Idea Dekorasi Rak Di Dapur yang Kemas & Ringkas [30 Gambar]
Sebagai contoh ruangan didapur, ruangan dapur ni amat dititik berat dalam mendekorasi tak boleh terlalu banyak barang atau perabot. Ruangan dapur adalah "medan peperangan" bagi seorang isteri atau wanita. Jadi tak elok lah kalau tempat berperang terlalu sarat dengan barangan atau perabot, cukup sekadar kabinet bergantungan gitu..haaaa itu sebagai contoh 😂😂
Sebenarnya walaupun tiada kabinet dapur, kita tetap boleh menyediakan rak bahan masak sendiri (diy) dengan lebih kreatif dan kemas agar nampak lebih tersusun. Cara penyusunan dan pengurusan rak yang lebih teratur juga memainkan peranan yang penting, di mana perlu mengutamakan bahan memasak yang selalu digunakan disusun dibahagian yang mudah nampak dan mudah dicapai.
Bergantung kepada kemampuan dan selera masing masing, kita boleh beli rumah siap ataupun jika terlebih rajin, boleh pilih jalan susah untuk membina rumah atas tanah sendiri. Dari pelan lantai sampai la ke ukuran setiap ruang dalam rumah, seperti ruang tamu, bilik tidur dan tentu sekali dapur wet kitchen dan dry kitchen semua kita tentukan. Cuma pro & cons nya kita tentukan sendiri. (source designandbuildmalaysia.blogspot.com) Susah memang susah, tapi berbaloi buat rumah atas tanah sendiri ni.
Rumah yang siap lawa ni, kalau mempunyai pemandangan cantik, ataupun lokasinya di tenga tengah tumpuan pelancong, memang cerah masa depan untuk dapat pendapatan pasif dari buat homestay. Kawasan macam Cameron, Shah Alam dan Melaka tu memang macam goreng pisang panaslah. Tak caya boleh baca list di sukamakanjalan untuk senarai homestay di kawasan tu. Paling tidak pun, kita ada tempat berehat untuk weekend retreat. Dah tak payah pening pening nak duduk hotel mana masa pergi bercuti. Mesti best kan. Harga hatanah pun makin melambung tinggi. Bukan macam kereta makin lama kereta tu makin susu nilainya. Rumah dan hartanah ni kalau kena gayanya (perlukan ilmu) makin berharga tau. Sebab kuantitinya terhad.
Salah satu cara nak pastikan rumah yang kita ada ni mudah dijual ialah dengan dekorasi rumah yang cantik, terutama sekali di bahagian dapurnya. Jenis cabinet dan susun atur, penggunaan ruang, pemilihan warna memain peranan. Bila real estate agent datang ke rumah kita bersama prospek semasa sesi pitching untuk jual rumah, rumah yang terisi dengan perabot lebih mudah untuk dijual (Baca kat blog ejenjualbelihartanah.blogspot.com untuk kelebihan mengupah perunding hartanah). Prospek inginkan feel rumah tersebut sebagai kediaman, bukan rumah kosong saja. Susah mereka nak bayangkan hidup mereka berkeluarga tanpa perkara perkara ni.
19 comments
Betul.. rasa lebih semangat nak masak kalau deko dapur mcm ni !! XD
ReplyDeleteLawanya rak2 dapur tu. Boleh jadi idea camne nak transform dapur kat rumah ini :)
ReplyDeleteNampak cantik dan kemas semuanya
ReplyDeleteCantiknya kan...ntah bila la akak nak deko rumah cecantik macam ni...
ReplyDeleteTeringin nak ada dekorasi dapur macam ni. Kena tunggu ada bajet lebih baru dapat buat camni. Tq shida share deko ni.
ReplyDeletemama setuju.. kat dapur tu sama penting mcm kat ruang tamu. sebab kita org perempuan byk habiskan masa di dapur. so kenalah kemas dan sedap mata memandang
ReplyDeletetq share info
ReplyDeletekalau dapur diurus dengan baik dan bagus..maka cantik la hasilnya
ReplyDeleteBaca posting Shida ni tiba-tiba nak shopping rak dapur kat tempat kami menumpang ni sebab stock kering dapur berlonggokkan je atas meja. Jadi semangat.
ReplyDeleteKalau dapur kemas, nak carik barang pun senang. Hihihi
ReplyDeleteSuka tengok dapur orang Bar at. Tersusun ada rak dan kabinet.
ReplyDeleteatie jenis suka smua benda tertutup.. haha sbb malas nak lap habuk one by one
ReplyDeleteberkenan semua rak dapur mcm dalam gambar ni kak..lawa lawa semua!
ReplyDeletejadi idaman ni ada rak yang bnyk tp tersusun kat dapo..hehe
ReplyDeletemcm2 bole letak.yg penting xbersepah dan kita pon mudah nak mengemas.btl x =)
Macam2 designkan . Lepas baca entei ni tengah berangan kalau2 ada rumah sendiri
ReplyDeleteLawanya semua!!! Lagi best dan semangat masak bila rak dapur macam ni kan!
ReplyDeleteBest kalau dapat dapur macam nie.. kemas je..
ReplyDeleteKalaulah dapat dapur mcmni. nak masak pun rasa mcm haaa tenang nyaa, aa cantiknya. aaa semangatnya hehe
ReplyDeleteKalau dapur cantik mcm ni hari hari nak duduk dapur nak masakk kan
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.