Perkahwinan Tahan Lama
Assalammualaikum, peace upon you.
Perkahwinan
tahan lama ni sudah selalu dibincangkan oleh masyarakat
sekeliling tambah-tambah lagi bila golongan agama walau pun dah banyak kali
bincangkan perkara ini tetapi kenapa masih lagi banyak kes-kes perpisahan dan perceraian
berlaku di luar sana?
Jom
kita bincang kan tajuk ini mengikut sudut pandangans aya sendiri. Anda bebas untuk
membetulkan mahu pun mengkritik pandangan ini kerana ianya merupakan satu perbincangan
yang terbuka. :)
Bagi
mereka yang sedang diuji perkahwinan merekadiharap entri ini dapat membantu sedikit
sebanyak dalam membaiki hubungan rumahtangga masing-masing. Sebab
setiap
penyakit ada ubatnya begitu juga dengan perkahwinan juga ada ubat tahan lama
untuk kekal sepanjang hayat.
Tips
1 - Agama
Tips yang paling penting untuk perkahwinan tahan lama adalah kedua-dua pasangan mesti taat perintah Allah denganmenjaga solat.
Jika berkesempatan carilah ruang dalam sehari untuk solat berjemaah paling
tidak dapat seminggu 3 kali pun sudah memadai.
Tips
2 - Komunikasi
Setiap
pasangan mestilah berkomunikasi dalam apa jua keadaan ini bermaksud jika rasa tak puas hati, marah dan geram mestilah
di ajakduduk bertentang mata dan bincang. Ianya mesti mencapai kata sepakat. Perkahwinan
merupakan satu ikatan dua hala dan bukan sehala yang mana hanya isteri atau suami
sahaja yang betul. Ianya memerlukan satu hubungan yang memerlukan kesepakatan dalam
banyak perkara.
Tips
3 - Ruang
Sebagai
seorang manusia biasa yang berlainan jantina kita perlu diberikan sedikit ruang
kebebasan. Bukanlah
bermaksud pergaulan bebas dimana pasangan membuat hal masing-masing secara berlebihan
bersama kawan-kawan.
Setiap
pasangan tersebut perlu diberikan ruang dari segi masa, kawasan dan pendengaran.
Ini adalah salah satu cara bagi mereka untuk melepaskan tekanan yang dihadapi
di tempat kerja atau di rumah. Berilah
sedikit ruang untuk berhibur dengan aktiviti kegemaran mereka bersama rakan-rakan
mahu pun keluarga.
Tips
4 - Kehormatan
Setiap
pasangan perlu hormat menghormati antara satu sama lain. Apa yang berlaku hari ini
adalah hanya suami sahaja yang berpandangan bahawa dia perlu dihormati tetapi suami
tidak perlu hormat pada isteri. Ini
adalah satu tanggapan yang salah dan tidak benar sama sekali, sebaliknya dua-dua
perlu saling hormat menghormati barulah harmoni rumah tangga.
Boleh kita simpulkan disini bahawa
rumah tangga perlu dijaga dengan betul supaya tidak berlaku sebarang masalah terutama
bagi para isteri. Suami tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa bagi membolehkan lagi rumah tangga
itu idak tbertahan lama. Jangan
malu-malu untuk berikan sebarang kritikan, pujian untuk kita sama-sama perbaiki
apa yang kurang.
5 comments
good tips...walaupun 4 diberi tapi semuanya good aspects ..
ReplyDeleteBetul tu
ReplyDeleteNo.1 paling penting :)
ReplyDeleteTips yg bagus ni tq share
ReplyDeletenice sharing sis, lama lagi benda ni untuk saya amal kan hehehe
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.