Percutian 3 hari 2 malam di Penang | Short Vacay Shida dan Sharul

by - 15:00:00

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Percutian 3 hari 2 malam di Penang | Short Vacay Shida dan Sharul | Dalam entri sebelum ni shida ada bagitau nak berjalan-jalan dengan encik husben kan. Alhamdulillah 3 hari 2 malam kami di Penang sangat-sangat seronok dan berbaloi rasanya. Percutian yang singkat ke Pulau Pinang dengan mood Honeymood onzz. Selepas beraya 2 hari di kampung husben terus dari kampung kami shoot ke Pineng tapi masih turun taiping sebab nak masuk tol dari Changkat Jering ^_^ tol Beruas belum siap lagi masih dalam kerja-kerja pembinaan, entah bila nk siap..kalau siap ni lega rasa balik kampung naik highway ja. Ikut jalan biasa allah jalan dia, yang tahu-tahu lah kan kak diana rashid ^_"
Percutian kalini kami memilih untuk menginap di Mei Hotel Georgetown, Penang. Booked dari Traveloka Apps dengan tawaran sangat-sangat menarik cuma mei hotel jadi pilihan sebab banyak review terbaik dari hotel ini. Apa yang mereka ulas memang betul shida juga setuju, dari staff, bilik hingga ke servis semua tip top. So sesiapa yang bercadang nak bercuti di penang bolehla menempah di mei hotel. Mei Hotel juga ada menyediakan parking dalam bangunan tapi limited lah dan tak semua kereta boleh masuk untuk parking belah dalam sebab kena naik lif tau. Jadi kereta sedan besar-besar memang kena parking luar la jawabnya. Walau parking luar tetap selamat kawasan mei hotel ni. Penginapan 3 hari 2 malam kami di Mei Hotel berjumlah RM275.20 sahaja termasuk caj servis dan tambahan RM50 untuk deposit haaa ini normal lah kalau ada deposit kan, time check out dapat semula deposit.
Deluxe Room, 1 Queen Bed, kami tempah bilik yang ada tingkap sebab nak tengok pemandangan kota georgetown di malam hari, lagi pun memang suka bilik yang ada tingkap dan juga non smoking room. Keluasan bilik untuk kami berdua memang cukup selesa ada ruang letak bag, ruang solat dan ruang laki bini duk berlegar hahaaa. Bilik air juga selesa, air sempurna, tandas okay, bilik air berkaca so paham-pahamlah ^_^ aircond juga sejuk set 23dc pun masih sejuk, bilik sebesar ini kan so senang sejuk. Tempahan kalini shida ambil tanpa sarapan memandang si husben jenis tak makan sarapan hahahaa. Jadi shida memilih untuk sarapan dalam bilik saja ikut time sendiri.
Mei Hotel ni juga pilihan yang tepat kerana berdekatan dengan pusat-pusat makanan yang sangat-sangat luar biasa. Pusing-pusing sekitar georgetown ni lambakan kedai makanan yang ada dan viral. Malam pertama kami sampai tu kami keluar makan di Restaurant Hameediyah, Penang. Tu kami duk pusing-pusing punya lama cari parking ^_^ makanan di Restaurant hameediyah sedap sangat dan berbaloi dengan harga yang dikenakan. Shida makan Nasi + Sayur + Daging Rendang dan husben pula Nasi + Telur Masin + Gulai Itik + Sayur serta Air 4 (2 air manis 2 air suam) total RM38.00 kami makan malam tu kenyang sampai esok pagi hahaa. Yang pastinya kena beratur hahahaa punya la panjang kena beratur ^_^  dah macam makan nasi kandar beratur pula. Ok korang, stop sini dulu sebanya terlalu banyak gambar nak upload nanti hahaa next entri pula shida cerita pasal lawatan kami sekitar penang ni okay. Thanks korang happy reading =)



You May Also Like

13 comments

  1. seronok tul boleh berbulan madu di Penang. Dulu abe kie gi sana ramai2 dgn family...

    ReplyDelete
  2. seronoknya kak gi hnymoon..moga bergembira ya kak =)

    ReplyDelete
  3. Inshaa Allah next trip Langkawi :)

    ReplyDelete
  4. bestnya jalan2 ke penang, berHM

    ReplyDelete
  5. kalau pergi belah sana , tak sah kalau tk pekena nasi kandaq

    ReplyDelete
  6. Murah betul caj hotel nie..next time sy bleh la cari hotel nie..anyway selamat bercuti..

    ReplyDelete
  7. bestnya jenjalan penang. mama pun nak repeat penang sebab x sempat lagi makan kat hameediah tu.. sedap dan murah best oo

    ReplyDelete
  8. Cantik bilik kat hotel ni shida. seronok tu honeymoon :)

    ReplyDelete
  9. honeymoon sungguh ke penang ni.. ^^ bilik dia besar dn luas puas hati.

    ReplyDelete
  10. great honeymoon
    be happy till jannah ya

    ReplyDelete
  11. Cantinya bilik dia.. rasa cam nak terjah juga..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.