Gelang Emas Double Coco
Gelang Emas Double Coco | Assalammualaikum korang 😊 hurmm hari ni excited sikit nak menulis entri hehe. Korang ingat tak pasal niat shida nak beli gelang emas sebab gelang emas shida dah putus dan rapuh "baca sini" Ingat kan! Haaa Alhamdulillah berkat kesabaran dapat dah pengganti gelang emas yg lama tu. Selasa yang lepas shida keluar dengan mak dan adik, ajak dorang teman shida beli gelang emas baru. Bukan itu sahaja korang, shida ajak dorang juga ke Sri Iskandar pergi ke satu tempat tu nanti shida story next entri okay.
Kebiasaan kan kami satu family kalau nak beli barang kemas mesti atau wajib pergi ke Kedai Emas Kimyo 108 ni sebab yang pertama kedai ni owner dia sangat-sangat ramah dan pandai ambil hati customer. Lagi pula owner ni juga kawan lama kakak shida yang sulung tu. jadi kakak introduce kedai ni sebab yakni boleh dipercayai. Bila dah selalu pergi senang nak minta tawar menawar kan, harga member2 orang kata lain sikit dari customer yang lain, tak gitu hehee 😁
Alhamdulillah, dapat juga merasa beli gelang besar sikit korang. Ini lah dia Gelang Emas Double Coco shida. Teruja bila dapat pakai gelang ni tau rasa lain sikit aura dia hahaha 😍 Harga gelang ni RM 2.4K (trend in gelang lama 1K) so shida cuma perlu tambah lagi RM 1.4K sahaja. Berat juga gelang emas double coco ni 8.1g tau, pegang pun tebal je, syukur sangat. Harap gelang ni lebih bertahan lama bersama shida, lebih lama dari gelang lama. Okay korang tu je nak story hari ni. Happy reading and blogwalking semua ya!
26 comments
wahhhh cantik, mesti bertahan lama... kalau tak bertahan lama mesti tuannya ganas hehehhe
ReplyDeleteAgak juga laaa dana..mmg ganas hahaa..tau2 tersngkut la..tertepus la..haihh ~_!
Deletecantikkk!
ReplyDeletesy menyesal beli gelang pulut dakap sbb xleh nk melasak sgt..
ingt nk tukar yg camni jgk..
nmpk mcm tahan lasak skit.. hihi
betul yg ni tahan lasak..sbb tu juga saya plih patern ni..ayuhh eay tukar hahahaa ^_^ **menghasut pula saya!
Deletecantiknya gajah... *meleleh air liur
ReplyDeletegajah padat! kalau amik yg besar dan tebal puas hati..
Deletesaya punya dulu mybe sebab halusss tu sng putus n cepat rapuh!
Cantik.wah saya baru tahu nama2 style gelang tu menarik.
ReplyDeleteYA TK..ini lah dia pujaan para wanita a.k.a ibu ibu hahaaa ^_^
Deletezaman skrg ni mmg elok kumpul emas kan, sbb ini utk masa depan.... cantik la gelang kak shida ni, mama zieya pun ckp cantik
ReplyDeleteBetul Zieya! Emas ni boleh dikategori aset juga tau!
DeleteAlhamdulillah... tak rugi beli emas ni. . Harga dia tak jatuh..
ReplyDeleteAlhamdulillah kak yan! berbaloikan :)
Deletecantik..
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteDouble coco namanya ye..Haha tak dan nak kejar nama-nama baru design emas ni.
ReplyDeleteHahahaa..saya pn x ingat..search juge ^_^
Deleteberpinar kak..tengok gelang kak hehee
ReplyDeletehehee @_@
DeleteBerat itu rasalah ada di tangan.
ReplyDeletetak juga NA,kdg2 rasa mcm hilang..tiba2 tercari pdhal ade je kat tgan ^_^
DeleteCantiknya..
ReplyDeleteTerima kasih sha :)
Deletewahh macam-macam nama gelang emas tu...
ReplyDeleteTak berat ke pakai tu shida?
Rezeki sungguh dapat gelang emas besar camni. Harap ada rezeki dapat juga one day. Aaminn...
ReplyDeletewah seronoknya ada gelang baru.. takpe beli barangan kemas ni harganya akan semakin menaik especially selepas covid nanti..
ReplyDeletebest woh dapat gelang omehh....cantik2!
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.