Mira Filzah dan Wan EmirMira Filzah NikahPerkahwinan Artis Malaysia 2020Walimatul Urus Nurfarah dan Shahrizal
Bertambah Ahli Keluarga | Tahniah Farah & Rizal | Selamat Pengantin Baru
Assalammualaikum wbt
Bertambah Ahli Keluarga | Tahniah Farah & Rizal | Selamat Pengantin Baru | Penangan cuti sakan kan, berapa hari shida skip tak update blog. Busy teruk dah ni shida sampai harini baru update entri baru huhuu... Pada entri rabu yang lepas Wordless Wednesday ramai dah tertanya-tanya siapa agaknya yang buat kenduri pada hari biasa ni kan. Sebenarnya adik ipar shida yang nikah dan terus buat kenduri kahwin korang, pilihan tarikh pun Pejabat Agama yang urus jadi memang tak boleh nak pilih hari-hari macam sebelum PKP. Ini pun tarikh ke 2 (tarikh asal pada bulan ogos) setelah kedah alami lock down tempoh hari sebab suaminya orang kedah dan kawasan yang kena kuarantin termasuk kawasan mereka. Jadi selepas selesai kuarantin baru boleh mereka bergerak ke luar kawasan.
Alhamdulillah tarikh 2 September 2020 (Rabu) ni pun baru dapat dari pejabat agama 5 hari sebelum majlis dan semua persiapan adalah last minit ^_^ nasib lah majlis berjalan dengan lancar. Jemputan pun tak ramai memandangkan hari persekolahan dan mengikut sop yang dikeluarkan oleh pejabat agama. Apa-apa pun majlis dah pun selesai, pasangan juga sudah diijabkabul Tahniah sekali lagi Nurfarah & Shahrizal, selamat menjalani alam rumahtangga dengan bahagia :)
Ohya! tak lupa juga Tahniah untuk Mira Filzah & Wan Emir atas
pernikahan mereka tempoh hari. Semoga berbahagia bersama pasangan
pilihan hatinya sama cantik sama padan :)
14 comments
selamat pengantin baru semua..:)
ReplyDeletetahniah...terima ahli keluarga baru...semoga pengantin berbahagia hidupnya dalam barakah ALLAH
ReplyDeletetahniah buat mempelai
ReplyDeleteTahniah kepada pengantin semoga Allah meredhai anda semua
ReplyDeleteyelah kan, musim pkp ini tarikh nikah kene ikut tarikh yang ditetapkan .... apa pun tahniah buat pengantin... manis pengantin nya
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSekarang ni semua gini ye..pengantin mcm tak boleh pilih tarikh. Ada slot kosong on je
tahniah utk kedua pengantin :)
ReplyDeleteOOoo... Orang Aman Jaya kot? Sebab PKPD tu?
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat pengantin!
ReplyDeletePatut lama tak nampak shida bw ;)
tahniah shida dapat family baru
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah pengantin baru. Bertambah ahli baru, bertambah meriah keluarga.
ReplyDeleteTahniah dapat ahli keluarga baru!!! Dan selamat pengantin baru semua!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selamat dah semuanya..
ReplyDeleteTahniah kpd adik ipar Shida & isteri..barakallahu lakuma..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.