Ketahui Khasiat Udang

by - 07:00:00

Ketahui Khasiat Udang | Korang jangan terkejut pulak dengan udang yang sebesar tapak tangan shida ni. Memang tersangat besar, shida masak pun 4 ekor sahaja korang, tapi udang ni hanya suami sahaja yang makan memandangkan shida alah seafood. 
 
Masa ni beli udang ni dengan harga sekilo RM55.00, husben shida beli setengah kilo tak silap dapat dalam 12 ekor sahaja. Husben kata makan 3 ketoi pun kenyang sangat dah, sebab isi tebal.
 

Jika korang nak tahu udang juga ada khasiatnya tersendiri. Udang adalah salah satu sumber protein yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Udang juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang menggalakkan kesihatan yang baik serta rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat.

Walaupun kandungan kolestrol dalam udang juga tinggi, tetapi udang juga mengandungi kandungan Omega 3 dan asid lemak yang tinggi yang baik untuk kesihatan jantung dengan berpontensi mengurangkan tahap trigliserida darah.

Udang besar-besar ni masak apa sedap ya? Time ni shida masak sambal udang permintaan dari husben shida. Mulanya nak buat sambal udang petai tapi petai tak jumpa pun semalam kat pasar maka buat sambal tanpa petai saja. Makan nasi panas-panas pun sedap korang 😋


You May Also Like

22 comments

  1. Udang besar ni, kita suka goreng je hehe

    ReplyDelete
  2. Udang...favourite Ema 🤤
    Biasanya Ema masak;
    -Sambal merah
    -Udang butter
    -Udang tempura
    -Wonton udang
    -Tomyum

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dengan udang ni..tapi tu lah, harga pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  4. tak pernah tau udang ada khasiat yg baik, tapi kalau beri pilihan ..atie suka udang kecik2 heheheeh ...

    ReplyDelete
  5. Sedap buat masak lemak.. Manis je kuah lemak tu..

    ReplyDelete
  6. best dpt udang besar tu tp harga pn best juga hehe

    ReplyDelete
  7. Udanag besar ni akak suka masak kari..sedapnyaaa...craving plak tp kena elak seafood sampai bulan 3

    ReplyDelete
  8. Mak ai makan 3 ekor sudah kenyang. Tapi baguslah puas makan dan tidak payah kopek kulit banyak-banyak.

    ReplyDelete
  9. Saya kalu dapat udang sebesar nie saya buat goreng butter..😊

    ReplyDelete
  10. Masak asam rebus campur tempe..

    ReplyDelete
  11. sedap udang besar2 ni. boleh tahan juga harga udang ni.

    ReplyDelete
  12. Kalau balik kampung selalu dapat makan udang galah besar ni.Selalunya masak lemak cili api atau goreng berlada sedap shida :)
    Tapi otak udang tinggi juga kolestrol dia.

    ReplyDelete
  13. sedapnya
    biasanya my mom masak udang masak merah

    ReplyDelete
  14. hrga stnding dgn saiz gitu kan..hehe
    lau yaya udang suka mkn goreng tepung, msak smbal tp bukan smbal petai la ye sbb yaya anti petai.hahahahah =p.. tp ni udg pon sdap buat cucuq.tp potong kcik2 labukan segedabak besau..hehe. mmg maveles kalau ibu yaya buat ^,^

    ReplyDelete
  15. wow bestnya udang besar! buat garlic butter prawn pun sedap ni. huhu. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  16. aida sgt suka udang, shida.
    namun... pasrah!
    elergi resdung semakin parah :(
    no more udang. sedih.
    but sesekali curi-curi la sekor dua.
    then telan ubat cecepat! hi hi hi...

    ReplyDelete
  17. Mahalnya sekilo rm55.. sini sekilo around 30-35 sj..

    ReplyDelete
  18. Wahhh besarnya udang!! Tak pernah lagi rasa yang besar macam ni.. kalau dapat ni boleh buat sambal, goreng, butter prawn, udang salted egg ke.... Nyummy dapnyaaa!!! ,🤤

    ReplyDelete
  19. stgh kilo dpt 12 ekor mmg berbaloi tu

    ReplyDelete
  20. besar sguh kak..tgk pun tahu dah!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.