Tips Penting Perlu Tahu Sebelum Membeli Kasut Sukan
Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Tips Penting Perlu Tahu Sebelum Membeli Kasut Sukan | Aspek pemilihan kasut adalah sangat penting jika ingin beriadah ataupun bersukan. Ciri-ciri kasut setiap aktiviti sukan yang ingin kita lakukan juga berbeza-beza supaya nanti tidak mendatangkan kecederaan ketika kita bersukan atau beriadah. Shida sebenarnya sejak mula bekerja dari tahun lepas 2019 shida dah kurang beriadah, senang kata sejak kahwin. Masa tu tak ada sokmo ^_^ (alasan) macam-macam kami laki bini cari idea nak luang masa beriadah, bukan apa ia baik juga untuk kesihatan dan cergaskan fizikal serta mental. Semasa PKP dalam bulan mei, kami ke econsave membeli barang dapur beserta sepasang raket badminton, akhirnya turun padang juga kami cuma si husben tiada kasut yang sesuai maka sekali je mainnya hahaa. Nak kena tunggu juga dapat sepasang kasut sukan yang sesuai. Jadi sebelum tu jom checklist apa yang perlu korang tahu sebelum membeli kasut suka baru.
1. MENCARI SUKAN KASUT YANG SESUAI MENGIKUT JENIS SUKAN/AKTIVITI
Semua pun tahu, sebut saja kasut sukan lambakan jenis kasut yang ada. Ada yang tapak licin, tapak kesat, ada yang tapak nipis ada juga yang tebal. Jadi pemilihan kena sesuai dengan jenis sukan atau aktiviti yang korang ingin jalankan. Sebagai contoh jika ingin berjoging pemilihan kasut hendaklah jenis tapak yang tak licin dan tebal.
2. PASTIKAN MEMAKAI STOKIN KETIKA MENCUBA KASUT BARU
Kalau boleh pakai stokin yang biasa korang akan guna apabila ingin menggunakan kasut sukan, kadang tu ada yang suka guna stokin yang nipis ada juga suka guna stokin yang tebal jadi bawa stokin kegemaran korang sekali apabila ingin mencuba kasut baru. Kenapa kena pakai stokin? sebabnya bila kita mencuba tanpa menggunakan stokin nanti saiz juga akan berbeza, mungkin mencuba tanpa stokin sedikit berbeza dengan memakai stokin. Kebiasaan kasut sukan ni kita akan pakai sekali dengan stokin, jarang lah pakai kasut sukan tak pakai stokin lagi-lagi nak beriadah kan.
Kalau boleh pakai stokin yang biasa korang akan guna apabila ingin menggunakan kasut sukan, kadang tu ada yang suka guna stokin yang nipis ada juga suka guna stokin yang tebal jadi bawa stokin kegemaran korang sekali apabila ingin mencuba kasut baru. Kenapa kena pakai stokin? sebabnya bila kita mencuba tanpa menggunakan stokin nanti saiz juga akan berbeza, mungkin mencuba tanpa stokin sedikit berbeza dengan memakai stokin. Kebiasaan kasut sukan ni kita akan pakai sekali dengan stokin, jarang lah pakai kasut sukan tak pakai stokin lagi-lagi nak beriadah kan.
3. KAKI PERLU SELESA KETIKA TERUS DISARUNG
Andai suka kasut sukan tersebut kalau sarung rasa tak selesa, lebih baik tukar ke kasut yang lain, cari yang benar-benar selesa dengan kaki korang tu. Jadi untuk memastikan kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki kita dan selesa, pastikan bila disarung terus rasa selesa dan ngam dengan kaki kita. Kalau boleh masa sarung tu jalan-jalan lah skit ambil feel kasut baru orang kata ^_^
4. PASTIKAN MEMILIH SAIZ KASUT YANG TEPAT
Kebiasaan orang perempuan ni bila dah suka kasut tu, kasut tu je diaa
aim, walau tak muat tetap beli! lepas tu menyesal! Memang wujud ya si
pemakai sebegini. Dah tahu bila pakai kembang kasut tu tetap nak beli, katanya sebab kasut lawa. Kalau lawa tapi tak sesuai kepada si pemakai lebih baik tak payah beli. Bila kita beriadah dengan menggunakan kasut yang salah sebenarnya boleh memudaratkan diri, Ingat tu ya!
15 comments
Betul yg penting kena sesuai dgn keselesaan dan saiz kaki..
ReplyDeleteYang ke 4 tu betul... Saya salah seorang daripadanya. Lepas tu memang menyesal tak sudah hihihiii.
ReplyDeletebetul tu kak pernah sekali salah beli kasut terketat sikit , ada aktiviti jungle tracking pula . Habis berbekas pergelangan kaki .
ReplyDeletepemilihan kasut sukan perlu berhati-hati dan cerewet..
ReplyDeletejika tidak boleh mendatangkan rasa tidak selesa. Dalam keadaan yang lebih teruk lagi mungkin boleh menyebabkan kecederaan kepada kaki
Mantap pasni boleh pilih dengan betul
ReplyDeleteJangan lupa baca artikel terbaru saya ya Cara Buat Duit Dengan TikTok
hahaah fakta yang last tu mcm perli ammi je. ammi ni ada bunion dikaki jadi kena beli kasut yg ada bukaan besar didepan. Tapi pernahlah teringin nak pakai heels yang tirus muncungnya. pakai 15 minit dah menjerit kaki tu.
ReplyDeleteHaritu saya beria beli kasut sukan, last2 jadi tukun kat rak kasut..ngaaa
ReplyDeletetq sharing tipsnya kak..yanie pun selalu bawa anak2 jalan2 padang..slalu guna selipar je..tp rasanya kena beli kasut sukan nmpaknya..
ReplyDeletebeli kasut tp tak bersukan mcm mana tu..
ReplyDeleteYang penting selesa dipakai
ReplyDeleteMemang betul
ReplyDeleteZieya selalu ada masalah beli kasut, masa try pakai..then selesa.. bayar la duit.. then bila hari2 yg betul2 pakai... confirm ada ja yang tak kena .. hmmm
ReplyDeleteTips yang berguna.. macam saya la, main bedal jea beli😆😆😆
ReplyDeleteTips yang first tu paling penting. Kena cari yang sesuai ikut aktiviti.
ReplyDeleteSelalu ikut dah no 1 sampai 4 tu.. Tapi tambah 1 lagi.. Warna kena menarik dan memikat..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.