Manggo Float & Puding Kek Red Oreo Yang Sangat Sedap!

by - 14:49:00

Manggo Float & Puding Kek Red Oreo Yang Sangat Sedap! | Ya! nikmat apa yang perlu didustakan lagi, petang-petang balun Manggo Float dan Puding Kek Red Oreo ni allahhh nikmat sungguh korang. Makan pula sejuk-sejuk kena tekak dengan cuaca yang agak panas ni memang syahdu! Sebenarnya 2 menu di atas ni shida pertama kali makan atau rasa tau! shida ni bukan lah seorang pemakan yang manis-manis seperti kek coklat dan seangkatan dengannya. Cuma kali ni terliur tengok baker ni duk selalu upload duk terlalu lalang dalam wall feed shida kat facebook, agak tak menahan hahaa 😂😂

Kebetulan dia open order untuk hari khamis (semalam) shida pun order apa yang rasa tekak ni nak rasa. Macam-macam baker ni buat dari kek ke puding, roti lah bun lah, pizza lah macam-macam korang. 2 bulan yang lepas dah order pizza sedap dan besar, jenuh nak habiskan laki bini hahaa 😅😆 Baker ni namanya Hidayah Ahsan (Tastemade by Eda Ahsan).
 

 

Maaflah terpaksa melayor kat korang hahahaa 😂😂 Jemputlah tengok-tengok ya. Semua Kek, Puding ni sangat-sangat menyelerakan korang! shida tengok pun tak keruan rasanya hehee. Lagi-lagi kalau ada manggo yaaa ampun sedap amat. Biasanya kan kalau makan kek puding atau apa saja berunsurkan menu seperti ini kan manis je rasanya pastu makan mesti muak. Tapi dari hasil tangan kak dayah (baker) ni elok saja rasanya tak manis sangat so so je husben shida makan pun kata elok tak manis, sedap pula tu. Shida doakan moga perniagaan Tastemade by Eda Ahsan ni terus maju jaya.


You May Also Like

16 comments

  1. aduh aduh aduh :)
    di petang-petang gini, aida dipamerkan semua dessert gojes ni!
    ha ha ha ha aduhai. meleleh air liur nih...

    ReplyDelete
  2. Memang terliur, persembahan kek pun kemas.

    ReplyDelete
  3. meleleh ayor lio tgk puding2 tu semua..baguslah kan tak brp manis & sedap..

    ReplyDelete
  4. aduh meleleh air liur menengoknya shida oiiiii

    ReplyDelete
  5. Wah, langsung kebayang segarnya buah mangga dan cokelat lezatnya oreo.
    Yummy!.

    ReplyDelete
  6. Jamu mata di sini dengan dessert yang mengancam jiwa. Mango memang sedap!

    ReplyDelete
  7. eh.. kak shida tak makan manis ? healthy betul ni.. atie klu benda manis ,tak pernah tolak.. suka sngt hahah

    ReplyDelete
  8. Terliur plak akak tgok puding tu dan semua kek tu ha....alahai...dah la akak mmg suka semua ni

    ReplyDelete
  9. Wahh banyaknya pemanis mulut yang sedap sedap. Aduhaii ni yang rasa teringin benda manis manis ni.

    ReplyDelete
  10. Sedap belaka nampak pilihan nya Shida. Bagus support lokal business.

    ReplyDelete
  11. terliur kak oii..sedap2 semua ni..dugaan sgguh kak..

    ReplyDelete
  12. Alahai.. ternampak nie pula di petang hari.. hahahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.