Nak Belajar Dari Zero To 100 Million? Jom! Sertai Kuasai Marketing 2021 Secara Percuma Bersama RichWorks
Dalam kita melawan arus covid19 ini, sedar tak sedar kita dah pun melalui fasa ini selama 276 hari hari ini. Ia adalah satu tempoh atau jangka yang sangat lama untuk kita. Kalau buat bisnes pun kemungkinan dah masuk satu fasa ke tangga kejayaan. Sebut pula pasal bisnes, dalam ramai orang hilang pekerjaan, kini mereka sedar bisnes adalah salah satu sumber atau mata pencarian bagi sesetengah orang.
Orang berbisnes sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai sekarang yang mahu menceburi bidang bisnes ini. Tak kiralah bisnes online atau offline, apa yang penting kemahuan dalam mencari sumber pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.
Berbisnes juga bukan sahaja ada kemahuan tapi perlu juga ada kemahiran dari segi teknik dan marketing. Shida nak share dengan korang satu platform yang boleh korang sertai secara percuma bersama RichWorks. Di sana nanti korang akan pelajari bagaimana nak handle Bisnes Tak Jalan atau Merundum, cara nak handle Hutang Bisnes Yang Meningkat, cara nak Tingkatkan Sale dan banyak lagi sebenarnya yang akan didedahkan.
RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan
Lebih RM2 bilion Tahun 2020
Sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.
Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.
Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan. Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka.
Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.
Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.
Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, kami juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.
Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.
Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.
Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.
Nak Kuasai Marketing 2021?
- Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
- Ingat lagi sales pernah RM0?
- Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?
- Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
- Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
- Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
- Dah capai RM 1 juta yang pertama? What's Next?
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar
7 comments
Menarik ni :). Eza singgah blogwalking ya.
ReplyDeleteBagus juga sesiapa hendak belajar teknik pemasaran.
ReplyDeleteMarketing memang penting dalam perniagaan.
ReplyDeleteDapat pangkat Datuk Wira pulak ye?
ReplyDeleteMenarik ni..mana yg ada bisnes wajib join!
ReplyDeletewajib join sapa2 yg buat bisness ni kan .. sbb ilmu surely boleh manfaat :)
ReplyDeletesemoga memberi manfaat pada yang memerlukan..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.