Mendobi Rumah Dihujung Minggu
So semalam shida all out buat lepas subuh tu dalam 7.30 pagi mula dah kerja-kerja mencuci. Mula-mula sekali shida sapu sawang dan habuk disetiap celah dalam rumah ni sampai patah lah kepala sawang tu lawak betoii laa 😂😂 balik suami tengok tepuk dahi diaa hahahaa.
Bayangkan lah mula 7.30 pagi habis 1.30 petang punya lama shida buat kerja ni, sebab memang dah niat hari ni nak kemas semua, tak tahan dah tengok keadaan rumah ni sakit mata! Selesai sapu sawang, shida cabut langsir, cabut sarung bantal kusyen pi basuh dan jemur. Kemudian tu shida lap perabot, lap kabinet tv dan meja, habuk banyak sangat korang! Kedudukan rumah taman depan jalan macam ni lah, lagi pula orang duk buat korek-korek jalan depan jalan lorong rumah shida lagi la habuk kuat.
Karpet rumah shida angkat sidai atas pagar, ketuk bagi hilang habuk memandangkan rumah tak ada vacum huhuu (kena cari satu juga ni) Dah selesai semua shida sapu lantai dari dapur sampai ke luar rumah. Siap semua baru mop lantai pula, sambil-sambil tu lari-lari jap kat dapur masak nasi dulu sebab menu hari tu ringkas saja Nasi Goreng Bunga Kantan bersama Ikan Bilis.
Bila dah selesai mop baru shida rehatkan badan kejap sebelum mula cuci tingkap depan dan pagar. Penat juga nak nyental sebab masa mula-mula masuk tu shida tak sental pun pagar ni sebabnya kekangan masa tapi korang tengok la setahun selepas baru sempat buat hahaa 😂😂
Dah habis menyental lebih kurang pukul 11 lebih pagi, lantai pun dah kering shida susun semula perabot pasang karpet dan pasang semula langsir dan sarung bantal kusyen tu. Memandangkan memang tak ada lansgir dan sarung spare belum lagi nak buat baru, Inshaa Allah dalam masa terdekat ni baru nak menempah langsir baru senang nak buat tukar-tukar kan,
Kerja-kerja selesai lebih kurang pukul12.30 shida mandi bersihkan diri, berehat dalam beberapa minit baru ke dapur buat nasi goreng sementara tunggu encik husben pulang. Lega korang tengok keadaan rumah bersih, rasa segar sangat-sangat dan wangi heheee. Jadi kerja-kerja camni kena kerap buat sebab rumah senang sangat berhabuk.
Rasanya hari selasa pulak nak kemas dapur sikit, nak kemas bahagian bawah table top shida ni. Udah la tak ada kabinet so melapang jela, nak tutup dengan skirting pun shida masih tak ada idea,tengok lah nanti godek-godek kat shopee hehee. Selesai dah kerja shida seharian korang! esoknya (ahad) iaitu harini shida dah terlalu penat, apa pun tak boleh dah! So hujung minggu ni korang bikin apa je kat rumah?
12 comments
Bulan baru, rumah berwajah baru
ReplyDeleteBuat dorayaki, tengok tv dan baca buku.
ReplyDeleteHaa..penatnya terasa. Kerja-kerja bersih rumah ni memang kena ada cuti khas. Kalau dapat cuti berkepit dengan weekend boleh lah rehat sikit lepas tu.
ReplyDeletePergh!! Memang betul-betul all out ini..
ReplyDeleteFuhhh..dapat bayangkan penat dia tu. Fza suka buat kerja ni on weekend. Lega bila semua pelusuk rumah bersih tanpa habuk.
ReplyDeleterumah kalau ramai org cam nampak xnampak je sesawang, hbuk sume, tp lau duk lam bilik ni, sorang je nampak smua tu, memang hmpir tiap hari gak la bersihkan lantai..selalu bhabuk..jnis pantang nampk lak tu..huuuu ponat dibuatnya
ReplyDeleteWahh penat tu kemas semua! All out tuu..! Boleh rasa penatnya!
ReplyDeleterajinnya kak shida!! but u did a good job! hehehe
ReplyDeletewalaupun penat tapi puas hati bila tengok hasilnya kan
ReplyDeleteperghh mantap. memang puaslah bila rumah bersih dan kemas tanpa habuk :)
ReplyDeletebila dah siap lipat, nak masukkan dalam almari pun kadang 1 kemalasan haha
ReplyDeleteMengemas ni letih tapi puas hati gila bila dapat buatkan. Lagi lagi kalau aim dah lama nak kemas satu tempat tu
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.