maklumat Diri - Elak dari meninggalkan komputer atau gajet korang tanpa pengawasan. Pastikan wifi atau internet ditutup sekiranya tidak digunakan lagi. Sentiasa scan pendrive atau menyimpan data peribadi yang penting di storage yang lain sebagai backup file.
Penting! jika korang menggunakan komputer orang lain jangan lupa untuk signout sebelum menutup semua browser yang korang gunakan. Ingat! Kalau boleh clear semua sejarah peranti yang korang login.
4. Elak dari ditipu atau diperdaya - Disebabkan sekarang ini banyak wabak berita palsu atau scammer, jangan mudah percaya dengan bahan atau isi kandungan dari dalam laman web atau sesawang internet. Sekiranya berlaku korang perlu semak butiran dan rujuk kepada sumber-sumber yang sahih.
5. Beradab Menggunakan Internet atau Media Sosial - Semua orang mempunya hak dan kebebasan dalam menggunakan internet atau media sosial. Ramai juga yang membuat media sosial ini sebagai satu tempat luahan perasaan! ia tak salah, asalkan bukan luahan yang berbaur negetif atau umpatan tak kira di media sosial milik korang sendiri atau orang lain. Korang perlu ingat dan kenal pasti juga rakan-rakan di media sosial korang, manalah tahu ada memerhati dan mengambil kesempatan yang ada.
6. Berwaspada dengan Jenayah Siber - Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan makumat dari induvidu yang korang tak kenal melalui email atau akaun media sosial peribadi korang. Elakkan dari melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan dan perkara-perkara negatif yang lain. Sekarang ni dah banyak berita tentang penipuan dari internet ini. Ada juga penipuan internet yang dipanggil Jerat Si Penggoda Internet.
Baru-baru ni ada masuk dalam SLOT 999 mengisahkan tentang seorang lelaki telah menyalahgunakan internet dengan cara melanggan seorang wanita melalui internet dan hanya berhubung melalui video untuk kepuasan sendiri dan akhirnya dia terperangkap. Gadis tersebut telah merakan video bogelnya dan akan mengugut untuk menyebarkan ke internet sekrianya tidak membayar sejumlah wang yang diminta, see dunia sekarang!! Bahaya!!
7. Fikir Sebelum Klik - Bila korang dapat email atau link dari orang yang korang tak kenal tak kisah
lah dari email atau akaun media sosial, janganlah korang pandai-pandai pergi klik pula, kalau boleh jika dapat cepat-cepatlah padam email atau link tu okay
8. Melaporkan - Laporkan email atau link yang mencurigakan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. Korang juga boleh laporkan pada pihak berkuasa kalau ada berlaku sebarang insiden yang melibatkan jenayah siber.
Contoh macam penipuan Internet sekarang ni, kalau korang rasa ada yang ingin menganayai korang, menggunakan nama korang atau gambar korang sebagai tujuan untuk membuat jenayah siber lebih baik cepat-cepat membuat laporan pihak polis.
9. Sikap Ambil Tahu - Tak salah kalau korang ada rasa busybody sikit atau mengambil remeh hal-hal seperti ini. Korang kena peka dengan trend penipuan siber terkini. Korang juga perlu faham dan waspada dengan kesan-kesan negatif berkaitan penyalahgunaan Internet.
10. Patuhi Peraturan - Ada perkara kita boleh buat dan ada perkara kita tak boleh buat. Hati-hati ya gaiss dengan penggunaan internat, kita perlu ingat negara kita ada undang-undang maka korang kena tahu dan ikut semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab berkaitan penggunaan Internet ini.
18 comments
tqsm
ReplyDeletesekarang scammer dah byk. apa pon thanks sharing yeee :)
ReplyDeletethanks atas sharing ni... kena lebih berhati hati lepas ni
ReplyDeleteGood sharing
ReplyDeletesemua tips ni penting utk kita tau
ReplyDeleteterima kasih shida untuk sharing ;)
ReplyDeleteTips nie bagus untuk kita amalkan..
ReplyDeletethank you share sis shida =)
ReplyDeleteThanks sharing. Internet ibarat jerat yang tak pernah lupakan pelanduk bak kata pepatah Melayu
ReplyDeleteTq for sharing. Scammer sekarang ada di mana mana sahaja . so kena alert and berhati hati .
ReplyDeletePerkongsian menarik.. Yang paling menakutkan dengan satu klik atau silap klik boleh bawa padah pada diri sendiri..
ReplyDeleteTerima kasih banyak. Memang kena sentiasa berhati-hati.
ReplyDeleteThanks share tips Shida. Paling menakutkan jenayah siber tu ha.
ReplyDeletezaman teknolgi sekarang ni adab masih kena jaga kan.. kena selalu berhati2 juga
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi tips Shida..
ReplyDeletePerasan telefon bimbit saya tiada aplikasi anti virus. Terima kasih ingatkan.
ReplyDeleteThanks for the sharing kak shida! Kita kena alert dan sentiasa berhati-hati.
ReplyDeletethanks sharing kak shida..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.