Sesuaikan Perubahan Gaya Hidup Ini Untuk Tetap SIhat & Selamat

by - 18:12:00

Kita sering dihujani berita dan artikel mengenai jangkitan dan penyakit terbaru yang membuatkan kita rasa risau dan takut. Walaupun pelbagai faktor luaran mungkin ada kaitan dengan hal ini, tetapi kita tetap berperanan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya lebih selamat. 

Sistem kekebalan tubuh yang kuat dapat bertindak sebagai ‘pelindung’ maka sebaiknya kita perlu melakukan yang terbaik untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga khususnya. Berikut adalah beberapa kaedah mudah tetapi bagus untuk meningkatkan sistem ketahanan badan untuk membantu elakkan serangan penyakit di masa hadapan! 

 1. Dapatkan Tidur Yang Cukup 
Menguruskan masa tidur yang cukup dan berkualiti dapat mengekalkan tahap tekanan. Ia juga dapat mengurangkan tahap kortisol tubuh dan hormon steroid. Faktor gaya hidup seperti tidur yang tidak mencukupi dan tekanan boleh menyebabkan tahap kortisol melambung tinggi hingga berlaku kekacauan pada sistem imun. 

Sistem kekebalan tubuh yang terjejas boleh menyebabkan kita mudah terkena selesema dan penyakit lain. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup dan jaga tahap tekananuntuk meningkatkan pertahanan tubuh yang kuat terhadap penyakit! 

 2. Jaga Sistem Percernaan 
Mengekalkan sistem pencernaan yang sihat adalah satu tugas penting untuk memiliki sistem imun yang kuat. Ini kerana 70 hingga 80% sistem imun kita berada di usus. Ketidakseimbangan bakteria dalam usus dapat mengimbangi komposisi kimia dalam sistem imun hingga boleh menyebabkan diri rasa terbuka terhadap penyakit. 

Cara paling mudah untuk jaga sistem pencernaan adalah dengan cara minum yogurt pada waktu yang bentul dalam jumlah yang sepatutnya. Minum yoghurt waktu pagi dapat membantu menjaga sistem imun kita menjadi lebih kuat dengan kemasukan probiotik (bakteria baik). Kajian menunjukkan suplemen probiotik dapat mengurangkan kejadian jangkitan pernafasan dan gastrousus. Produk susu yang diperam ini juga terbukti dapat mengurangkan jangkitan pernafasan pada orang dewasa dan kanak-kanak. 

 3. Ambil Vitamin C Tambahan 
Vitamin C, atau asid askorbik, telah lama dikenal sebagai nutrien sangat membantu sistem kekebalan tubuh. Vitamin C boleh membantu merangsang sistem imun untuk melawan sel-sel asing yang menyerang badan. Selain itu, penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen Vitamin C sebenarnya dapat meningkatkan jumlah antibodi yang dihasilkan oleh tubuh kita hingga dapat melindungi tubuh dari bakteria dan virus. 

Jumlah pengambilannya pula, orang lelaki dewasa biasanya disarankan untuk mengambil 90mg Vitamin C setiap hari, sementara wanita dewasa harus mendapat sekurang-kurangnya 75mg setiap hari. Dos mega antara 250mg dan 1g Vitamin C sehari kadang-kadang digunakan untuk mengurangkan tempoh jangkitan selsema. 

 4. Amalkan Diet yang Seimbang 
Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh badan mendapat nutrien yang diperlukan oleh sistem imun kita. Kajian pada orang dewasa yang lebih tua menunjukkan bahawa pengambilan buah dan sayur dapat meningkatkan tindak balas antibodi terhadap vaksin Pneumovax, yang melindungi Streptococcus Pneumonia. Makan makanan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dapat memastikan tubuh dan sistem imun terus boleh berfungsi dengan optimum. 

Cuba masukkan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, protein tanpa lemak dan susu rendah lemak ke dalam makanan. Makanan ini akan memberi kita banyak vitamin, mineral, dan antioksidan, yang sangat membantu sistem kekebalan tubuh. Semasa membeli apa-apa jenis vitamin, mineral atau suplemen herba, mesti cari info yang banyak dulu. Ini kerana suplemen secara umumnya mudah di beli di mana-mana dan bersifat tidak diatur. Jadi adalah lebih baik jika membeli dari syarikat yang mempunyai reputasi baik. 

 5. Minum Teh 
Orang yang suka minum lima cawan teh hitam sehari selama dua minggu mempunyai 10 kali lebih banyak interferon untuk melawan virus. Dalam kajian Harvard, Asid amino yang bertanggungjawab untuk meningkatkan imuniti ini. Dos optimum adalah beberapa cawan setiap hari. 

 6. Hadkan Pergerakan 
Satu dunia merasa panahan virus Corona Covid-19, begitu juga kita. Cara terbaik selain daripada pemakaian pelitup muka dan penggunaan sanitizer, adalah elok untuk kita hadkan pergerakan. Elakkan tempat awam juga.  

Tak dinafikan, kita selalunya keluar untuk beli bahan makanan dan sebagainya. Tapi, jika sama sekali takut untuk keluar beli bahan makanan itu semua, boleh guna servis grocery delivery pihak Pandamart yang dimiliki oleh syarikat Foodpanda. 

Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa Foodpanda ini punya servis penghantaran bahan masakan dan barangan runcit lain seperti mana yang ada dijual di pasaraya.

You May Also Like

15 comments

  1. Fakta menarik mengenai teh hitam.

    ReplyDelete
  2. 7. Jangan lupa eksesais untuk keluarkan peluh.

    ReplyDelete
  3. Yang lain tu... boleh ikut lagi. Kecuali no 1. Selalu saja tak cukup

    ReplyDelete
  4. bila da menjengah usia 30an ni memang sedikit sebanyak kesedaran kesihatan ni kena ambil tahu.. saya pun slowly mula kawal makan.. jarang da makan yang tidak2 tu. sesekali makan sebab tekak teringin tapi kalau boleh elak akan elak.. dah kena ambil supplement dan amalkan gaya hidup sihat..

    ReplyDelete
  5. dr thn lps sy dah cuba 'puasa mlm'. sy mesti mkn sblm kol 7pm. so, dlm kol 10pm sy dah boleh msk tido. alhamdulillah so far konsisten dgn cara mcm ni...tido pun rs ckp

    ReplyDelete
  6. betul tu shida, setuju! lama tak jumpa shida kat blog hehehe

    ReplyDelete
  7. Yang no.1 tue masih lagi struggle nak dpatkan tidur yang cukup...

    ReplyDelete
  8. No.1 tu je dah failed. huhu..
    Diet seimbang tu failed juga..
    Dalam keadaan sekarang kesihatan perlu diutamakan.
    Usaha untuk ubah gaya hidup yang lebih sihat.
    Terima kasih shida ingatkan dan share.

    ReplyDelete
  9. nombor satu tu mama nak ubah pada diri mama. suka sgt tidur lewat huhuu

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. aida memang tidur cukup. selesa. lena.
    now aida sedang ubah gaya hidup bab pemakanan.
    tak nak kurus pun, shida. sebab dah tua, takkan kurus mana pun.
    tapi nak maintain sihat.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tipsnya shida..vit c tu ambik jgk tp mcm x berkesan ja huhu lebih sebulan suda makan tp so far x nampak lg kesannya

    ReplyDelete
  12. Thanks for the tips kak shida... tapi kannn... Haha nombor 1 tu dah gagal. Hmmmm.... jarang dapat tidur yang cukup.. huhuuu

    Bagus juga teh hitam ni ya...

    ReplyDelete
  13. mama kena ubah lifesyle mama sebab selalunya tidur kurang cukup. mata pun dah ber eye bagi huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.