Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021

by - 00:33:00

Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 | Hari ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Negeri Perak. Ada juga beberapa buah negeri yang PKP bersama hari ini. Seperti biasalah Pusat Tuisyen shida juga turut terjejas diarahkan penutupan semasa PKP. Allahu masa dapat berita ni memang shida tak terkedu tak tahu nak cakap apa.

Kesian sungguh dengan anak-anak murid shida ni, dorang semangat dah datang tuisyen belajar perkara baru dengan norma baharu, alih-alih Pusat kena tutup. Ramai juga ibubapa yang mengadu perihal anak-anak, lagi-lagi permasalahan masih tidak dapat membaca dengan baik atau menguasai bahasa dengan lancar kerana lama tak pergi sekolah.

Memang shida akaui, tak semua ibubapa punya masa dan tenaga bila anak-anak berada dirumah untuk pdpr. Tambahan pula ibubapa yang bekerja, ramai alami masalah untuk mengurus pembelajaran anak-anak dirumah. Mungkin bila hantar tuisyen dapat sedikit sebanyak membantu pembelajaran anak-anak semntara sekolah masih tutup.

Handfone pula sekarang dah jadi salah satu gadget wajib anak-anak perlu ada, kerja sekolah dan latihan semua sekarang melalui handfone, memang betul sekolah sekarang berada di dalam handfone dengan norma baharu persekolahan. Nak tak nak kena juga hadap semua ni sampai segalanya pulih kembali seperti sediakala.

Macam shida sendiri, macam selalu shida kata sebelum ni, bila kami diarah tutup yang paling terkesan adalah bila nak buat pembayaran dari segala segi terjejas. Mana nak bayar sewa, bil-bil semasa, penggajian (stress fikir). Inshaa Allah semoga Allah swt permudahkan segala kesulitan yang timbul. Moga ada sinar selepas apa yang terjadi walaupun i sinar shida tidak lulus huhuu #sabarjela 😕

Kepada kawan-kawan diluar sana yang dapat bekerja, berhati-hati ya! Elak 3S sembang dekat, sempit dan jaga jarak, sesak dikawasan ramai orang, Yang penting pakai facemask dan selalu hand sanitizer. Untuk PKP hari pertama hari ni dan esok shida masuk pejabat untuk selesaikan kerja-kerja penting, lepas tu shida teruskan dengan WFH saja sehingga tunggu khabar berita untuk bebas PKP.


You May Also Like

14 comments

  1. Harap diberi kelapangan untuk Shida hadapi kesusahan dan diberi jalan nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Samalah kita shida, dari PKPB ke PKP dah. Sekarang ni duduk rumah pun kena jaga SOP juga shida kalau ada yang keluar rumah bekerja dan ada urusan. Kluster tempat kerja makin meningkat. Risau dibuatnya. Apapun kita bersedia dengan mental dan fizikal. semoga kita lebih kuat hadapi ujian ni. Aaminn

    ReplyDelete
  3. BerPKP semula lah kita. Betul kesian anak-anak nak belajar. Nak tak nak kena bertabahlah...

    ReplyDelete
  4. lepas ni surely 100% satu malaysia pkp balik huhuh

    ReplyDelete
  5. Moga dengan pkp ini dapat menurunkan kadar jangkitan covid di negara kita...

    ReplyDelete
  6. PC sedih bila sekarang ramai yang dah tak pakai facemask bila keluar rumah. Tak tahulah kenapa.

    ReplyDelete
  7. Tapi masih ramai yang bekerja seperti biasa. Cuma tak boleh keluar daerah dan negeri sahaja. Semoga segala urusan Shida dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. sama la..kami d Sabah awl lagi PKP..ehehe

    ReplyDelete
  9. Stay safe shida.. semoga dipermudahkan untuk kita semua memerangi covid ni

    ReplyDelete
  10. Moga jangkitan covid ini dapat dikawal dengan pelaksanaan pkp ni. Huhuuu

    ReplyDelete
  11. Anak2 yanie nnt kena suai kan diri nanti kan kak

    ReplyDelete
  12. bersedialah kita. maunya disambung lagi nanti

    ReplyDelete
  13. Selamat berPKP. Sama-samalah kita hadapi dengan tabah.

    ReplyDelete
  14. xde beza pun 2 ni. org ramai masih ke sana ke sini. jln raya pun penuh. plg x sangka parking dpn opis sy penuhh

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.