Kebun Durian Ayah
Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Kebun Durian Ayah - Musim durian dah mari korang! rata-rata semua pun duk update pasal durian kan. Shida tau ramai antara kawan-kawan blogger shida ni peminat durian atau suka makan durian kan. Ada ke yang masih tak suka makan durian zaman sekarang ni? Mungkin ada lah segelintir yang tak makan durian, mungkin atas sebab faktor kesihatan atau faktor lain-lain macam alergik bau ke kan. Macam shida dan family pun kami memang sejenis yang memang makan durian kecuali husben shida hahaa ^_^ dia ni bukan tak makan langsung ada juga makan tapi tak boleh banyak.
Ahad yang lepas, shida, husben dan parent shida pergi ke kebun durian ayah kat kampung ayah. Tak jauh pun kampung ayah kat Kg. Laneh Padang Rengas, Perak. Jarak dari tempat shida ni pun lebih kurang 20 minit macam tulah kalau tak jem. Tak plan pun sebenarnya nak pergi, tiba-tiba mak ajak lagipun husben dan shida sendiri pun tak pernah pergi kebun durian ayah tu. Sebelum ni mak ayah pun tak pernah ngajak pergi, selalu deme pergi berdua je. Ayah kata tunggu kebun tu lawas sikit ayah tebas bagi elok laluannya baru boleh pergi. So ahad lepas pergi juga kami :)
Dah terang sikit, laluan pun dah nampak so baru boleh masuk kebun tu ^_^
Jam antara 9 pagi kami gerak, selepas breakfast kat rumah mak. Sampai je kami park kereta kat bawah sikit lepas kami kena berjalan dalam 15 minit macam tu untuk masuk ke kebun durian ayah. Tercungap juga shida berjalan dalam tu sebab kena mendaki juga, jalan pun agak licin sebab tanah lembab. Ayah kata nanti nak buat pondok sebab durian kami anggaran pertengahan bulan julai baru lebat. Ada pondok mudah sikit nak solat ke makan ke atau berteduh jika hujan, tali air pun ada ayah dah siap buatkan. Seronok juga masuk kebun ayah ni, tengok pokok-pokok hijau, sejuk je tapi haaa nyamuk haluss banyak.
Dalam sejam juga kami pusing dalam kawasan kebun ayah untuk kutip buah durian yang dah luruh. Shida tolak kereta sorong ikut belakang suami, suami kutip-kutip durian yang ada. Penat juga sebenarnya kutip-kutip durian ni, padanlah durian pun agak mahal sekarang dah jual timbang kilo, tak jual longgok dah. Tak boleh bayang mak ayah berdua kutip durian banyak-banyak bawa balik huhuu. Masa kitorang kutip durian ayah masih tebas-tebas lalang, mak pula duk buat unggun api nak halau nyamuk punya pasal. Lebih kurang 2 kereta sorong penuh kami kutip durian yang ada. Bila penuh kami bawa ke mak untuk bersihkan dan pilih mana yang elok untuk dijual kepada peraih, yang tak elok tu kami bawa balik rumah buat tempoyak.
Kasi can la husben jadi model buah durian hahaha ^_^
Alhamdulillah selesai kerja kami anak-beranak hari ini. Banyak juga yang elok mak kata, yang besar kecil semua elok - elok legaa hehee. Husben pun seronok hari ni dapat join aktiviti macam ni sekali sekala. Durian kampung ayah ni ada yang sedap, memang sedap rasa dia tau. So durian semua ni ayah bawa naik motor yang ada dikebun untuk di bawa turun ke kereta husben kat bawah. Kebun ni kena guna kereta - kereta tahan lasak macam hilux ke atau kereta-kereta jenis masuk hutan baru boleh naik sampai atas, kalau guna kereta biasa rosak habislaa. Hasil yang dijual ke peraih dapat juga dalam RM300 Alhamdulillah. 6 7 biji dah sebelahkan bawa balik rumah untuk buat tempoyak dan buat makan-makan. Inshaa Allah ada masa lagi kami pi lagi Kebun Durian Ayah.
13 comments
bestnya ada kebun durian..kna cr suami ada kebun durian la mcm ni..haha
ReplyDeleteWahh seronoknya ada kebun durian sendiri !
ReplyDeletesy la antara manusia yg xmkn duyan tu! kikiki..
ReplyDeletedulu bau duyan pon xleh.. skrg dh ok..
dh boleh mkn crepe duyan.. aiskrim duyan..
tp duyan betol2 duyan mmg xmkn..
syokkkkk masuk kebun duyan!
Seronoknya ada kebun durian.
ReplyDeleteakk ni org kuale, dengor Pdg Rengas teringat kat kuale..dah lama tk balik kpg..
ReplyDeleteseronok deme kutip durian luroh..byk hasilnya..Alhamdulillah..
@Cik Nor Amin...ciknor..mudah mudahan :)
ReplyDelete@Syaz Rahim seronok juga..puas hati dpt mkn free heheee :)
ReplyDelete@ezy.xixiikenapa ezy awak xmkn durian??
ReplyDelete@Khairul Krol seronok KK :)
ReplyDeletekat sini musim durian dah habis
ReplyDeleteTunggu lepas raya haji nanti baru ada balik.
seronoknya ada kebun durian sendiri. hari tu lepas raya saya pergi kebun kawan ayah saya, memang seronok dapat kutip buah durian & makan dkt kebun.
ReplyDeleteadoi.. ni yg buat mama nak singgah sana ni. mama ni mmg hantu durian
ReplyDeleteLapang dan luas kebun. Rajin ayah Shida kerjakan tanah.
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.