Mask Extender Version Merdeka
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Mask Extender Version Merdeka | Sekarang ni mask extender ni dah jadi semakin viral penggunaan dia. Mask Extender juga telah pun menjadi satu eksesori wajib para wanita atau perempuan mesti ada dalam Norma Baharu ni. Jangan kata mak - mak, kini anak - anak juga dah semakin banyak koleksi yang terkumpul kan. Pergi sekolah pula hari - hari bertukar - tukar mask extender dia, lagi - lagi mak pulak si pereka atau pembuat mask extender ni. Mask extender juga kini telah dijadikan satu bentuk perniagaan atau sumber pendapatan bagi si pereka mask extender ini. Bagus juga kan boleh tambah pendapatan bagi suri rumah atau wanita yang bekerja, asalkan tahu mengait atau mereka sejenis mask exterder yang cantik dan menarik.
Kalau tengok version atau patern pula, pelbagai jenis yang ada, bercorak, yang kosong, bermanik, berreben dan sejenis plastik keras yang dipanggil mask extender tulang ikan juga pun ada. Cuma sekarang patern jenis mengait (crochet) yang semakin menjadi permintaan yang tinggi. Bagi ada bakat mengait sangat beruntung kerana mask extender untuk version mengait masih mendapat permintaan yang tinggi dalam pemilihan mask extender. Blogger Norhidana juga salah seorang penghasil mask extender manik, cantik ^_^
Shida juga tak lepas peluang memiliki salah satu mask extender jenis crochet ni. Cuma kelainannya dari segi warna dan patern yang shida pilih untuk kalini. Mask Extender Version Merdeka ni shida pilih bersempena bulan kemerdekaan negera kita. Bila pakai semua tegur menarik dan cantik. Tepat dengan tema kali ini Malaysia Prihatin :) Shida menempah dari mak student, harga pun tak mahal bagi shida, hanya RM5.00 sebab minta dia buat panjang sikit disebabkan face mask kain shida ni jenis tali pendek jadi mudah sangkut jika guna extender yang lebih panjang, biasa harga yang dijual hanya RM3.00 sahaja. Macam mana korang cantik?
12 comments
cantiknya mask extender team merdeka.. zieya sendiri pun pakai mask extender.. senang.. and tak sakit telinga kan
ReplyDeleteIa memudahkan kaum wanita untuk mengenakan mask kan, hehe
ReplyDeleteNice ni tema merdeka!!!
ReplyDeleteSekarang ni memang trend guna mask extender ni, senang.. lagi yang bertudung, memudahkan. selain yang crochet dan foam, banyak jenis lagi Cik TK tengok. yang leather pun ada, yang plastik dan macam-macam lagi
cantik jugak, pandai mak student tu buat
ReplyDeletewah menarik... kite tak reti mengait, reti jahit guna getah je hehehe... kalau berminat boleh la order ya...
ReplyDeletehehehhe mana tahu berkenan...
kalau berminat boleh tinggalkan no hp dekat email
norhidana@gmail.com
rasa mcm nak semua utk buat collection haha
ReplyDeleteCantik..kreatif depa ni..hehe..
ReplyDeletecantik lah akak punya mask extender..minat pula yanie :)
ReplyDeletewah cantiknya..kreatif dia mengait... :)
ReplyDeleteCantik shida. Mesti ramai berkenan design warna bendera ni.
ReplyDeleteMurah.. berbaloi dan cantik sangat..
ReplyDeleteberkenan pula sha nengoknya..
fenomena 2020 kan kak. mask extender. kreatif dan cantik pula tu. huhu.
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.