Sticker Nama Untuk Buku Sekolah Anak-Anak
Okay bersambung tentang sticker, sebenarnya shida ni buat partime printing. Biasa printing yang shida buat ni pelbagai bergantung kepada permintaan sebenarnya. Macam bulan ni banyak shida ambil tempahan sticker nama buku sekolah anak-anak. Ini antara kerjasama shida dan satu production ni (kawan shida) Biasa shida collect order untuk bagi dia job dan komisyen diberi mengikut order yang shida ambil.
Dalam masa yang sama dapatlah shida buat side income selain dari hasil berblog, ini antara job lain yang shida buat. Kalau korang nak tahu shida ni dalam satu masa buat banyak kerja, kadang-kadang printing, pastu design tak masuk pula dengan bloging lepastu kerja tuisyen, oh lupa biznes lagi. Sticker nama ni dah jadi satu trend dah dikalangan pelajar dan ibubapa. Sticker ni mula diperkenalkan lama dah, lepas tu upgrade buat cop nama pula.
Untuk tahun ini sahaja, dah lebih 100 keping shida print untuk customer, customer juga ada yang repeat, setiap tahun tempah. Itu yang paling seronok bila customer repeat order kat kita. Ramai yang dah nampak kelebihan menggunakan sticker nama ni, sebab ada buku yang kulit licin memang susah nak tulis dengan pen atau pun cop, jadi dengan ada sticker ni boleh tarik tampal sahaja.
Tapi korang jangan salah anggap, bukan shida kata menulis ni tak elok, elok je kalau nak menulis lagi-lagi jika suri rumah yang ada kelapangan dirumah boleh la tulis menulis. Tapi zaman sekarang ni kerja tulis menulis baik mak atau ayah ada yang rasa benda boleh mudah kenapa nak dirumitkan ye dak? Mana boleh setel dengan cara mudah lebih baik setelkan cara macam tu.
lagi pun setakat ini customer shida separuh darinya adalah ibu yang tidak bekerja ataupun suri rumah. Mereka kata tampal sticker lebih mudah dan cepat sebab kerja-kerja fokus ni memang mengambil masa lagi-lagi nak menulis. Jadi pendekatan yang lebih baik adalah sticker kan ajer 😁
Sticker ni bukan sahaja boleh tampal pada buku, pada alatan tulis pun boleh. Ini salah satu gambar dari customer shida, anak blogger Azizah Yahaya. Jiejah dah dua tahun repeat order sticker ni. Selain tulisan rumi boleh juga print dalam tulisan jawi. Bertuah sungguh zaman sekarang ni, semua mudah kan! dulu tulis lah sampai bengkak jari hahaha 😁😁
Cuma bagi shida sticker nama ni paling tepat dan patut dimiliki oleh setiap ibubapa bagi memudahkan dan meringankan lagi kerja tanpa perlu menulis nama pada buku anak-anak. Bayangkan la jika ada 3 4 orang anak dengan bilangan buku yang banyak, tak ke jenuh nak menulis.
Sticker ni mudah, siap dipotong petak tinggal
tarik dan tampal sahaja, sangat mudah. Jenis sticker ada dua jenis, satu
jenis putih dan satu lagi jenis transparent, dua-dua jenis shida ada buat. So bagi korang yang berminat bolehlah roger shida melalui facebook atau email sahaja. Nanti shida respon kita chat melalui whatsapp ya. Thanks korang!
10 comments
kemas cantik bila guna sticker hehe
ReplyDeleteJimat sedikit masa untuk tampal.
ReplyDeleteMemang mudah ada pelekat nama begini.
ReplyDeleteMoga Shida terus dikurniakan rezeki melimpah ruah.
Nampak cantik dan kemas.. Jadi kalendar yang awak bagi nie kat saya pun daripada production yang sama ke..? Cantik..
ReplyDeleteBefore this nampak shida buat yang putih je. yang transparent pun ada eh. okay gak yang tansparent tu. nak order nanti fza roger roger eh.
ReplyDeletesamalah kita macam macam kerja pulak. Tak terlarat sudah. Shida pun banyak tolong fza bab printing tu. Thanks Shida.
senang ada sticker nama.. klu tulis nama satu2..lenguh tgn
ReplyDeletezaman sekolah dulu renyah betul nak tulis nama atas buku ni. guna sticker ni sekarang memang mudah dan jimat masa :)
ReplyDeleteAnak-anak yanie blm yg ada sekolah lg..dah sekolah nnt bolehla order dgn kak :)
ReplyDeletePenat tau nak tulis nama satu-satu dekat semua buku!! Pakai stiker senang! Lagi jimat masa!
ReplyDeletebetul, nak menulis tu lenguh kadang hehe
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.