Set Skincare dari Seqy Beauty | Produk Kosmetik dan Kecantikan

by - 16:19:00

Assalammualaikum, peace upon you.
Pejam celik pejam celik dah raya ke 5 kita kan, Selamat Hari Raya kepada semua pembaca dan pengunjung blog shida :) Lewat petang nanti shida nak ke rumah kakak sulung shida ada open house. Ada juga shida tolong dia memasak dari rumah untuk dibawa ke sana nanti, kiranya sambil-sambil memasak kita typing sikit-sikit update blog heheee..update la sangat kan :p sebelum tu shida nak share dengan korang satu set penjagaan kulit yang terbaik ni Set Skincare dari Seqy Beauty | Produk Kosmetik dan Kecantikan | Masuk hari ini dah 3 entri shida review untuk produk dari Seqy Beauty ni dan ini produk yang terakhir dari shida iaitu Skincare dari Seqy Beauty. Set Skincare ini salah satu produk yang paling shida gemari kerana kesannya yang terbaik seawal 10hari sahaja, dalam set ini terdapat 4 item iaitu Cleanser, Toner, Serum dan Day & Night Cream. 

Fungsi dan kelebihan Set Skincare dari Seqy Beauty :
Cleancer :
  • Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
  • Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
  • Membuang kotoran padan wajah
  • Anti-Oxidant
  • Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
  • Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
  • Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
  • Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
  • Anti-microbial
 
Toner :
  • Membantu menstabilkan pH kulit
  • Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
  • Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
  • Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
  • Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
  • Mengawal sebum (kelenjar minyak)Mengurangkan radang (kemerahan). 
 
Serum :
  • Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
  • Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
  • Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
  • Menghalus serta mencerahkan kulit.
  • Menutrisikan kulit.Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
  • Menghilangkan flek pada wajah.
  • Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
  • Mengawal sebum. 
 
Day & Night Cream :
  • Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
  • Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghilangkan parut di wajahMenyegarkan kulit wajah.
  • Mengawal minyak
  • Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
  • Melicinkan tekstur kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
 
 Testimoni :
Kalau korang nak tahu Set Skincare ni adalah set faveret shida kerana hasilnya hanya 10 hari dah nampak kesan tau!! memang awesome gila!! Shida cuba set skincare ni pun sebab masalah kulit shida yang sangat-sangat ketara dengan jerawat dan kulit berminyak. Alhamdulillah dengan keberanian entah dari mana datangnya.. shida cuba set ini dan selepas 10 hari pakai memang rasa puas hati. Macam shida hari-hari tengok wajah sendiri dalam cermin kan, Kadang-kadang tu guna produk apa pun shida rasa sama je! tapi selepas menggunakan set skincare ni dengan komited sekali orang pertama yang tegur kulit shida ni selepas 1o hari menggunakannya adalah my mom :) Mak kata kulit dah ok nampak cerah sikit :) haaaa senyum lebar tau shida :) bertambah-tambah sayang dengan set skincare ni. selang 2 3 hari pula, adik pula tegur muka shida dah lain, jerawat dah berkurangan!! OMG!! jerawat dah kurang..!! lepas tu baru shida rasa nak belek muka puas-puas, memang betul lah kulit nampak lebih bersih tau lepas tu bekas jerawat pun makin pudar.  Alhamdulillah shida bersyukur sebab set ni memang ada kesan atas kulit shida yang sensitif ni. 
Sekarang shida dah cop Produk Seqy Beauty ni adalah Produk kekal shida untuk penjagaan kulit wajah ni. 4 item ni sangat mudah nak digunakan, daannn yang paling penting cream dia tak melekit lepas pakai. Selepas guna cleanser shida guna toner then guna serum picit 1-2 kali sapu rata. Last sekali shida guna cream malam dan siang tu, dah sapu rata tunggu dalam beberapa minit bagi dia meresap dan kering lepas tu setel :) Rasa biasa je tak melekit langsung, kering je :) Shida happy tau sekarang :) tak tau nak kata happy macam mana sebab produk sebelum-sebelum ni langsung tak ada kesan kat shida. So bagi kawan-kawan yang belum jumpa produk yang sesuai untuk penjagaan kulit wajah tu, shida memang galakkan korang guna Produk Seqy Beauty ni. Mudah digunakan, selesa, sesuai untuk semua jenis kulit, boleh atasi masalah kulit wanita asia dan yang paling penting ianya HALAL serta mendapat kelulusan dari KKM. Jadi janganlah risau dan was-was lagi, produk Seqy Beauty sangat-sangat terjamin, sekali dah pakai terasa sayang tau :)


Hubungi lanjut pengedar sah Seqy Beauty :
  • Blog : wondeland online shop
  • Instagrams : @estrella_onlineshop
  • Fanpage : Estrella Muslimah
  • Whatsapp : 017 394 5948 (sis liza)
  • Email : elizwonderland28@gmail.com
  • Butik Vendor : Thepopulous Seksyen 8 Bandar Baru Bangi (tester BB Cream Seqy Beauty disediakan)
  • COD Area : Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Nilai, Senawang, Port Dickson
 

You May Also Like

7 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.