Cuti - cuti Penang ke Bukit Bendera & Batu Ferringhi | Short Vacay Shida & Sharul

by - 07:30:00

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Cuti - cuti Penang ke Bukit Bendera & Batu Ferringhi | Short Vacay Shida & Sharul | Okay korang sekarang shida ada cukup masa untuk bebel percutian kami pada hari ke dua di Penang. Alhamdulillah hari pertama sangat menyenangkan sehinggalah masuk hari ke dua ni. Penginapan yang begitu selesa di Mei Hotel, Penang mesti ada yang belum baca entri shida menginap di Mei Hotel penceritaan untuk hari pertama di Penang tu kan boleh baca disini ya > Penginapan 3 hari 2 malam di Mei Hotel, Penang. Untuk hari ke dua di Penang kami ke Penang Hill, Bukit Bendera.
AWAS! ENTRI BANYAK GAMBAR DAN PENCERITAAN, 
BACA SAMPAI HABIS YE! THANKS KORANG :)
Memang dari awal lagi encik husben dah plan nak ke Bukit Bendera. Katanya tak pernah lagi berkunjung ke sana, termasuklah shida pun tak pernah lagi jejak ke bukit bendera ni. Untuk pertama kali berkunjung memang rasa terujalah. Dari hotel ke bukit bendera mengambil masa dalam 30 minit sebabnya hotel kami berada di georgetown diluar kawasan bukit bendera. Bandaraya Penang memang penuh dengan kenderaan tambahan pula waktu percutian kami pada cuti umum. Jalan raya tu kalau tak jem tak sah lah dengan pemanduan yang laju. Setelah sampai kami park di satu kawasan perumahan yang dibuat sebagai tempat parking khas untuk pelancong yang datang ke bukit bendera ni, harga pula sekali park RM40 tak kisah lah park sekejap ke lama ke itulah harganya. Jika nak park ditepi jalan siaplah abg - abg penguatkuasa selit surat cinta kan.
Sebelum masuk ke bahagian kaunter tiket tu kami singgah dulu makan di sebuah cafe diberi nama Hillview Cafe yang menyajikan makanan berasaskan buluh. Ini menu paling awal yang disediakan, selepas 3 petang baru mereka open untuk western food. Memandangkan kami datang pun awal lebih kurang jam 11 pagi jadi makan dulu untuk alas perut sebab nak stay dalam penang hill nanti pun mesti berjam-jam. Selesai makan kami terus gerak masuk ke dalam penang hill hall untuk beli tiket. Pembelian tiket hanya sorang saja dibenarkan beratur untuk membeli tiket. Contoh jika membawa family seramai 7 orang maka sorang sahaja yang perlu beratur untuk membeli tiket.
Untuk tiket pula harga kami ambil untuk lane biasa yang berharga RM12 seorang per tiket, jika nak melalui fast lane boleh beli dengan harga RM40 per tiket. Bezanya hanyalah diberi keutamaan untuk beratur awal dan tak perlu lah nak menunggu lama seperti lane biasa. Macam shida dan encik husben ambil lane biasa saja memandangkan kami pun tak rushing memang target nak berada di penang hill saja. Beratur pun tak la lama sebab no.tiket ketika tu 60, shida dan encik suami 65 jadi lebih kurang 40 minit sahaja untuk menunggu masuk beratur dan naik kereta api. Pengalaman pertama shida berada di sini bersama encik husben memang menyeronokkan, kami enjoy. Setelah sampai ke atas bukit dengan udara yang sejuk dan nyaman. Pelbagai tarikan jika berada di atas bukit ni antara yang sempat kami terokai..
  1. Kami melihat pemandangan di Skywalk, dek yang mengelilingi puncak yang menawarkan pemandangan 360 dc Pulau Pinang dan Seberang prai.
  2. Love Lock, tempat ni best antara tempat yang wajib dihadiri oleh pasangan yang bercinta seperti kami lah =) korang boleh menulis dengan menggunakan padlock (mangga) dan mengunci lock atau magga korang pada pagar yang disediakan. Terlalu banyak mangga dah takde ruang jadi tumpang-tumpanglah pada mangga orang lain ^_^ nasihat shida korang bawalah mangga sendiri ya!
  3. Melihat Karyawan melukis dan kami sempat juga buat satu potret yang dilukis oleh karyawan di sana untuk dibuat kenangan berharga RM20 untuk hitam putih.
  4. Cliff cafe, di sana kami menyinggah untuk basahkan tekak sebab cuaca agak panas selepas matahari naik terpacak atas kepala ^_~ Terdapat pelbagai jenis makanan yang enak dan juga  cenderahati yang boleh dibeli oleh pengunjung. Menu pilihan kami Iced Manggo + smooothie honeydew + mineral water RM22.
  5. Agak-agak dah kering badan ni teruskan perjalanan berkunjung ke Muzium Kamera dan Muzium Burung Hantu. Harga tiket tak silap RM5 seorang.
  6. Seterusnya kami ke Rumah Hantu, ini persinggahan yang terakhir sebabnya dah tak larat nak jalan-jalan, sangat besar kawasan dalam ni banyak lagi tempat yang kami belum sempat terokai. Mungkin akan terokai kali kedua datang ke sini dilain masa nanti jika diberi peluang lagi.

Habis dah sesi Terokai Penang Hill ni, walau letih dengan cuaca agak panas tapi berpuas hati 5 jam duk sana tengok macam-macam gelagat dan pelbagai jenis tarikan yang ada. Seharian duk sana memang tak akan habis nanti. Makin hari nak petang makin ramai pula pengunjung yang tiba jadi kami bergerak dulu untuk turun ke bawah. Jam sekitar 4 petang pun masih penuh pengunjung untuk naik ke atas, jadi kami ke parking kereta. Unplained sebenarnya, setelah selesai solat 2 waktu encik husben ajak ke Batu Feringghi (tempat ni ada sejarah dengan shida masa kecil dulu) . Dapatlah melihat balik pulau ni dimana tempat shida pernah lemas dulu ^_" panjang ceritanyaaaa. Tak lama lepak sana sebab dah lewat petang sangat. Lagipun air laut keruh dan berbau sikit so tak terdaya nak lama-lama kat sana ^_^
Tengok cuaca makin gelap kami pun gerak balik dan singgah makan dulu di Restoran Masakan Thai. Alhamdulillah sedap juga walau pun pemiliknya mamu-mamu yang masak memang macam kedai makan siam masakan dia. Restoran tu berdekatan juga dengan Street Night Batu Ferringhi (kawasan lebih kurang macam pasar malam) dapat juga kami pusing dalam tu dapatlah grab beberapa keychain dan fridge magnet untuk dibuat kenangan. On the way balik singgah starbucks lanje encik husben minum starbucks dan kami balik ke hotel :) Ok itu sahaja aktiviti kami pada hari kedua di Penang. Esok nak balik dah tinggalkan penang, Inshaa Allah jika diberi peluang kami akan ke penang lagi.


You May Also Like

15 comments

  1. CANTIK PERMNADANGANNYA, DAH LAMA SAYA TAK KE SANA...

    ReplyDelete
  2. Bestnya shida, saya tak pernah sampai lagi sini. Bolehlah plan dengan suami nak bawak anak2 ke sini pulak nanti ;)

    ReplyDelete
  3. balik Penang jugak baru2 ni, tapi x jalan ke mana pun sbb kami ramai..ada bebudak & ada warga mas..so tak jenjalan mana pun.

    ReplyDelete
  4. bestnya jalan2 dengan orang tersayang hehe
    semua tempat tu nda pernah pergi lagi but sure will visit. one fine day hehe
    sabah ni pun nda habis round lagi kono^^

    ReplyDelete
  5. murahnya naik Bukit Bendera. Dulu sebelum PKP mahunya RM60 fast line tu tau.. rasa macam nak pergi lagi tengok orang post yang cantik2 di Penang ni. ^^

    ReplyDelete
  6. bestnya jalan-jalan penang... aritu ke penang sehari je memang tak cukup betul, kita tk sampai lagi batu feringgi tuh... makanan kat sana dahla best2

    ReplyDelete
  7. Penang antara lokasi percutian yang nak repeat lagi dan lagi. Btw baru follow blog ni #4936

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...sudah boleh makan angin dan jalan-jalan

    ReplyDelete
  9. Hihihi bila tengok Bukit Bendera, teringat kisah dulu.. ummie saya teringin nak makan cendol, masa tue adik bongsu dapat tawaran ke kolej pergigian di penang.. drpd Pantai Batu Buruk kami cari cendol sehingga la satu bandar K. Tranu cari, xde yang jual.. last² kat Bukit Bendera baru dapat makan cendol.. lawak plak masa tue..😂😂

    ReplyDelete
  10. lama yanie xjalan penang kak :)
    enjoy ur honeymoon kak..

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pergi Bukit Bendera

    ReplyDelete
  12. Wah... lamamya tak pergi Penang... Dulu pergi pun masa 2012.. Lama sangat dah..

    ReplyDelete
  13. Bukit bendera tu Sha nak sangat pergi bawa anak-anak.. dah sampai tapi disebabkan ramai orang tak naik pun.. Harapnya nanti adalah peluang naik dengan anak-anak..

    ReplyDelete
  14. Sekarang dah macam macam ada kat bukit bendera ni. Siap ada fast lane lagi tu. Dulu tak ada lagi. Last pergi masa 2013-2014 kalau tak silap.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.