Selepas Makan Nasi Lemak Pasti Mengantuk

by - 06:00:00

Assalammualaikum wbt dan Selamat sejahtera.
Selepas Makan Nasi Lemak Pasti Mengantuk | Hari ni bukan nak menjual nasi lemak tau, cuma cerita semalam. Adik shida balik rumah bercuti bersempena nak raya sini kali ni, almaklumla masa Raya Puasa dia tak dapat balik sebab PKP kan so duduk lah berjauhan dengan kami adik beradik yang lain. Nak jadikan cerita setelah diberi pelepasan PKPB adik dah mula booking tarikh nak balik. Kali ni agak lama cutinya lebih kurang sebulan juga lah duduk rumah. Mak shida ni seorang peniaga kuih-muih dan nasi lemak pai kat pasar dalam taman so dalam adik balik takde buat apa mak suurh adik buat nasi lemak untuk dijual kat pasar. Adik okay on saja memandangkan dia memang suka memasak. Nasi Lemak Kampung adik panggil sebab masih beralaskan daun pisang :)

Okay berbalik cerita pada Nasi Lemak ni, gambar atas ni adalah gambar nasi lemak yang adik buat sendiri, letak 30 bungkus habis dah itupun trip ke 2 sebab trip pertama orang lain buat letak pada 6 pagi sebanyak 100 bungkus kira adik ni sesi akhir-akhir buat tambah bila nasi lemak 100 bungkus ni habis, biasanya pukul7 lebih setel dah nasi lemak 100 bungkus tu. Dalam buat nasi lemak letak kat tempat emak berniaga adik open juga untuk cod, so shida teman adik cod ke AEON TPG 10 bungkus dan dia bagi shida 2 bungkus. Balik dari cod tu shida pun menjamah lah nasi lemak yang adik buat, memang sedap :) Tapi tak sampai beberapa minit shida rasa mengantuk yang amat sangat macam mengantuk cara tidur malam.

Selalu shida kalau makan nasi lemak time pagi memang macam ni, dari dulu sampai sekarang. Makan time pagi pasti mengantuk sabojela. Tak tertahan terlelap juga  sejam lebih. Nasib sebelum keluar cod tu dah selesai siapkan kerja rumah. semua tinggal nak masak tengahari je. Menurut kajian pemakanan nasi lemak ni bukan lah satu makanan yang boleh menyebabkan kolestrol tetapi jika dimakan secara berlebihan boleh mendatangkan kolestrol. 

Menurut kajian pemakanan USDA 2015 : Amylopectin dan Amylose merupakan kompenan kanji di dalam nasi lemak. Nasi lemak mengandungi kandungan amylopectin yang sangat tinggi . Amylopectin ini lebih senang diserap sistem pencernaan maka meningkatkan gula dalam darah adalah dengan cepat. Gula yang tinggi menurunkan kadar aktiviti sistem kesedaran yang dikawal di otak iaitu orexin. Sistem ini juga sangat mempengaruhi obesiti maka otak menajdi mengantuk dan badan menjadi lemah (sistem orexin yang lemah). Mengambil protein diwaktu pagi pula meningkatkan aktiviti orexin. Maka jika pemakanan protein dan karbohidrat di ambil makan ia mengurangkan rasa mengantuk.

So tak salah lagi lah sebab makan pagi haritu nasi lemak sampai 2 bungkus hahahaa 😂😂 kat sini sebungkus nasi lemak hanya RM1.00 sahaja berbalut daun pisang tapi ade yang mden sikit guna kertas minyak coklat tu.

You May Also Like

12 comments

  1. Makanan berat dan berlemak pula.. Memang ngantuklah dibuatnya.. Rajin adik Shida..

    ReplyDelete
  2. uncle kalau nasik yg bungkos kecik2 macam ni, memang kena dua...! Baahaha...!

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni susah nak jumpa nasi lemak yg benar-benar nasi lemak..Kekadang tak lemak pun..Satu lagi sambal tu yg menambah kesedapannya

    ReplyDelete
  4. @Cikgu Badar betul cikgu..sambal juga main peranan dalam nasi lemak..nasi lemak juga kalau xlemak x enak kan ^_"

    ReplyDelete
  5. @uncle gedek Kan uncle..baru betol2 kenyang lagi2 kalau sedap aduhaii~

    ReplyDelete
  6. @Sha Mohamed Sebab tu lah saya mkn udah ngntok pergi nyee

    ReplyDelete
  7. memang sedap nasi lemak buatan adik ipar i ni =)

    ReplyDelete
  8. nasi lemak legend dari dulu.... makanan orang Malaysia

    ReplyDelete
  9. ye, makan nasi lemak pepagi memang boleh mengantok dibuatnya. biasanya fiza kurangkan santan nak elakkan mengantok. tapi kadang kalau dah mengantok, mengantok juga kan.

    ReplyDelete
  10. Haha nasi lemak memang buat mengantuk.. tapi sedaaappp!! Kadang2 boleh bertambah. Lagi lah mengantuk jadinya. Haha

    ReplyDelete
  11. yanie pun suka mkn nasi lemak kak..mgantok mmg pastilah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.