Sup Petola bersama Telur, Pucuk & Suhun | Resepi #shidamasakje
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Sup Petola bersama Telur, Pucuk & Suhun | Resepi #shidamasakje | Akhirnya entri berkenaan resepi #shidamasakje terupdate juga, lama duduk dalam draft hahaha. Okay disebabkan kekeringan idea juga jadi untuk hari ini shida akan update entri memasak. Menu ni shida masak pada hari selasa yang lepas gaiss. Sup Petola ni pun sebenarnya jarang shida nak masak sebabnya selalu husben jual sayur sentiasa habis. Cuma selasa ritu tak habis maka bersayuran petola lah kami haritu, tak semua suka sayur ni lagi-lagi bagi perempuan yang dah bersalin, kata mereka sayur petola ni sayur sejuk jadi elak untuk makan takut bertegang urat ^_^ Okay lah jom kita tengok bahan dan cara masak sayur ni, simple sangat.
BAHAN - BAHAN :
- Sebiji petola sederhana besar - dipotong bulat atau serong
- Pucuk & Suhun sepeket - direndam
- Sebiji telur - yang mana suka banyak telur boleh tambah ikut citarasa
- Cili padi sebiji - dipotong serong
- Bawang Merah sebiji - dihiris
- Bawang Putih 2 biji - dihiris
- Ikan Bilis sedikit - ada yang suka letak udang kering, boleh juga ya
- Sedikit garam dan perasa
- Sedikit minyak untuk menumis
- Air secukupnya
- Panaskan minyak, masukkan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan.
- Selepas masukkan air secukupnya, jika suka sup banyak boleh lebihkan air. Biar sehingga air tadi mendidih. Selepas tu masukkan pucuk yang direndam tadi bersama telur.
- Kacau perlahan sehingga sup mendidih masukkan pula petola yang sudah dipotong dan dibersihkan. Tunggu sehingga petola lembut boleh masukkan suhun dan cili merah.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biar sup mendidih seketika lepas boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
- Cadangan menu ini untuk makan 2 -3 orang. Selamat Mencuba!
11 comments
Sedap ni Shida..mkn dgn mihun/ketiau pun best..
ReplyDeleteTambah sedap kalau ada sambal belacan dengan ikan masin belah.
ReplyDeletesedap...lawankan pulak dengan sambal ikan or sambal gesek. perghhh
ReplyDeletefavorite zieya ni! mama klu masak ni, semangkuk habis kat zieya sbb makan saja heheh
ReplyDeleteOh? Macam tu ke sebut Suhun? Uncle sebut Su'un....
ReplyDeleteSup gini nampak simple, tapi kalau makan dengan sambal..memang jadi luar biasa. Makan bertambah-tambah :D
ReplyDeleteSedapnya.. boleh bertambah makan ni
ReplyDeletesedap pekena dgn sambal belacan :p
ReplyDeleteRingkas tapi penuh dengan khasiat.. kalu saya, memang ratah gitu jea, xyah makan nasi😆
ReplyDeletesalah satu favourite sayur. suka letak suhun lebih :)
ReplyDeleteSha makan semua kecuali sayur petola tu..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.