Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak
Percutian 3 hari 2 malam ni kami mengambil peluang untuk cuti berehat setelah setahun bekerja dengan tegang dan penat tambahan pula dengan pandemik covid19 ini. Plan nak ke sana memang dah lama kami rancang disebabkan perancangan nak ke Pulau Langkawi telah dibatalkan disebabkan wabak virus ni. Walau bagaimana pun kami berdua enjoy bercuti di sana, tak sesak dengan orang sebab kami memilih untuk pergi bercuti pada hari minggu.
Penginapan di Pulau Pangkor kami memilih untuk stay kat Chalet Nipah Bay Villa yang berharga semalam RM90.00 sahaja. Kami naik feri dari Jeti Marina, tiket feri dan penginapan siap booking Online menggunakan Traveloka. Terminal Jeti Marina ni bagi shida amat mudah kerana parking kereta disediakan dari berbumbung ke tempat tidak berbumbung dan of course ianya berbayar mengikut hour.
Gambar dari Depan Chalet Nipah Bay Villa
Malam berikutnya (hari ke 2) kami makan satu kedai makan yang selalu penuh dengan orang. Masa malam pertama tu kami tak dapat makan kat kedai ni sebab penuh dengan orang dan bersesak tu yang decide makan kat kedai kat pantai tu je. Nama kedai ni MIJUEN THAI FOODS PROJECT, nama macam kedai siam tapi ini kedai orang melayu kita tau, masakan ala-ala kedai siam gitu,sedap!
Hari ke dua berikutnya, kami bercadang nak meronda sekitar kawasan teluk nipah ni, memandangkan hari baik cuaca panas kami hanya sewa motor sahaja dan sebelah petang selepas solat zohor baru kami bercadang turun ke pantai untuk mandi. Sewa motor sehari RM40.00 + RM50.00 (deposit ) dan deposit akan dipulangkan selepas kita dah tak nak guna lagi motor tersebut dan diserahkan dalam keadaan yang baik.
Lupa pula shida nak tanya tentang sewa kereta sebabnya semasa kami datang ke teluk nipah ni abang driver teksi pink beritahu yang jalan biasa digunakan tu tanah runtuh jadi agak susah jika naik kereta untuk melawat kawasan sekitar jika tak berhati-hati sebab jalan di dalam kawasan pulau yang agak sempit juga. Selepas sarapan kami terus gerak ke pekan untuk melawat sekitar teluk nipah, tempat pertama yang kami tuju iaitu KOTA BEALANDA, seterusnya kawasan BATU BERSURAT dan tempat terakhir MASJID AL-BADI 1000 SELAWAT. Ketiga-tiga tempat ni sebenarnya dalam satu kawasan je jadi siapa yang pertama kali datang tak akan sesatlah hahaaa.
23 comments
Happy Anniversary! Moga bahagia selamanyaaa...Best lah bercuti kat sanaaaa..Tenang je..tak ramai org lagii tenang..Kan...teringin jugak pergi Perak.. dengar dengar ada nasi ganja tu...
ReplyDeleteBetul Nona..sebab xnak bersesak tu yg plih time ahri bekerja..x sesak..tp feri kat situ xpenuh x penuh SOP pn hilg haihh~
Deletethanks for the wishes :)
Padat aktiviti. Untung duduk chalet dekat dengan kemudahan.
ReplyDeleteBetul NA, sblm ni pernah duduk chalet yg sama tp pi dgn family time bujang dulu..hehee
DeleteWah panjangnya tulisan utk mengabadikan kenangan percutian bulan madu kedua ye, hihi.
ReplyDeleteAritu sekejab boleh jenjalan kan, skrg ni dah kena sekat semula. Seronok ye dpt bercuti, haruslah diabadikan.
Betul kak Azimah, abadikan la..nk simpan kat fone pn nnnt kena delete juga..update je kat dlm blog sng..hehee
Deletenikmatnya bercuti kan, sedih bila lihat gambar travel lama2 hehe...cepatlah pandemik ni berakhir..aamin
ReplyDeleteAmin cikgu.. Semua org merasakan perkara yg sama..
DeleteFza tak pernah pergi mana mana pulau. Macam best je bercuti kat pulau ni sempena anniversary ala ala honeymoon gitu. Suka view pulau yang cantik. Tapi semua pulau jauh-jauh. huhu
ReplyDeleteJIka berkesempatan fiza..noleh dtg ke Pulau Pangkor ni..okay lah best!
Deleteaaaaa!! from here la dpt fridge magnet pangkor!! thank you so much kak shida!
ReplyDeleteyesszaaa dr sana la atie heheee ^_^
Deletewah seronoknya jalan2! Cantiknya Masjid tu shida <3
ReplyDeleteSeronok plus penat hahahaa..patut kena tambah sehari lg utk merap dlm bilik pulak ^_^ Betul masjid tu sgt2 cantik syaz!
Deletecantiknya masjid terapung..walaupun org Perak, tak pernah sampai Pangkor..huhu..*malu, tutup muka*..setakat Lumut je..
ReplyDeleteTakpe Nohas..ada masa pi la jalan2 nnt.. shida pun baru pegi 2 kali selama dah 34 tahun hidup ni hahaaa ^_^
DeleteHappy anniversary to both of u! Nampak hepi sangat u olls berdua kat Pangkor. Saya tak pernah pergi lagi. Cantik la Kota Belanda dan Masjid Al Badi tu
ReplyDeleteTerima kasih Sal <3
DeleteSeronoknya..kak dan pakcik hehee <3
ReplyDeleteDekat dengan rumah saya. Saya duduk Lumut, depan taman paya bakau. Saya walaupun dekat, dah lama tak ke Pangkor. Ooo.. kampung suami Shida di Bruas. :)
ReplyDeletebestnya pi pangkor. mama aritu duk bay view kat teluk nipah gak
ReplyDeleteCantiknya Masjid al Badi. Pintu gerbangnya tu nampak menarik sungguh!
ReplyDeletehappy anniversary���� masjid baru ek? cantik seni binanya... nmpk pulau pangkor dah makin maju... tp bla laa agk nya sy nk smpi ke sini heheeh... x penah jejak lg��
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.