Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje
Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje | Assalamualaikum korang 😊 sihat ke semuanya sahabat-sahabat shida ni? Alhamdulillah hari isnin yang indah seperti biasa, kena memasak lah. Kebiasaan orang weekdays berpeluang memasak kan tapi untuk shida sabtu dan ahad shida offday memasak kecuali jika terkena cuti umum pada sabtu atau ahad. Macam biasalah orang sabtu ahad cuti berehat dirumah shida lain kena bekerja. Memang berbeza la dengan orang yang bekerja ikut office hour kan.
Menu yang tak kecuali dan boleh dikatakan kegemaran kami berdua (shida dan encik husben) iaitu pucuk paku tumis kicap. Selain tumis kicap pucuk paku juga boleh dibuat masak lemak cili api, goreng belacan, tumis pedas dan banyak lagi sebenarnya. Kebiasaannya menu yang paling mudah pucuk paku tumis kicaplah, cara nak masak pun mudah saja.
BAHAN - BAHAN :
- Pucuk paku seikat (siap cuci dan siang)
- Bawang merah sebiji (dihiris)
- Bawang putih 2 biji (dihiris)
- Ikan bilis sedikit dalam 10 ke 15 ekor (dibasuh)
- Cili Merah sebiji (potong serong)
- Kicap lemak manis
- Secukup rasa sedikit
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak di dalam kuali, dah panas goreng dulu ikan bilis, sebelum garing masukkan bawang besar dan putih yang telah dihiris. Goreng hingga naik bau bawang-bawang tu.
- Lepas masukkan cili merah dan kicap, kuantiti kicap terpulang ya, jangan terlalu banyak agak-agak saja, nak berkuah tambah air je.
- Kacau rata dan masukkan pula pucuk paku. Jika jenis yang suka berkuah boleh tambah air sedikit. Last masukkan perencah secukup rasa, gaul-gaul rata. Pucuk paku pun dah sedikit layu dan lembut boleh tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan, mudah kan? Cadangan menu untuk 2 orang. Jika ramai boleh gandakan bahan-bahan ya. Selamat mencuba!
36 comments
Sedapnya sayur pucuk paku! Fiza biasa tumis camtu je atau tambah kerang sikit. Tambah kicap tak pernah lagi. Rare juga tambah kicap. boleh lah cuba nanti nak rasa :)
ReplyDeletesedap fiza tambah kicap cubala..tp buh ikan bilis tau :)
Deletememang buh ikan bilis kalau masak sayur. cuma kicap je lah kurang biasa letak. hihi
Deletesedapnyaaaa lama betul x mkn pucuk paku...
ReplyDeleteboleh la cuba nnt :) simple je msk dia,cepat dimasak sedap dimakan hehee
DeleteUnik buat masak kicap.
ReplyDeletehehee biasa2 je NA :)
Deletetp msk ni simple je hehee
sedap ni, shida.
ReplyDeletesimple. aida suka resepi sayur yg camni.
mudah ekk. kejap jer siap.
mr.asben aida memang tak boleh makan kalau xde lauk sayur :)
betul mudah sgt..sng je msk dia..
Deleteshida dan husben juga suka mkn sayur ni :)
Teringat anak bujang ketiga kami, dia kalau masak sayur memang bubuh kicap. Pucuk paku memang sedap, masak apa pun tetap sedap.
ReplyDeletebetul..ni terpaling sedap kot kan kak Amie hehee :)
DeleteSedapnya..kalau dpat Pucuk paku goreng belacan pun sedap ni
ReplyDeletebetul..tp kalau grg belcan shida suka guna kangkung kak SA :)
Deletesedapnya
ReplyDeletemmg sedap JMBelog !
Deletepucuk paku dan kangkung sama tak haha? selalu klu masakkan ni, mama nanti buat kangkung
ReplyDeletetak sama syg..pucuk paku daun dia kerinting..hahahaa
Deletebiasa kangkung kak shida buat grg belacan ..sedap!
omg..malunyaa... kena belajar kenal sayur baru nak belajar masak ni ahahah
Deletesedap ni! tengok pun dah tau hehe
ReplyDeleteserius sedap! nnt syaz boleh cuba msk weekend ni nnt heheee ^_^
DeleteSAtu je gambar? Bagi la bideo tutorial jugak...
ReplyDeleteJadila uncle hahahhaa ^_^
Deletesedap sayur ni kak shida..
ReplyDeleteyup mmg sedap hehee
DeleteSedapnyer
ReplyDeleteWah sedapny ni , nak try lah ☺️ tak pernah lagi tumis dengan kicap , tumis biasa ja . Tpi bila tgok gambar di atas tu , wahh nampak sedap sngatt 😍
ReplyDeleteselalu orang buat dengan kangkung kan. Boleh Naim try lepas ini.. Terima kasih kak share resipi
ReplyDeleteRare jugak ni pucuk paku tumis kicap.. selalu tgk org masak lemak atau tumis belacan je.. kalau sy mmg tumis belacan jer.. hehehe
ReplyDeleteLama tak makan pucuk paku, kegemaran ni.
ReplyDeleteresipi ni boleh ubah suai untuk masak kicap ayam lak..lebih kurang ja kn..hehe
ReplyDeletesedapnya..tak pernah lg masak kicap..boleh dicuba nanti..
ReplyDeletepucuk paku tumis senang dimasak. tapi kalo dapat buat kerabu pucuk paku lagi sedap..hehe
ReplyDeleteSedapnya... Lama tak makan pucuk paku..
ReplyDeleteLama tak makan sayur pucuk paku ni
ReplyDeletewah unik ni pakai kicap! boleh try nanti ni
ReplyDeletewah.. shida guna kicap.. Sha selalu tumis biasa je.. idea yang ohsem..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.