Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Shida | 5 Januari 2021

by - 09:38:00

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Shida | 5 Januari 2021 | Alhamdulillah hari yang bersejarah hari ini, melangkah satu tahun lagi umurku. Syukur Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk bernafas, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kelangsungan hidup. Harini genaplah umur shida ke 34 tahun, korang! Tua dah tau hehehee. Janganla ada yang panggil shida adik ya 😁 Kalau panggil juga ermm..terasa muda kita tau hahaha 😆😆

Terima kasih tak terhingga keluarga, keluarga mertua, kawan-kawan yang mana wasap dan komen kat facebook wish birthday shida awal-awal pagi. Alhamdulillah korang ingat juga birthday shida yang paling awal ni. Masuk je awal tahun udah meningkat umurnya hahaaa, tak dan nak fefelling muda tau.

Semalam tepat 12 am husben buat kejutan pula, semalam juga shida balik lewat pukul 11 malam baru sampai rumah. Ingat husben tidur dah, tengok dia syok landing atas katil. Shida balik semalam terus mandi, lepak-lepak depan tv (aktiviti kebiasaan), kadang tu tak tengok tv pun asyik dengan handfone je hahahaa Masa pukul 12.01am tiba-tiba suami bawa kek terkejut juga la kita sangka dia tidur.
 

Pagi ni dia (husben) kata, sayang tak perlu buat apa-apa hari ni, duduk rehat kat rumah. Tak perlu masak kita makan kat luar je waktu abang balik kerja nanti. Memandangkan shida cuti hari ini, memang tepatlah time birthday kena time cuti kan. So hari ni sesi bermalasan lah dirumah hahahaa. 

Untuk tahun ini, tak ada apa sangat permintaan dari shida sempena hari jadi ni. Cuma ingin menjalani kehidupan seperti biasa, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dari segala segi. Berdoa juga moga dijauhkan dari wabak covid19 yang semakin meningkat ini, Amin!


You May Also Like

21 comments

  1. Happy Birthday..didoakan semoga panjang umur, murah rezeki & dimakbulkan segala hajat..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir yang ke-34 tahun.
    Semoga dilimpahi keafiatan dan rezeki yang barokah.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Shida.
    Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan dan berpanjangan. Aaminn
    Wahh best tu ada surprise. Birthday girl, kenalah rehat rehat je. Enjoy your day Shida :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jadi. Wah dilayan bagai puteri. Gantung kuali, berehat sahaja.

    ReplyDelete
  5. muda lagi shida.. selamat harilahir semoga panjang umur dan murah rezeki sentiasa.. ama la kita capricorn girl

    ReplyDelete
  6. happy birthday kak shida!! sama birthday dgn my dad! heheh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Sis Shida, Sanah helwah. Moga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dari segala ceruk ruang dan peluang, dikurniakan kehidupan yang aman sejahtera berbahagia selalu di samping keluargamu duniawi ukhrawi. Semoga dikurniakan kecerdasan akal dan emosi yang baik.

    Semalam birthday anak kita... tak sempat nak masuk dalam blog lagi

    ReplyDelete
  8. happy birthday adik shida... sebaya adik² kakmim je ni mmg patut kakmim panggil adik.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Sanah helwah shida. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  10. Happy birthday shida, enjoy our 30s!

    ReplyDelete
  11. Happy birthday kak shida. Semoga di limpahkan rezeki yang bertambah tambah luas & usia yang di berkati.. Aamiin Ya Mujib.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Jadi kak shida :)

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday Shida..
    Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. aamiin..

    ReplyDelete
  14. sedapnya kek. selamat hari jadi kak shida. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  15. happy belated birthday Kak Shida.. hehe.. xpe masih muda tu comey =)
    age is just a number kan.. janji jiwa happy2 selalu..

    ReplyDelete
  16. belum terlambat rasanya utk sy ucapkan selamat hari lahir... moga sentiasa dimurahkan rezeki dan selalu berada di bawah rahmat-Nya aminnnn

    ReplyDelete
  17. happy birthday shida.
    moga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yg panjang :)

    ReplyDelete
  18. Laaa bday shida ka? Happiest birthday to u dear friend 🎂 Allah bless you n family..amin

    ReplyDelete
  19. Happy belated birthday kak shida!!!! Moga panjang umur, murah rezeki dan ceria-ceria selalu!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.