Alkisah Gelang Tangan Emas Shida Dah Putus

by - 15:50:00

Assalammualaikum wbt dan Selamt Sejahtera.

Alkisah Gelang Tangan Emas Shida Dah Putus | Sebut gelang emas mesti kecut perut dengar kenaikan harga emas sekarang kan. Harga emas sekarang bagi shida masih tinggi dah mencecah hampir RM300 se gram. Minggu sudah gelang shida yang ke 2 ni dah putus maybe sebab rapuh dah, pakai hari-hari lenjan tak kira dah. Nasib dia putus masa shida tengah solat, elok tengah angkat takbir elok dia melorot ke bawah. Memang berasa dah masa tu tapi teruskan solat dulu.

https://www.hargaemas.com.my/harga-emas-hari-ini/
Nak bercakap soal emas nih shida pun bukanlah berkemahiran sangat. tapi suka jugalah dengan emas cuma tak lah terlalu taksub. Sekarang pun ada bermacam-macam patern emas yang viral kan seperti Gelang Emas Pulut Dakap, Gelang Emas Biskut Tawar, Gelang Emas Lipan, Gelang Emas Gajah dan banyak lagi nama-nama emas yang tengah viral sekarang ni. Nak tahu lebih lanjut jenis-jenis emas masa kini boleh klik sini > Nama-nama gelang emas popular.

Gelang Emas Gajah tapi tak besar mana pun sederhana sahaja. Masa tu pun shida tukar ke gelang ni sebab gelang sebelum ni shida beli pun putus juga mungkin sebab terlalu nipis kita pulak plasah pakai saja. Gelang ni shida beli masa tahun 2017 sampai ke minggu lepas baru putus. Jadi betullah gelang gajah ni tahan sikit berbanding gelang lain-lain. 4 tahun penggunaan baru putus, harga masa tu seingat shida dalam RM 1500 berat dan tebal.
Gelang Emas Lipan ni gelang pertama shida selepas shida beli sebentuk cincin belah rotan. Gelang dan cincin ni shida main kutu emas. Tapi tak sangka gelang patern ni tak tahan pun, shida guna cuma setahun dah putus dan rapuh. Kecewa juga masa tu, terus mak ajak tukar gelang emas patern gajah tu (trend in gelang lipan tukar ke gelang gajah). Kebetulan masa tu nak raya jadi dapat guna gelang emas raya ^_^ happy lah juga masa tu. Sekarang ni Gelang emas gajah pun dah habis riwayat nampaknya. Shida pun bercadang-cadang nak tukar gelang baru bajet adala dalam RM1.5k tak termasuk gelang emas gajah untuk shida trend in nanti. Tengah berkira-kira bila tengok harga emas makin melonjak naik semakin hari, lagi rasa was-was nak beli hahaha aduhai ~


You May Also Like

13 comments

  1. Bestnya ada emas...Cuya cuma pakai gelang org dulu2 yang bentuk bulat terus masuk ke tgn milik ibu Cuya...jadilah drpd tkde...hehe

    ReplyDelete
  2. Saya tidak minat sangat pakai kemas.
    Ok itu Shida pakai betul-betul sampai tidak boleh pakai.

    ReplyDelete
  3. .kne hati2 gak ek..ingt gelang emas ni xputus... Alhamdulillah perasan...

    ReplyDelete
  4. Beli emas ni macam pelaboran juga sebab harga emas sentiasa naik.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah buat pilihan terbaik syida. Beli emas untung.. Akak belum Ada rezeki n x pernah Beli emas

    ReplyDelete
  6. wow..besar jgk gelang shida tu..:)

    ReplyDelete
  7. Baru - baru ni pergi HABIB JEWELS. Ingat nak beli jugak tapi biarlah dulu tengok-tengok je dulu. Heheh. Bagus kumpul emas ni.

    ReplyDelete
  8. nasib baik putus time kita sedar kan....
    Zieya baru starts buat publicgold acc..sbb rasanya simpan mas mmg berbaloi

    ReplyDelete
  9. Samalah dengan saya.. Masa PKP aritue, gelang emas gajah saya dah banyak kali terputus. Last² saya tukar dengan gelang emas lipan sebab taknak terputus lagi😅😅.. harap² x putus la kali nie..😂😂

    ReplyDelete
  10. Nasib baik perasan putus. Kalau tak hilang macam tu ja. Emas tu boleh simpan, jadi pelaburan nanti.. boleh leburkan buat baru juga tu

    ReplyDelete
  11. Rasa nak membeli barang emas nak simpan bila ada modal nanti

    ReplyDelete
  12. pernah juga terputus gelang. mujur kedai tu sejam je siap. kalau tak sampai kesudah tak pakai peram je. Suka gelang pattern shida ni. nampak padu emasnya.

    btw, thanks share link tu shida.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.