Bagaimana Untuk Kekal Tenang Dalam Tekanan

by - 07:00:00

 

Bagaimana Untuk Kekal Tenang Dalam Tekanan | Bertenang adalah kemahiran  yang mencabar tetapi penting untuk dipelajari dan diamal oleh kita. Dalam situasi kesibukan selalunya kita akan selalu menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi kerana terlalu keletihan dan tertekan.

Namun, jangan terlalu salahkan diri sendiri jika kita pernah hilang sabar dalam melakukan sesuatu kerja. Lebih-lebih lagi jika menghadapi terlalu banyak tekanan ketika ditempat kerja dengan lambakan kerja yang tak pernah habis.

Bagaimana untuk kekal tenang dalam tekanan? Mudah saja, jom cuba langkah-langkah yang shida kongsikan dan shida pernah cuba untuk mengelak dari tertekan dengan kesibukan yang melampau.

 

Bertenang - Salah satu perkara yang kita tak sedar bila kita sedang stress, kita tidak mampu bertenang. Ada diantara kita, apabila mereka berada dalam tekanan, diri mereka jadi kelam kabut, fikiran jadi kusut, kepala berserabut malah akan cepat ada perasaan GIVE UP. 

Andai melakukan sesuatu itu tetapi tidak berjaya, jangan mudah stress. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas anda secara perlahan-lahan.

Jangan buat kerja disaat akhir - Bukan sahaja seorang pekerja yang harus tahu membahagikan masa, kita sebagai manusia juga harus pandai membahagikan masa dengan sempurna supaya tidak mendatangkan kesusahan kelak. Lakukan kerja tanpa menangguh kerja adalah salah satu perkara yang bijak.

Berehat - Dalam Kesibukan juga, sekurang-kurangnya ambil juga masa untuk pergi bercuti. Cuba untuk tenangkan diri atau keluar dari kelompok kesibukan untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk kekal tenang dan beristirehat. Jangan lupa, badan juga perlukan rehat yang secukupnya.

Berbual-bual - Ambillah peluang untuk berbual-bual dengan seseorang dalam kesibukan mana pun kita. Bila kita berbual mungkin boleh mengurangkan rasa tekanan atau kesibukan kita boleh menjadi sedikit tenang. Tak lah kelam kabut siapkan kerja sampai bermasam muka sesama rakan kerja kerana terlalu tertumpu pada kerja kita kan.

Senaman - Dalam kesibukan diri, kesihatan juga kita perlu jaga. Jangan terlalu sibuk sehingga lupa untuk jaga diri. Bersenam juga salah satu cara untuk kita kekal tenang dalam kesibukan. Ohya pengambilan makanan yang seimbang juga boleh membantu tubuh kita kekal sihat dan boleh melakukan kerja-kerja dalam keadaan yang tenang.

Berdoa & Solat - Ini salah satu cara terakhir sekiranya kita terlalu tertekan atau tidak tenang dalam kesibukan sehingga mendatangkan kemarahan. Solat dan berdoalah kepada Allah s.a.w semoga diberi kita jiwa yang tenang dan melonggarkan kekusutan kita dan dipermudahkan segala urusan kita.


You May Also Like

28 comments

  1. Setuju. kalau Naim stress naim layan sawah padi depan rumah. ehhe

    ReplyDelete
  2. Good sharing, betul antara salah satu bersenam tu memang buat kita lebih calm

    ReplyDelete
  3. kadang2 bila kita dlm keadaan gelisah.. susah betul nak tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak dpt kawal mmg masalah jadinya atie..

      Delete
  4. Thanks share tips shida. Berehat tu kadang kadang susah juga sebab dokf fikirkan kerja. nak rehat dengan tenang, kena tidur gak baru rasa okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yg sebetulnya kena berehat dlm bebas semua hal.

      Delete
  5. Sejak akk dah benti keje, Alhamdulillah dah takde tekanan kerja agaknya, so diri akk dan keadaan di rumah rasa lebih tenang. Tang doa dan mendekatkan diri kpd Allah tu mmg betul sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak duduk rumah tp anak xde duk rumah pn bosan..sbb tu la shida nk keja..

      Delete
  6. betul tu. mama setuju. yang penting ialah buat awal2 baru tak kelam kabut. selebihnya tawakal

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tips yang ohsem..

    ReplyDelete
  8. Yea betul apa yang awak cakapkan tue.. carilah ketenangan yang kita rasa boleh menjadi tenang..

    ReplyDelete
  9. kat ofis, kalau stress, aida akan buat nescafe and borak dgn ofismet.
    releks kan minda. sebab bila borak2 and gelak2, memang boleh lupa jap stress tu.
    kalau kat rumah, jarang stress. busy dgn kerja rumah & anak-anak.
    normally keje ofis la yg buat aida sakit kepala :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aida..shida pn kat tuisyen kena selalu bertenang..kalau dak kira selalu nk stress je.

      Delete
  10. Eza kalau stress sikit Eza bawa tengok shopee. Hehehe. Kena alih fikiran ke benda-benda yang lebih santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Window shopping ye eza..okay juga hehee 😊😊

      Delete
  11. Alhamdulillah so far am good hehe finally much better than few months ago hehe
    Nice tips shida 😊

    ReplyDelete
  12. Kalau stress Cik TK duk diam-diam dengar lagu. Rasa dah tenang sikit baru bercakap dengan orang.

    ReplyDelete
  13. bersedia awal serta byk berdoa mmmg bayk membantu

    ReplyDelete
  14. Moga dapat tenang2 sebab covid tgh naik nih kak..

    ReplyDelete
  15. Selalu tengah tertekan akan berehat atau tidur.
    Hehe betul kadang kalau malam tertekan tidak boleh tidur akan solat sunat dan doa.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.