Udang Masak Pedas dengan Kacang Buncis | Resepi #shidamasakje

by - 11:00:00

Udang Masak Pedas dengan Kacang Buncis | Resepi #shidamasakje | Assalamualaikum korang, okay harini ada mood nak update resepi #shidamasakje . Hashtag ni lama dah shida pakai, kalau korang search kat fb atau ig hashtag ni akan keluarlah segala menu yang shida pernah masak. Ya ya shida rajin masak kat rumah tapi tak rajin upload tak rajin update 😁😁 Bukan apa, kadang risau kita duk upload ada yang melihatnya dengan mood kurang menyenangkan "macam kita upload kat wall dia pulak kan" hehehe. 

So, menu kali ni simple tapi teramat sedap. Bagi yang bujang-bujang ke atau yang baru nak mula belajar memasak boleh la cuba resepi ni sebab menu dia 2 in 1, kenapa shida cakap macam tu? Kalau tengok dalam gambar ia adalah sebuah menu sepinggan lengkap ya, cukup 1 menu ada lauk dan sayur. Menu shida masak ni untuk encik husben saja yang makan. Memandangkan shida ni alergik seafood maka encik husben saja lah yang makan menu ni. Cara nak buat mudah sahaja, jom start!

 

BAHAN - BAHAN :

  1. Udang sederhana besar dalam 10 ke 15 ekor (dicuci bersih)
  2. Kacang Buncis dalam 8-10 batang (dipotong pendek)
  3. Cili Padi dalam 15 biji ** (nak lebih pedas boleh tambah)
  4. Cili Merah 3 biji **
  5. Bawang Merah Kecil 4 biji sederhana besar ** (kalau kecil boleh ambil dalam 6/7 biji)
  6. Bawang Putih 3 biji **
  7. Halia sedikit ** (buat penambah rasa)
  8. Serai sebatang (potong pendek & diketuk)
  9. Air Asam jawa dalam setengah secawan 
  10. Garam + Gula secukup rasa
  11. Minyak untuk menumis

bahan yang bertanda ** hendaklah  dikisar kasar, macam shida tumbuk je semua.

CARA MASAK :

  • Panaskan kuali, masukkan minyak. Goreng dulu udang sehingga separuh masak. Macam shida, udang tu shida suka buang kepala udang. Lepas dah goreng udang separuh masak angkat dan ketepikan dulu. 
  • Jika minyak banyak boleh kurangkan, lepas kita boleh mula menumis, pertama masukkan serai yang diketuk kemudian masukkan pula bahan yang ditumbuk kasar tadi. Tumis sehingga bahan-bahan naik bau dan sedikit garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa tadi, kacau rata. Lepas masukkan kacang buncis, kacau rata sehingga kacang buncis bertukar warna kehijauan yang cantik (ok tak pandai nak describe hijau yang macam mana) kacang dah cantik masukkan pula udang yang dah digoreng tadi, kacau rata biar semua bahan sebati dalam kuali tu. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Kalau korang taknak goreng udang dulu pun takpe, just masukkan udang dulu lepas udang masak baru masukkan kacang buncis ok.
  • Siap untuk dihidangkan, makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap! Menu ini boleh juga ditukar kepada sotong, ayam, ketam atau lala. Cadangan hidangan untuk 1-2 orang makan, ok selamat mencuba korang.


You May Also Like

19 comments

  1. Makanan yang suka sebab gabungkan protein dan sayur-sayuran. Masak pun mudah.

    ReplyDelete
  2. kalau rumah ammi resepi sedap gini..confirm udang sekilo tak cukup.
    tq bg idea

    ReplyDelete
  3. bg akak kalau udang tu dimasak apa pun compom sedap heheheh

    ReplyDelete
  4. wah nampak sedap.. Boleh la jadi idea untuk masak nanti ni!

    ReplyDelete
  5. petang2 tea time ni, dekat office,tgk mula gambar ni .. aduh kecul liur btul ... terus lapar

    ReplyDelete
  6. Fiza suka masak lauk 2 in 1 macam ni. Senang kerja masak masak satu lauk je. Tapi suka guna kacang panjang. Tak pernah try lagi udang dengan kacang buncis

    ReplyDelete
  7. wahh sedap tuu.. mudah je masaknya

    ReplyDelete
  8. Manis dan rangup buncis tu..sedapnya.

    ReplyDelete
  9. haish udang..asal la nampak sedapp..saya suka!

    ReplyDelete
  10. Saya suka kan masakan 2 in 1 bila takde masa lagipun udang cepat je masak kan.

    ReplyDelete
  11. sedapnya shida! yum yum yumsssss

    ReplyDelete
  12. Jimat
    sekali masak lauk dan sayur

    ReplyDelete
  13. OKey! Hantar sini satu kuali...! hahaha

    ReplyDelete
  14. Akak suka masak lemak udanag campur kacang buncis...senang dan sedap kan..

    ReplyDelete
  15. aida sama dgn SA, masak lemak kuning udang & si buncis.
    kita yg gaya kan dia kan. menjadik jer la dgn nasi panas, shida.

    aida pun x update fb kerap dgn resipi.
    ada yg positif orait. kang yg si negatif tu, hu hu hu hu...
    so byk update kat blog.

    ReplyDelete
  16. Udang 😍 my fav ! Thanks kak perkongsiannya

    ReplyDelete
  17. Jap.. Tu kuali ke? Berkilat sangat! Nak tips!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.