Pengeluaran penuh KWSP masih kekal pada umur 55 tahun

by - 00:05:00

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pengeluaran penuh KWSP masih kekal pada umur 55 tahun - "Kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menaikkan had umur bagi pengeluran penuh 55 tahun", satu status yang dibuat dari page facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Ha! yes! maksudnya yang kita dengar perbincangan untuk pindaan ke umur 65 tu hanyalah berita palsu. Panik juga baca tadi, kecoh dekat twitter dan facebook isu had umur pengeluaran kwsp ni. Ada someone ni share berita palsu ni macam dah mendapat kesahihan dari pihak kwsp. Lepas, dalam beberapa jam tu page facebook dari harian metro online update tentang berita palsu ini. Tak lama pula, page facebook kwsp update berita itu juga adalah palsu! Had umur pengeluaran kwsp masih kekal pada umur 55 tahun.

Ini lah masalah orang malaysia suka sangat share benda yang tak sahih, kalau tak pasti jangan kongsi. Sebab tu lah wabak berita palsu ni susah nak bendung dan kawal kalau masih ada lagi segelintir manusia seperti ini yang suka kongsi perkara-perkara yang tak patut. Okay shida sekadar ambil berat dan share perkara yang sahih dan pasti sahaja.


You May Also Like

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.