HAPPY 10TH YEARS OF LOVE
Assalammualaikum wbt dan Salam Bahagia.
Happy 10th Years Of Love | Alhamdulillah 12 Julai semalam adalah genap 10 tahun shida dan husben melayari bahtera percintaan kami. 10 tahun perkenalan sehingga menjadi pasangan suami isteri ni adalah bukan satu perkara yang mudah bagi shida. 10 tahun yang penuh cabaran dan liku-liku cabaran percintaan sehinggalah kami diijabkabulkan pada 14 Disember 2018 kalau dikira-kira dah setahun 7 bulan shida bergelar isteri. Tapi kalau ikut tempoh percintaan kami ni jika berkahwin dah 3 4 orang anak dah keluar ye ^_^ Sehingga kini kami masih berdua, bertiga tu belum lagi ada rezeki untuk kami.
10 tahun ni bermula dengan perkenalan, lepas tu kami bercinta dalam 3 4 tahun. Penat bercinta baru kami mulakan langkah untuk meghalalkan. Dalam tempoh 10 tahun ni juga kami tak pernah putus atau orang kata perhubungan on of tu, alhamdulillah mungkin sudah jodoh gamaknya. Gaduh-gaduh merajuk tu normal lah dalam perhubungan. Tapi perjalanan 10 tahun rasa sekejap saja bila mana masing-masing yang sibuk dengan kerja hakiki. Tarikh 7 Julai 2017 shida dirisik oleh orang tua husben shida (mertua sekarang), lepas 2 bulan tahun yang sama pada 30 September 2017 kami bertunang pula. Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami sehingga 10 tahun ini.
Dalam perhubungan halal ini, tiada apa lagi yang ingin diminta hanyalah sebuah keluarga yang bahagia, dikurniakan cahayamata, dilimpahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Semoga perhubungan ini juga kekal hingga ke Jannah, saling menyayangi dan memahami serta saling melengkapi antara satu sama lain. Mudah-mudahan dimakbul segala doa seusai solat kami. Amin! Gambar masa akad nikah kami > baca sini < Ada ke kawan-kawan lain yang bercinta macam shida, sampai 10 tahun? Mesti faham kan, perasaan macam mana bercinta lama-lama ni kan hehee :)
20 comments
Tahniah
ReplyDeleteSemoga kekal bahgia selamanya
semoga Allah makbulkan doa & harapan Shida & suami..
ReplyDeleteSemoga berpuluh tahun lagi.... Tahniah!
ReplyDeleteSemoga Allah memelihara kak dan suami hatta keluarga . Semoga menjadi keluarga yang mawaddah sakinah.. :)
ReplyDeleteSemoga bergandingan sentiasa hingga ke Jannah ya SHida <3
ReplyDeleteHappy anniversary yang ke 10... semoga kekal bahagia hingga ke syurga
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun perkahwinan pada Shida dan suami.. Semoga perkahwinan kalian Insha Allah akan kekal hingga ke Jannah.. Situasai kita berdua adalah sama, ^_^ masih berdua jugak.. Insha Allah satu hari nanti Allah akan titipkan rezeki yang lebih untuk kita semua,, yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah..
ReplyDeleteseronoknya baca cerita org bercinta hehe. Alhamdulillah walaupon byk cabaran, tpi berjaya atasi. bukan sng.
ReplyDelete@Curheart.Bedelia Alhamdulillah, perjalanannya dipermudahkan :)
ReplyDelete@Diana Rashid tu lah terpikir juga kpe lama2 bercinta hehee ^_^
ReplyDelete@Shikin Razali Amin..terima kasih shikin atas doa..shida doakn kalian juga mudah mudahan diberi rezki nelimpah ruah :)
ReplyDelete@norhidana terima kasih :)
ReplyDelete@Syaz Rahim Terima kasih syaz :)
ReplyDelete@Muhammad Naim Abdullah Terima kasih naim atas doa :)
ReplyDelete@uncle gedek Amin Inshaallah uncle :)
ReplyDelete@nohas Amin..terim kasih :)
ReplyDelete@Warisan Petani Terima kasih :)
ReplyDeleteHappy anniversary Shida..
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminn..
ReplyDeleteTahniah kak dan pokcik..moga dimakbulkan doa kak :)
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.