Lala Masak Lemak Cili Api | Resepi #shidamasakje

by - 13:00:00

Lala Masak Lemak Cili Api | Resepi #shidamasakje | Alkisah si lala ni kawan encik husben yang bagi, banyak pula tu. Moga murah rezeki kawan husben tu, memang kebiasaan jika ada lauk-lauk mentah yang dijual tak habis selalu je bagi pada encik husben. Lauk-lauk mentah macam lala dan ketam biasa memang tak boleh simpan buat jual esok hari dah tak fresh. Maka time tu kena lah masak lala. 

Masak lala ni ada beberapa menu yang best, antaranya masak lemak cili api, masak pedas, masak merah atau pun buat rebus je. Tapi macam encik husben memang suka makan masakan yang pedas-pedas makan terjadilah menu lala masak lemak cili api, pun encik husben saja yang makan sebab shida tak makan seafood (alergik). Jom start masak!

BAHAN - BAHAN :

  1. Lala dalam 300-500gram (dicuci bersih)
  2. Bawang besar sebiji** (yang besar)
  3. Bawang putih 3 biji**
  4. Kunyit hidup** (sebesar ibu jari)
  5. Cili Padi 15 biji** atau lebih jika nak pedas.
  6. Serai 2 batang - diketuk
  7. Asam keping - sekeping (jika besar ambil separuh je)
  8. Daun Kunyit - dihiris untuk hiasan (optional)
  9. Santan Kotak - 100ml
  10. Perasa - garam dan gula

Bahan bertanda ** dikisar halus ya, jika korang takde kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit ya. Just nak bagi dia kuning sikit, bubuh semasa korang nak blend bahan-bahan tu.

CARA MEMASAK :

  • Panas kan periuk, masukkan bahan yang dikisar halus tadi, jika ada baki dalam blend tu kocakkan dengan air tuang bagi semua clear ya. Lepas masukkan pula serai kaca rata. 
  • Agak dah keluar bau masukkan pula asam keping dan lala yang sudah dibersihkan, kacau rata sehingga mendidih dan lala bertukar warna (tanda dia dah masak). Selepas masukkan pula santan kotak tadi gaul-gaul mesra sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan pula perasa garam dan gula, tak kisah lah apa jenis perasa yang korang suka pakai just masukkan saja. Lepas masuk pula daun kunyit yang dah dihiris tadi, kacau kacau siap! Sedia untuk dihidangkan. Menu hidangan ni boleh 3 ke 4 orang makan ya. Selamat mencuba korang.

Untuk resepi shida ni, shida tak nyatakan garam dan gula berapa sukatannya ^_^ shida pun agak-agak saja. Jadi bila korang dah buh perasa korang rasa lah, jika ada yang kurang tambah okay :)


You May Also Like

18 comments

  1. kat rumah kalau ada lala ni mesti mak buat masak lemak ni. nampak simple tp saya tak pernah try masak sendiri..hehe

    ReplyDelete
  2. Sobsobsob bila la dapat stok lala semula ni terliur tengok masakan Shida, sebab kami memang penggemar seafood tapi Sabah pula tengah berkurung ni. Hari tu ada buat daging Salai masak lemak cili api, tengok lala mengidam pula nak buat hehehe..
    Syukur Alhamdulillah murah rezeki Shida Sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Apa-apa protein boleh masuk dalam masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lala , tapi teringin . Ada cakap rasa manis dari kerang .

    ReplyDelete
  5. Belah utara nih panggil retak seribu..Kalo lala saiz kecik lagi Dari retak seribu. Tak penah masak lemak lagi Benda nih, kalo Beli suami mesti soh buat pedas ala2 shellout tu

    ReplyDelete
  6. nice! harini saya buat masak lemak kobis dan ikan bilis, goreng ayam..senang hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya masak lemak cili api! Lama tak jumpa lala.

    ReplyDelete
  8. Kalau wak, semangkuk tu tak cukup sekali hadap seorang.

    ReplyDelete
  9. sedap lala masak lemak cili api ni kak..

    ReplyDelete
  10. aduduu sedapnya lala masak lemak cili api. telan air lur dah ni

    ReplyDelete
  11. Sedapnya lala! Jarang masak lemak, biasa Fiza masak sambal.

    ReplyDelete
  12. macam sedap je..kat umah Cuya tak pernah masak lala,,tapi Cuya pernah makan gak..heheh

    ReplyDelete
  13. Fav akak jugak ni....sedap...kalau dapat makan lauk lala ni..memang tak jadi lauk..meratah jer la..

    ReplyDelete
  14. menarik ni.
    aida kalu lala, buat masak sos tiram cili padi, shida.
    masak lemak lom try.
    sesekali layan lala, syok. meratah anak beranak :) hi hi

    ReplyDelete
  15. Menyelerakan lah , tgok gmbar pun dah boleh tahu 😍 wahh

    ReplyDelete
  16. wahhh sedapnyaaa.. cik tk pernah sekali je masak lala sebelum ni. buat masak merah kot masa tu. jarang masak lala sebab ada yang alergik seafood dekat rumah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.