Yeay! Shida dah kahwin laaa | Blogger Shida Radzuan

by - 20:58:00

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Ya! Ya! Shida dah kahwin komee ^_^ Gambar atas ni Kad Jemputan Perkahwinan shida pada 15.12.2018 pada hari sabtu. Kalau ikutkan perkahwinan kami dah 3 bulan 15 hari dan juga shida bergelar isteri. Majlis belah lelaki pula dibuat pada 29.12.2018 pada hari sabtu juga Selang 2 minggu selepas majlis shida. Sebenarnya yang lama sangat menghilang tu disebabkan sibuk dengan biznes sibuk dengan persiapan nak kahwin. Persediaan tu agak lama shida ambil masa hahaha..hampir 5 tahun kan. Ya lah nak planing kena la awal tak boleh last minit tak gitu? Mesti ada yang kata : shida ni hilang pi kahwin rupanya ^_^ maaflah tak jemput tak dan komee tahu-tahu dah lagi sebulan nak kahwin. Ada juga shida buat jemputan dekat facebook, dekat whatsapp. Nak jemput reramai macam tak berdaya, pengantin agak sibuk ketika itu hahaa ^_^
Kad Kahwin ni shida macam biasa la upah je someone design. Tak pernah lari shida dengan beliau, mesti kalau nak design shida akan minta beliau buatkan. Tak lain tak bukan Blogger Azhafizah la komee. Fiza je tahu citerasa shida ni yang tak pernah lari dengan warna biru.Tema Kad shida blueblack dan gold. Kad suami pula design yang sama cuma warna lain black dan gold. Hasil design memang tiptop sangat puas hati. Dekat fiza shida tempah design Kad Kahwin both side, Fridge Magnet dan juga banner kahwin. Then terus hantar print senang gitu, siap pun cepat sebab takyah tunggu que pihak printing masuk design. Apa-apa pun nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat fiza sebab siapkan hasil kerja yang baik. Alhamdulillah Allah swt merancang perjalanan perhubungan kami dengan baik 7 tahun berkawan atau senang kata bercinta tanpa putus ya! straight berkawan sampai lah kahwin, Syukur sangat :)

MULA BERKENALAN : 12 JULAI 2010
MAJLIS MERISIK : 7 JULAI 2017
MAJLIS BERTUNANG : 30 SEPTEMBER 2017
MAJLIS AKAD NIKAH : 14 DISEMBER 2018
MAJLIS SANDING : 15 DISEMBER 2018
MAJLIS BERTANDANG : 29 DISEMBER 2018




You May Also Like

10 comments

  1. Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru Shida. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin

    ReplyDelete
  2. tahniah shida..selamat pengantin baru shida..eh..:)

    ReplyDelete
  3. Tahniah...Semoga jodoh korang suami isteri berkekalan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  4. Hi... selamat shida.. akhirnya...

    ReplyDelete
  5. tahniah dah kahwin!! ( lambat wish..kekekek)

    ReplyDelete
  6. Dapat rasa keterujaan Shida bergelar isteri.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.