Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah | Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah | Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan - Shida betul - betul lega korang, Akhirnya shida dah boleh mula bekerja ^_^ Terharu dengar ucapan Menteri Kanan Pendidikan dari sidang media petang tadi, Pusat Tuisyen boleh beroperasi bermula 15 Julai 2020 pada hari Rabu. Pengumuman inilah yang di tunggu -tunggu oleh kami dari Institusi Pendidikan Swasta. Dapat je tarikh tadi terus shida whatsapp Mr. Bos, syukur dan mulalah sesi SOP yang bakal kami jalani nanti.
Mr. Bos dah whatsapp untuk jalankan meeting dekat pusat tuisyen pada isnin minggu depan. Rasa berdebar pula hahaa ^_^ Rindu dekat my meja office tu, my pens, my chair dan semua-semua barang office yang shida selalu guna. Yang pastinya tak sabar nak bekerja semula yeay! Banyak kerja juga nanti nak kena siapakan, harap boleh bahagi masa dengan sebaiknya dengan blog kesayangan ni. Mungkin shida akan busy mulai minggu hadapan sebab lepas meeting, kami akan buat sesi membersihkan pusat tuisyen bersama-sama dengan guru - guru yang terlibat.
Menyediakan beberapa perkara yang penting seperti buku kehadiran yang baru, susun atur kerusi dan meja mengikut sop jarak 1 meter dan penyediaan hand sanitizer juga. Lepas dapat tarikh pembukaan tu, terus shida update status whatsapp. Ramai sangat parents yang dah mula respon untuk booking slot memandangkan penempatan kemungkinan adalah terhad disebabkan penjarakkan sosial. Harap semua yang kami plan nanti akan berjalan dengan lancar dan baik. Berharap juga ke semua operasi sentiasa dalam keadaan yang selamat dengan Norma Baharu.
5 comments
Selamat mulakan kerja!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah masuk mengajar di sek sejak 24 Jun lps. Rasa sunyi sikit bila form 5 je yg dtg..
ReplyDeleteDah mula nak sekolah semula.. Harapnya semua patuhi SOP yang disediakan sekolah..
ReplyDelete@Sha Mohamed betul..harap anak2 dlm lindungan dan jagaan yg baik.
ReplyDeleteselamat kembali masuk office shida.
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.