Celebrating September Birthdays

by - 20:00:00

Assalammualaikum wbt

Celebrating September Birthdays | Bulan September ni untuk keluarga shida memang satu bulan wajib akan ada majlis sambutan keraian ulangtahun kelahiran mereka ini. Disebabkan bulan september paling ramai ahlinya maka bulan september akan ada satu majlis untuk semua yang terlibat. Kebiasaan majlis akan dibuat sama ada di rumah mak atau pun rumah kakak yang sulung. Hari ni seperti biasa la ada sesi ucapan dalam group wasap family. Wish satu tarikh untuk semua sekali hahaha mudah gitu ^_^ Plan family hujung bulan baru sambut sebab nak tunggu adik shida (bella) balik sini dulu. Ada 5 nama akan diletakkan dalam satu kek 2kg nanti, biasa kek pula kakak shida yang sulung yang sponser, dia buat sendiri je. Kami adik beradik yang lain biasa akan topup makanan mana yang tak cukup.

Bermula dengan ayahanda shida 2 september (gambar pertama bersama bonda), diikuti pula 6 september adam (anak buah) dan 9 september ada 3 orang iaitu dua anak buah nana dan zahirah serta adik shida (bella). Masing-masing dengan kerenah sendiri, orang kata perangai lahir bulan yang sama - iaitu bila tidur susah kejut hahahaa :D Yang si kecik zahirah ni pun dah pandai request hadiah mesti minta set makeup ^_^ every year begitu dan makcik-makcik dia tak pernah tunaikan sebab tidak mendapat keizinan dari mama dia hahaaa :p Doa shida untuk ayah, adik dan anak buah semua, semoga diberi kesihatan yang baik, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki serta cemerlang dunia dan akhirat. Amin!

You May Also Like

13 comments

  1. Tahniah semua! Selamat Hari jadi semua!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir kepada semua. Semoga semua sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  3. wahhhh semua september,Happy Besday semua...

    ReplyDelete
  4. wahh bella and nana share the same birthday,,
    Happy belated and advance birthday untuk semua :)

    ReplyDelete
  5. Ramai-ramai dalam sebulan, sambut sekali je senang kan. Jimat.

    ReplyDelete
  6. Meriah bila ramai yang sambut dalam bulan yang sama.. Memang sambut sekali lagi seronok..

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday, Happy birthday in advanced buat semua yang menyambut birthday bulan september ini..

    ReplyDelete
  8. Meriah lah sambutan birthday bulan ni. happy birthday untuk semua.

    ReplyDelete
  9. wah ramainya birthday bulan ni.. mesti meriah sambutannya! Selamat hari jadi semua!!

    ReplyDelete
  10. Bulan celebration! Apa lagi? Open table lah!

    ReplyDelete
  11. Seronoknya sambut ramai-ramai. Meriah!
    Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  12. Seronok sambut beramai-ramai ni. September ini kami pun raikan ulangtahun kelahiran tiga anak kami...ahaks!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.