Drama Beri Sedikit Waktu Episod 6 dan Episod 7 | Slot Samarinda TV3
Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 6
Imran mengunci rumahnya tanda tidak membenarkan Hananiyah bekerja di rumah itu lagi. Gelabahlah Hananiyah dibuatnya. Dia menghubungi Imran tetapi tidak dijawab. Hananiyah terus mahu keluar dari pintu pagar rumah itu tetapi pagar itu dimangga pula. Dia bertambah panik. Nampaknya dia dikunci di kawasan rumah itu tanpa Imran sedar dia tinggal di situ. Dia bersedia memberitahu Imran mengenai susun atur ruang tamu kelmarin.
Hananiyah menunggu Imran keluar dari kereta membukakan mangga pintu pagar dan pintu rumah. Sebaliknya Imran hanya menurunkan cermin kereta. Hananiyah terus buka mulut untuk memberitahu pasal Myra. Dia hanya sempat menyebut nama Myra. Imran membalas yang dia tahu. Dia minta Hananiyah balik kerana sudah pukul tiga petang. Hananiyah diberi cuti. Hananiyah panik apabila Imran tidak keluar membuka pintu pagar.
Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 7
Hananiyah membawa anaknya bersiar-siar di taman. Tiba-tiba Hananiyah ternampak Farhan bersama isteri barunya. Hananiyah terus terjah bekas suaminya itu serta membuat kecoh. Satu tamparan hinggap ke muka Hananiyah. Farhan menampar kuat wajah Hananiyah. Hananiyah terjatuh dan ada tangan yang menyambut bahunya. Dia memandang Imran yang menolongnya. Hananiyah terkejut melihat Imran berada di situ.
13 comments
Drama ni semakin best..
ReplyDeleteatie tggu cita ni habis baru nak layan smua skali
ReplyDeleteSuami Kak dan anak-anak dok melayan drama ni semalam. Kak kena tinggal kat luar sorang2 siapkan kerja sebab kat Kampung dalam rumah takde line Internet.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu Im dan Nia :)
ReplyDeleteSetiap malam setia tunggu episode seterusnya.
ReplyDeletebest kan cerita ni haha
ReplyDeletemama tak folo la cite ni
ReplyDeletesemakin menarik drama ni kak :)
ReplyDeleteCeta ni kakmim x follow nnt kalau free bolehla layan kat youtube.. suka zara zya.. hehe
ReplyDeleteHuuuu tak negok drama lama dah. nak kena tgk keee sebab rasa ketinggalan ketapi.
ReplyDeletesuka watak zara dia , kelakar habis
ReplyDeleteHehe best cerita ni. Makin menarik jalan ceritanya!
ReplyDeleteCuya tak rajin tengok..tpi ad la Cuya intai sikit2..memg best la citenye..hehe
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.