Sambal Udang Petai Simple Tapi Sedap! | Resepi #Shidamasakje

by - 12:00:00

Sambal Udang Petai Simple Tapi Sedap! | Resepi #Shidamasakje | Assalammualaikum korang, masak apa tu?? Jom teman shida kupas petai-petai ni nak buat sambal tumis udang petai yang amat mudah cara masak dia, yang penting encik husben menambah-nambah makan tau! Menu ni bagi penggemar atau pemakan petai mesti suka kalau petai dibuat menu sambal seperti ini. Ya! boleh dikatakan ini menu fav encik husben shida tapi shida je jarang buat sebab shida ni tak berapa makan petai sangat sebab berbau hahahaa 😁😂 Jom lah kita start masak!

 
Sambal Udang Petai Simple Tapi Sedap!

BAHAN - BAHAN :

  1. Udang sederhana lebih kurang 200 ke 250 grm (dicuci bersih)
  2. Petai 3 papan  (letak lebih pun takde masalah) - buang kulit
  3. Bawang besar sebiji (saiz besar) - dikisar
  4. Bawang putih 3 biji - dikisar
  5. sedikit halia buat rasa-rasa - dikisar
  6. Cili kisar - 4 sudu makan
  7. Asam keping 1 (saiz kecil)
  8. Gula dan garam
  9. Minyak untuk goreng udang dan tumis

CARA MEMASAK :

  •  Mula sekali korang panaskan minyak untuk kita goreng udang dulu. Style shida memang masak udang sambal shida akan goreng dulu udang (udang dibersihkan buang kepalanya). Minyak dah panas boleh goreng udang sehingga udang bertukar warna boleh angkat dan ketepikan dulu.
  • Seterusnya guna minyak yang sama kita goreng udang tadi, bila pakai minyak goreng udang baru sambal menjadi lebih sedap ya. Kita tumis dulu bahan yang dikisar iaitu bawang besar, bawang putih dan sedikit halia. Halia ni shida guna juga untuk dapatlan aroma halia ade dlm sambal ni.
  • Sambal dah garing korang boleh masukkan cili kisar atau cili boh dan gaul rata cili dan bahan kisar tadi. Kita gaul-gaul sehingga bahan tumis kita ni pecah minyak ye. Macam mana nak tahu bahan tumis kita pecah minyak? Bila disekeliling sambal kita ada minyal terapung, mula meletop-letop haaa tu tanda sambal kita dah pecah minyak ya. Style shida jenis suka sambal tu sedikit kering. Kalau korang suka berkuah boleh tambah air ya!
  • Lepas tu, boleh masukkan garam gula atau perasa dan juga asam keping, gaul-gaul rata then korang rasa jika ada yang kurang boleh tambah lagi ya. Selepas tu, boleh masukkan pula petai yang telah dibersihkan. Biar seketika petai sedikit lembut baru masukkan udang, tak perlu masak lama sebab udang kita dah goreng awal tadi kan. Agak dah sebati sambal petai dan udang boleh tutup api. 
  • Siap dah sambal kita, sedia untuk dihidangkan. Cadangan menu untuk 2 orang makan. Jika udang korang banyak boleh gandakan bahan-bahan. Bagi newbie yang baru nak belajar masak boleh follow resepi dan step shdia masak ni, simple je! Selamat mencuba korang :)

 

You May Also Like

31 comments

  1. Tak pernah masak sambal petai udang letak halia..boleh cuba ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh cuba iena..bg hilang hanyir udang dan pahit petai tu..xyah byk sikit pn ckup..

      Delete
  2. sedapnya..lambat lg nak lunch time..huhu..

    ReplyDelete
  3. bagi akak apa-apa yang ada udang dan petai compom sedap heheheh

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA, DIMAKAN DENGAN NASI PUTIH DAN IKAN GORENG

    ReplyDelete
    Replies
    1. JMBELOG sama dgn saya..kalau buat sambal petai ni saya akan goreng ikan grg utk saya mkn dgn sambal..amik kuah je ^_^

      Delete
  5. Menu ni akn mnyebabkan makan bertambah2 nasi 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu..kalau tgk en.husben mkn berselera ^_^

      Delete
  6. subhanallah amat menggoda!! sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..kalau singgah taiping..blh mai umah kita berkelah yee :)

      Delete
  7. ni yang teringin nak masak ni petai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kak yan..sila beli petai kat pasar hihihih ^_^

      Delete
  8. pinggan pun hijau... tema petai!

    ReplyDelete
  9. Aduh tukang masak (Shida) tidak makan petai tapi nasib baik pandai masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA byk yg saya pantang xmkn sbb alergik huhuu..dah bertahun2 dah NA..

      pandai masak tu..bolehla..heheee tq NA :)

      Delete
  10. Petai ni, masak apa pun sedap... makan saja pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Atie..tp awak mkn ke petai tu haaa heheee ^_^

      Delete
    2. makan makan , tapi esok tu kena make sure ke toilet kalau tak ,sehari suntuk tanak cakap dgn sesiapa sbb nafas bau petai hahahaha

      Delete
  11. Lauk favourite ni tapi boleh makan kalau stay kat rumah je la. Kalau kat luar memang tak makan sebab risau bau petai tu mengganggu orang lain. Dan lepas makan mesti nak cepat cepat gosok gigi

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaaa lama tak makan petai! eh letak halia jadi lagi sedap ek?

    ReplyDelete
  13. Halia buat rasa : betul tu, halia buat syarat masakan. Saya pun kalau nak bubuh halia dalam sambal, bubuh sikit jew.

    ReplyDelete
  14. Syok ni makan dengan nasi panas bertambah-tambah selera nya.

    ReplyDelete
  15. biasa yg simple tu la yg sedap

    ReplyDelete
  16. sedapnyaa..yanie tgk sambal akak buat ni aduhai *_*

    ReplyDelete
  17. yang simple tu lah yang mengancam sebenarnya..

    ReplyDelete
  18. Terimakasih atas perkongsiannya kak :) Semoga bermanfaat buat yang lain jua.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.