Selamat Tahun Baru 2021 Dengan Norma Baharu
Suka Duka Sepanjang 2020.
Duka dalam tahun 2020, bagi shida sepanjang pendamik ni sangat sukar untuk digambarkan. Tidak dinafikan banyak plan yang tergendala dan tidak dapat dicapai oleh kerana pendamik covid19 ini. Kalau diikutkan plan tahun ni shida dan suami nak keluarkan satu kereta baru, memandangkan kami perlukan kereta kedua, kebetulan sangat kereta suami dah pun selesai bayar tapi tak ada rezeki juga.
Masa PKP kami pun tidak dapat bekerja, sebab kena duduk rumah. Pasar kena tutup, pusat tuisyen juga kena tutup.Dalam tidak bekerja tu, terfikir juga apa nak buat ni, sedangkan tak boleh nak duduk saja, sewa rumah kena bayar, bil-bil kena bayar, jadi agak stress laki bini fikir huhuhu
Alhamdulillah, selepas beberapa minggu kami plan untuk berniaga saja dari rumah dan buat juga untuk COD. Dapat juga pendapatan walaupun tak banyak macam sebelumnya (syukur), dapat juga membayar sewa rumah setiap bulan dan bayar bil-bil penting. Boleh dikatakan kami sangat-sangat terkesan dan terjejas disebabkan covid19 ini.
Suka dalam tahun 2020, Alhamdulillah suka disepanjang 2020 ini ada juga beberapa perkara. Sepanjang PKP kami laki bini duduk rumah, kami dapat selalu solat berjemaah dan mengaji. Perkara yang agak sukar kami berdua nak buat bila dua-dua sibuk bekerja. Semasa PKP tu memang tak lepas peluang lah untuk buat perkara yang dah lama kami berdua nak buat.
Aturan Allah swt memang cantik, bila negara dikenakan PKP kita hanya duduk rumah bersama dengan keluarga dan dalam masa yang sama kita ada masa yang sangat berharga bersama keluarga yang tak selalu kita dapat. Kalau ikutkan sebelum PKP shida dan husben selalu tak berjumpa sangat. Bertemu pun waktu nak tidur, kadang-kadang shida balik kerja malam husben pun dah lena dulu. Tapi semasa PKP setiap masa setiap minit bersama dengan insan tersayang ini, so happy!
Now, setelah kita dapat bekerja semula dengan norma baharu, semua pun dah jadi lain. Kehidupan seharian penuh dengan berhati-hati. Dengan norma baharu ni, dalam kereta, dalam handbag, dalam rumah sentiasa ada facemask dan hand sanitizer. Selain menajga jarak antara satu sama lain, facemaska dan hand sanitizer juga dah jadi keperluan penting yang wajib ada.
Walau bagaimana pun kehidupan kita harus diteruskan dan dijalani dengan norma baharu. Apa harapan untuk tahun baru ni? Harapan dan impian shida tak lah minta yang besar-besar cuma satu ja, nak rezeki yang melimpah ruah dari Allah swt. Apa sahaja jenis rezeki Allah swt nak bagi shida terima, rezeki Allah kan luas, orang kata dapat suami yang baik, mertua yang baik itu juga rezeki tau.
Alhamdulillah permintaan dah diminta, Allah dah dengar kita cuma tawakal. Andai ada rezeki tahun baru ni kami nak rezeki bertiga, nak rezeki sihat tubuh badan, nak rezeki saling mencintai hingga jannah. Moga ada sinar baru untuk tahun baru dengan norma baharu ini, korang Amin kan ya 😊
💥 Happy New year 2021 💥
32 comments
Belum menang lagi. Dahulu ingatkan boleh jadi sifar kes.
ReplyDeleteSejak dah boleh keluarkan..jgn mimpi la nk 0 kes huhuuu
DeleteHappy new year to you too...rasanya lama lagi la pandemik ni nak hilang dari muka bumi ni. terpaksa hidup dlm norma baharu..
ReplyDeletebetul abam kie :)take care ya!
DeleteSelamat tahun baru untuk Shida sekeluarga.. Memang kebanyakan kita terkesan dengan pandemik ini, tapi sebenarnya ada maksud makrifat di sebalik dugaan ini.. Apapun semoga kita semua tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang kian mencabar dan jaga SOP yang telah ditetapkan... Nampak seperti menyusahkan tapi sebenarnya untuk keselamatan dan kesihatan kita sendiri..
ReplyDeleteTerima kasih shikin. HNY2021 :)
DeleteSelamat Tahun Baru (✿◕‿◕✿)
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Ema :)
DeleteSemoga tahun 2021 Allah mengangkat wabak ini. Bersabar kerana wabak ada hikmah yang ALlah bagi kepada kita semua.. :)
ReplyDeleteAmin naim :) Selamat Tahun Baru :)
Deleteselamat tahun baru kak shida. semoga dipermudahkan segala urusan untuk tahun ni :)
ReplyDeleteAMin :) Selamat Tahun Baru tiara :)
DeleteSemoga tahun ni kes makin berkurangan. Rindu sgt family sebab selagi kes tinggi suami cuti beku huwaaaa
ReplyDeleteYeke..alahai kesian ENa huhuu. Take care ya!
DeleteAda hikmahnya bila PKP.Dapat spend masa dengan family dan orang tersayang. Sama, terkesan juga dengan pandemik tu. Stress pun extra stress. Apapun perancangan Allah lebih baik. Harap 2021 lebih indah. Happy New Year :)
ReplyDeleteBetul fiza :) stress tu jgn habaq la mcm mana..ckp stress huhuu..Selamat Tahun Baru fiza :)
Deleteselamat thn bru ^_^
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Yaya :)
DeleteCovid ni kalau dipandang dr segi positifnya mmg byk jugak hikmah esp family bonding dan hbgn kita dgn Tuhan kan?
ReplyDeletebetul kakmim setuju :) Selamat Tahun Baru kakmim :)
Deletehappy 2021 kak shida!!!
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Atie ^_^
Deleteselemat tahun baru.. hope for a better year :)
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Nard!
DeleteSelamat tahun baru kak shida!! Moga 2021 ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya...
ReplyDeletePkp sebelum ini memang banyak hikmah sebenarnya.. masa ini kita spend time dengan family, belajar benda2 baru, dapat hobi baru, dan sebagainya
setuju CIk TK :) banyak baik buruk kita lalui dalam pandemik covid19 ni. Selamat Tahun Baru CIk TK <3
Deleteselamat tahun baru shida
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru mamapp :)
DeleteAmin kak..mudah mudahan apa yg kak planning akan bjalan dgn lancar dan doa kak dimakbulkan..Apa2 share dgn yanie ye!
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2021 Shida..
ReplyDeleteHarapnya 2021 ini akan semakin baik..
happy new year shida :)
ReplyDeletemoga thn ni semakin baik, kan.
start dgn PKP.
moga PKP ni dpt kurangkan bilangan yg positif.
Semoga tahun ni lagi better dari last year.. amin
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.