Flight Paling Murah Servis dan Fasiliti terbaikMalaysia AirlinesMalaysia Airlines Ticket Online BookingPengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia AirlinesPercutian Keluarga
Pengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia Airlines
Assalammualaikum, peace upon you.
Pengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia
Airlines | Siapa pembaca shida suka bercuti?? Haa shida yakin dan pasti kesemua
pembaca shida suka sangat bercuti. Lagi-lagi kalau pergi tempat menarik seperti
pulau-pulau kan haaa..shida pun suka juga sebenarnya 😉😉 Kebiasaannya kalau pergi bercuti perkara utama
yang kita akan fikir mesti tentang "kenderaan". Kalau bercuti
tempat-tempat yang berdekatan of cos kita akan naik kereta je! Tapi kalau kita
bercuti tempat-tempat jauh contoh ke luar bandar atau negeri mesti kenderaan
menjadi punca utama dalam kamus percutian kita. Kalau jauh-jauh macam shida
sendiri akan memilih kenderaan yang kita tak perlu pandu, just duduk dan
menikmati perjalanan percutian kita haa..gitu! kalau naik kereta mesti timbul
isu penat lah, berbalah siapa nak pandu lama-lama tu kan haaa..selalu terjadi
dalam family shida lah hahaaa..paling tak suka drive kereta! seriusly!
lagi-lagi nak hadap jem ha! 😅😅
Kalau bercuti jauh-jauh ni shida and family memang
kitorang decide pilih naik flight jer..Bukan apa mudah and masing-masing tak
perlu berbalah siapa nak drive lepas ni lepas ni dan lepas ni hahaa..Shida
sebenar-benarnya paling suka kalau tengok view dari dalam flight..perghhh!!
Kagum sangat dengan ciptaan Illahi yang tiada bandingan tau 😍😍 Biasanya Flight yang menjadi pilihan kami
sekeluarga adalah Malaysia Airlines. Kenapa Malaysia Airlines?? haaa meh
nak share sikit pengalaman shida ni, Biasanya kalau naik flight isu yang
dipertikaikan adalah tambang/harga tiket penerbangan. Korang tak perlu risau
lah, harga memang berbaloi dan murah, bergantung juga destinasi yang
hendak dituju tu kan. Servis dan Fasiliti yang diberikan pun sangat bagus!
Tak salah juga sebenarnya kalau kita support Flight Malaysia kan 😁😁 Masa pertama kali shida naik flight, nervous tu
jangan cakap la kan..fikiran ni berfikir negative je..tapi dalam pada masa yang
sama shida excited!
Tanggapan shida terhadap Malaysia Airlines setakat ni
tersangatlah baik. Process dan servis layanan yang diberikan oleh staf Malaysia
Airlines sebelum kitorang naik flight pon dah bagus inikan pula semasa
penerbangan, lagi la sangat-sangat bagus! Penerbangan kitorang hanya mengambil
masa selama 45 minit jer tapi excited punya pasal dah macam 2 jam duk dalam tu!
Hahaha. Seat yang kitorang pilih adalah bersebelahan tingkap tau, wajib!! Now
shida nak story fasiliti yang terdapat dalam pesawat ni, confirm lepas ni
korang tertarik punya dengan kemudahan yang ada ni. Dalam pesawat ni terdapat
tv kecil tau di setiap seat penumpang di mana kalau korang bosan tak tahu nak
buat apa, korang boleh la layan movie or main games. Shida sempat la jugak
layan cerita kejap sebab perjalanan kitorang tak lama mana sangat pon. Kalau
masa perjalanan tu dalam 2 jam or lebih sempat la layan satu dua movie! Kalau
korang tak nak tengok movie or main games pon tak ape, sebab dalam pesawat ini
juga terdapat majalah untuk korang baca-baca. Yer la dari tak buat ape tu baik
baca majalah kan at least tak la bosan sangat sambil menunggu. Selain itu,
korang tak perlu risau macam mana nak charge henset korang sebab dalam ni pon
terdapat lubang usb di mana korang boleh la charge henset or ape je yang korang
nak charge. Fuyooo!! canggih kan! faham-faham jela nak travel jauh-jauh ni
henset mesti kena on 24jam,nyawa tu! 😅😅 Oh! Sebelum terlupa, kalau korang nak layan movie tu
korang kena gunakan headset yang dah tersedia takut nanti akan mengganggu
penumpang lain pulak..kalau kat rumah sendiri suka hati lah nak kuat mana
pasang pun 😆😆
Walaupun jarak perjalanan tu dekat, Malaysia Airlines
juga ada menyediakan snack free untuk para penumpang mereka. Ok la kan dari tak
dapat apa langsung. Dapat la jugak menjamu selera dengan biskut dan air oren,
ok la tu untuk lapik perut..free je korang 😅😅 Kalau korang nak beli makanan dalam flight ni pon
boleh jer.. order la nasi ke mee ke or korang tengok je menu dalam catalogue
yang tersedia. Order je apa korang nak makan janji korang jangan membazir
sudah! Bukan setakat makanan je tau, ada juga souvenir sebagai kenangan korang
menaiki flight ni, haa ada juga untuk dibuat kenag-kengan tak gitu 😀😀. Kalau naik flight ni, toilet juga salah satu
tempat yang biasanya penumpang paling ambil serius "bersih atau tak
bersih" tapi tak perlu bimbang toilet dalam flight ni pon sangat bersih
dan wangi! So korang tak perlu la risau, kebersihan dan keselesaan dalam
pesawat ni sangat tip top tau! Dijamin!
Okey now shida nak cerita plak pasal jejaka tampan dan
jelitawan dalam pesawat tu,haaaa sape dia tu?? Sapa lagi kan pramugari dan
pramugara yang bertugas semasa penerbangan ni la. Diorang tersangat lah
peramah! Bukan itu sahaja, kalau kita nak minta tolong mahupun ingin bertanya
sesuatu kepada mereka layanan yang diberikan tersangatlah baik! dan yang paling
penting diorang tak sombong langsung okey.. Best sangat dapat naik Malaysia
Airlines ni! Lepas ni kalau nak naik flight lagi memang tak pandang lain dah!
Malaysia Airlines adalah pilihan shida dan family sebagai pengangkutan
untuk next travel kami sebab shida dah jatuh cinta 😍😍 dengan servis and fasiliti yang ada! hahaha.😀😀 So, memandangkan sekarang adalah musim cuti
persekolahan walau dibulan puasa ni, tak salah kalau kita mengambil peluang
untuk pergi bercuti bersama keluarga kan! So, apalagi korang nak tunggu! just google jer Malaysia
Airlines ticket online booking sekarang! berbaloi-baloi
korang! So bagi yang "dah booking" Selamat bercuti korang! 😊
6 comments
wahh bestnya.... rasa nak naik mass la nanti
ReplyDeleteSaya jarang dapat naik MAS ada lah baru beberapa kali tapi bagus naik rasa safe sangat.
ReplyDeleteterbalik ngan aku. aku enjoy driving. huhuhu... tak dinafikan. MAS memang terbaik. seat pun selesa. tak crammed macam syarikat penerbangan yg lain.
ReplyDeletememang suka naik mas dari airasia.. hehe
ReplyDeletelagi selesa kaan
:)
memang best. Pernah naik MAS sekali je...huhu
ReplyDeletePernah air asia hihihihihi..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.