Hello November

by - 08:56:00

Hello November
 
Assalammualaikum dan good morning korang!! Yes! awal shida update harini hahaha sebabnya ahad yang indah ini shida apply cuti. Sat lagi tengahari nak pergi kenduri kawan encik husben so santai-santai je pagi ni tak rush pun. Pusat Tuisyen? kakak and abang ipar shida yang jagakan. Lagi pun start semalam, student shida ni tengah mood Exam Akhir Tahun. Itu yang shida pun tak berapa nak fokus pada blog sibuk buat kertas exam untuk dorang. Nasib lah ada beberapa tahun dah beli siap set soalan dengan sorang cikgu ni (pembekal atau penjual kertas soalan murid) cuma ada bebrapa tahun je yang tak beli maka kena buat sendiri soalannya, buat kertas soalan ni kena fokus tak boleh silap.

Hello November, please be kind to me! Sekejap je pejam celik dah masuk bulan baru dan bulan penghujung tahun. Kalau ikut prestasi blog Alhamdulillah banyak juga peningkatan dari segi trafik, penambahan follower dan penambahan kawan-kawan baru. Majoriti rakan blogger yang ada sekarang ni semua blogger-blogger baru tau. Yang lama ada la beberapa saja yang shida kenal sebab rakan blogger yang sama-sama aktif dulu macam Kak Diana Rashid, Azhafizah, Dunia Zumal, Kak Rohaida, Kak Fieza Sani, Kak Mia, Uncle Gedek dan ramai lagi nama-nama yang shida kenal berkunjung ke blog shida ni. 

Jika ada rezeki nak jalankan aktiviti blog, tak kisah lah segmen ke, giveaway ke, contest ke yang penting suatu aktiviti yang memberi manfaat win win situation. Tapi nak tunggu sikit lagi Follower ke 5000 shida nak penuh kita on ya. Hadiah nanti shida cari sponser, banyak yang sponser banyak lah hadiahnya tak gitu? Ok lah shida nak sambung buat kerja rumah, Inshaa Allah malam shida nak blogwalking ke rumah-rumah hampa naa! Terima kasih sudi baca sampai habis bebelan shida ni 😂

You May Also Like

16 comments

  1. Sekejap je dah nak penghujung tahun 2020.
    Tahun 2020 siapa sangka satu dunia tengah merintih akibat Covid19 masalah biological stressor.
    Happy buat soalan exam Shida.

    ReplyDelete
  2. Yes. Semoga ALlah mempermudahkan urusan kak selalu.. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih shida sudi kawan dengan saya di alam blogging ni, semoga november lebih baik 😊

    ReplyDelete
  4. Ceria sahaja Shida.
    Selamat pergi ke kenduri.

    ReplyDelete
  5. ohh..mau buat giveaway ya..i would love to participate!
    sikit lagi tu..mudah2an sampai 5k ya :)

    its november..the last month of autumn n im still here cannot go anywhere :(

    ReplyDelete
  6. Sikiiit jew lagi nak capai 5000 followers!

    ReplyDelete
  7. Sikit lagi tu nak 5K..InsyaAllah nanti Yaya turut serta ye..

    ReplyDelete
  8. Semoga november lebih baik. Ohh sibuk prepare untuk student exam. Semoga dipermudahkan segala urusan Shida. Aamin

    Yes, sekarang ramai kawan baru dah kan :)

    ReplyDelete
  9. Hajat dihati November ni nak konsisten update blog...tapi tak tau lagi la...depends on waktu..Kak SA banyak je benda nak share tapi tu la...adakala x menang tangan kan..

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan segala urusan..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/11/senarai-pengomen-tegar-okt-2020.html

    ReplyDelete
  11. every year, november merupakan tahun baru bagi aida. kebetulan birthday jatuh on 31 okt kan. normally, november mood aida sgt baik hi hi hi hi... lebih lagi this year, dpt jambangan coklat dari asben, surprise kat ofis, shida :) happy!

    aida berdoa agar novmber ni, curve covid19 oleh KKM menurun and kembali mendatar, in shaa Allah. and lepas tu, lebih la kita kena jaga SOP. dah 3 gelombang melanda, mesti jadik iktibar la kan.

    ReplyDelete
  12. hhahaha betul! byk sponser byk hadiahhh ! tak sabar nak join ni...

    ReplyDelete
  13. baru tahu akk ni cikgu yaa...hahahaha macam mana la bole tak perasan XD

    ReplyDelete
  14. sekejap je dah November kan shida.. semoga Giveawaynya Sukses..

    ReplyDelete
  15. Sikit je lagi nak 5000 tu.. wah tak sabar nak join aktiviti ni!

    Selamat menyediakan kertas soalan exam ye shida! Jangan stress stress, chill chill sajaaa...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.