Penawar Sakit Lutut
Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Penawar Sakit Lutut | Kenapa shida kata penawar? sebab shida telah mencubanya dan ia menjadi, ia bukan sahaja merawat untuk sakit lutut malahan sakit belakang, tak sedap badan semua boleh. Yang dah pernah merasai menggunakan bahan-bahan ini mesti bersetuju dengan shida :) Kenapa sakit lutut boleh terjadi? Kebiasaan sakit lutut ni terjadi kepada orang yang berbadan besar dalam istilah gemuk. Ada juga disebabkan penggunaan kaki yang melampau, kuat bekerja dan sebagainya. Ada juga disebabkan faktor usia. Ramuan ni bukan shida sahaja menggunakannya malah shida berkongsi kepada kawan-kawan, mak ayah dan saudara-saudara shida. Alhamdulillah semua berjaya atasi dengan ramuan ini, bahan juga mudah didapati. Setiap bahan dalam ramuan ini juga mempunyai khasiat tersendiri. Cara pengambilan ramuan dengan cara merebus semua bahan ini.
Bahan - bahan :
- 2 biji buah epal hijau dibelah 4
- 2 batang serai di ketuk dan dipotong pendek
- 1 kulit kayu manis
- 3 cawan air kosong
Cara - cara :
- Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk beserta kesemua bahan-bahan.
- Biar air merebus sehingga menjadi 1 cawan.
- Lepas tutup api, biar air rebusan menjadi suam dan boleh diminum.
- ulang sebanyak 7 hari berturut-turut
- Boleh diminum pada waktu pagi atau sebelum tidur pada waktu malam
- Inshaa Allah sakit-sakit badan akan hilang, badan juga rasa segar dan ringan
SELAMAT MENCUBA :)
11 comments
kena cuba ni...dah nak masuk 40 series ni kan, memang ada masalah sakit lutut ni..
ReplyDeletemacam dah lama tak masuk blog shida ni...:)
Trima kasih kak, share petua ini boleh Naim 'rekemen' dekat emak Naim hehe
ReplyDeleteBahan2 mudah didapati...boleh dicuba..
ReplyDeletetq sharing kak ^^
ReplyDeletePerkongsian yang bagus
ReplyDeleteTerima kasih share penawar sakit lutut..
ReplyDeletemudah aje caranya. mcm sedap aje air ni bolehlah rekemen nanti
ReplyDeletetengah duk buat ni..baru hari ke 3..hope dpt lega sakit belakang..
ReplyDeletebole cuba ni nanti
ReplyDeletethank u for shraing^^
Cara alami yang paling senang untuk rawatan sakit lutut.. nanti nak rekemen pd ummie saya, maklumlah dia dah warga emas..😊
ReplyDeletewow bermanfaat
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.