Hati Tak Tenang
Hati Tak Tenang | Assalammualaikum korang, shida hari ni tak berapa ada mood sebenarnya, tapi masih mahu menulis. Semalam dikhabarkan tempat kakak shida (KEMTA KAMUNTING) telah ada banduan yang positif covid19. Jadi seluruh warga kemta telah diberi arahan untuk membuat saringan semalam dan kuarentin 14 hari, hari ni pun saringan masih dijalankan disana. Oh ya! Abang ipar shida warder penjara dan mereka memang stay dalam kemta tu.
Apa yang menjadi tak tenang di mana kami seluruh ahli keluarga pun telah kontak rapat dengan kakak (walaupun kami kontak atas kontak masih risau). Lagi pula masa hari rabu yang lepas kami sekeluarga telah balik ke kampung mengikuti pengurusan jenazah arwah maktua shida. Banyak tempat dah kami pergi huhuhuhuu Risauuuuunyaaaaaa 😭😭
Result saringan dalam 3 hari akan keluar, berharap sangat kakak sekeluarga negetif (doa yang baik-baik sahaja). Kakak pun dah wasap kami sekeluarga jangan datang ke kemta kerana semua dalam kuarentin. Sejak semalam hingga harini shida rasa down sangat. Harap-harap semua baik-baik hendaknya. Moga semua dalam lindungannya Amin.
18 comments
Harap semuanya dipermudahkan urusan...dan dijauhi penyakit covid ni..Amin..
ReplyDeleteya allah kak shida..banyak berdoa ye semoga negatif keputusannya.. semoga dipermudahkan segala urusan kak shida sekeluarga :)
ReplyDeleteSaya pun macam tiada mood hendak jalan. Semalam mak akak pergi JB pun rasa berat hati.
ReplyDeleteHarap-harap kakak Shida dapat keputusan negatif.
Kepada Allah kita semua bertawakkal..moga semua terkawal.
ReplyDeleteAllah..ake care shida, harapnya tak ada apa2, betul tu duduk rumah dulu tau
ReplyDeleteSemoga kak shida dn sekeluarga selalu kuat Dan semoga segalanya dipermudahkan aminnn :)
ReplyDeleteMudah2an semuanya selamat dijauhi daripada jangkitan.
ReplyDeleteSemoga Allah kurniakan kesembuhan buat akak sekeluarga.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan
ReplyDeleteHarap semuanya baik-baik saja. Terus patuhi SOP.
ReplyDeleteYa Allah Kak Shida... moga2 semua keluarga kak shida terlindung dlm pelukkan Allah.. takotnya dgr... kak shida jga diri tau.....
ReplyDeleteHarap semuanya dilindungi Allah swt..amiin..
ReplyDeleteSemoga dilindungi dari perkara tidak baik.
ReplyDeleteAllah.. Semoga yang baik-baik sahaja buat Shida.. Take care dan semoga kuat semangat..
ReplyDeleteharap result negative. hari hari rasa down sangat bila kes makin bertambah.
ReplyDeletemudah-mudahan negetif kak, take care!
ReplyDeleteMoga semuanya baik2 saja...
ReplyDeleteStay safe kak dan keluarga ❤️
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.