Salam Jumaat - Doa

by - 12:00:00

Salam Jumaat - Doa | Assalammualaikum korang dan Salam Jumaat.  Kalau bercerita bab doa ni kat mana-mana mesti shida akan berdoa. Tak kiralah selesai solat ke, tengah sembang-sembang dengan encik husben ke, doa itu pasti. Tahu tak apa yang selalu shida selitkan dalam doa selain kesejahteraan hidup sekeluarga dan dikurniakan anak serta dimurahkan rezeki. Shida selalu doa juga untuk kawan, sahabat-sahabat shida semoga selalu dalam lindungannya, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan. 

Besar pahala bila kita selalu berdoa untuk orang lain, kesejahteraan orang lain. Sebabnya ia akan berbalik kepada kita sendiri. Ini adalah salah satu pahala paling senang untuk kita dapat dalam seharian kehidupan kita. Sebagai contoh, jika nampak orang dalam kesusahan kita bantu, andai kita tak dapat bantu dari segi perbuatan, dengan cara ber'doa' lah yang akan membantu orang lain dalam kesusahan. Jadi bagi yang membaca entri ini, terima kasih shida ucapkan dan shida doakan semoga korang semua dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang melimpah ruah, dimakbulkan apa yang dihajati serta sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.


You May Also Like

16 comments

  1. Amin ya rabbal alamin, didoakan yang sama buat shida :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Teringat senikata lagu... kenang daku dalam doamu!
    Itulah kuasa doa, rahsia Allah untuk memakbulkan atau sebaliknya.
    Terima kasih Shida atas doanya itu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih doakan. Saya pun doakan Muslimin dan Muslimat serta orang yang diingati.

    ReplyDelete
  4. doalah apa je bila-bila masa pun

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  6. semoga segala permintaan dan doa shida juga dimakbulkan Allah ;)

    ReplyDelete
  7. Sama2 kita doa kan kesejahteraan hidup kita. Moga doa kita dimakbulkan.

    ReplyDelete
  8. salam jumaat kak shida, happy weekend

    ReplyDelete
  9. moga doa kita dimakbul Allah...

    ReplyDelete
  10. Aamiin.. Sentiasa cuba untuk mendoakan kebaikan buat semua..

    ReplyDelete
  11. Betul shida. doakan yang terbaik untuk semua :)

    ReplyDelete
  12. Amiinn.. semoga doa kita semua dimakbulkan.. semoga kita semua diberikan kemudahan dan rahmatNya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.