Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung

by - 02:59:00

 
Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung | Memakai tudung bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan tentang kesihatan rambut kita. Malah, gadis-gadis bertudung perlu lebih menjaga rambut kita yang terlindung. 
 
Kesilapan dalam penjagaan rambut boleh menyebabkan masalah-masalah seperti rambut rosak, berbau dan kulit kepala berkelemumur. Paling teruk rambut juga boleh rosak dan putus sekiranya tidak dijaga dengan baik.
 
Ingat, penampilan dalaman haruslah dijaga rapi walaupun ia bertutup okay. So ada beberapa Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung untuk korang cuba dan praktikkan, jangan lupa share juga kepada kawan-kawan yang bertudung. 

1. Cuci rambut secara berkala.
Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya. Pemilihan syampoo untuk rambut juga memainkan peranan yang penting.

2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.
Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.

3.Gunakan cara semulajadi
Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilih juga syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala anda. Jangan lupa gunakan kondisioner juga !

4. Memakai hijab ketika rambut kering
Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. 
 
Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !


5. Longgarkan ikatan rambut
Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika anda sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.

6. Lepaskan rambut
Bebaskan ikatan rambut anda jika anda berada di rumah atau di tempat-tempat bila mana anda tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul
Kami sarankan anda memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala
Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa
Pastikan anda memakai hijab atau tudung yang diperbuat dari bahan yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala anda panas dan berpeluh, hal ini akan menyebabkan ia tidak bernafas dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya.


10. Manjakan rambutmu
Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal
.


sumber : nurdotmy

You May Also Like

42 comments

  1. nak manjakan rambut tu yang susah tu..tq shida for the tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. For now ikut semua tips kecuali trim dan ke saloon tu. paling mudah nak jaga rambut kena guna shampoo yang sesuai, pakai moisturiser dan juga serum :)

      Delete
  2. Boleh praktikkan. Mmg mimin gunakan tips ni mulai esok. Sbb rambut mimjn rancak gugur

    ReplyDelete
  3. Rambut mahkota wanita yg terpenting so kna jaga sebaiknya

    ReplyDelete
  4. bagus tips nie shida...sekarng nie rambut pun dah berkurangan dan tak terjaga macam dulu2 hehehe

    ReplyDelete
  5. tips yang amat berguna ni.. tq ya..

    p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

    ReplyDelete
  6. Nice sharing ;D

    ReplyDelete
  7. jgn ikat masa bsah nnti bau kurg enak ..huhu

    ReplyDelete
  8. walaupun kita ertudung, rambut tetap kena dijaga sebaiknya.. tidaklah nti bila tudung dibuka, lain pula baunya..hehe

    ReplyDelete
  9. rambut kan mahkota wanita even kita pakai tudung sekali pon kan.. kena jaga bagus2

    ReplyDelete
  10. kalau tak ikat nampak rimas pulak..heee

    ReplyDelete
  11. Kak Lya lau bab2 rambutni mmg jaga betul la ..Takleh langsung kalau rambut jadi gatal kulit kepala huhuhu

    ReplyDelete
  12. *Rambut hampir kering masa baca entri ni* *pukul-pukul nak bagi kering cepat nak tidur* *gugur* ARGH!! Haha.. (Budak yang cuci rambut setiap hari dan sentiasa mengikat rambut dengan ketat) =,= Nice tips :D

    ReplyDelete
  13. Bertudung bukan alasan untuk tidak meniaga rambut. Rambut ni ibarat mahkota gituuuu.

    Terima kasih share kak shida

    ReplyDelete
  14. rmbut sy byk mslh skrg ni.. dgn keringnya.. byk gugur..
    stress jgk.. byk syampu dh tukar.. xelok2 jgk..

    part nk tgu rmbut kering sblom pkai tudung tu mmg xpernah jd.. sbb kejar ms.. haha..
    pengering rmbut pon xde.. kena beli la camni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezy..cuba la berambut pendek..mcm shida selesai masalah ^_^

      Delete
  15. malam2 rabia pakai minyak rambut
    hehe
    wangikan rambut
    belai2 rambut

    ReplyDelete
  16. Lamanya tak pergi salon. Seronok ketika rambut dicuci, diurut-urut kepala sampai rasa nak tidur pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling seronok pegi saloon kan kak amie..diurut2 nya kepala..syahduuu!

      Delete
  17. saya rambut pendek, senang sket nak jaga, tp itu pon malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalaaa kiter afeezz hahahaa malas tetap ada..

      Delete
  18. Yanie pun rasanya rambut xsihat...nk jaga rambut time skg amatlah susah...sbb seharian kerja semua rushingg kak huhuu

    ReplyDelete
  19. Sejak kena rambut gugur. Syu potong pendek jer rambut kak😅. Kadang2 tak semua syampoo sesuai dengan kulit kepala & rambut Syu. Jenuhlah bertukar syampoo tapi rambut tetap gugur. Even syampoo mahal sekalipun. Memanglah rambut & kepala wangi. Tapi macam tak sihat. Mungkin kurang vitamin agaknya.

    Tengok arwah tok dulu elok jer.Takde beria2 pakai syampoo. Seminggu sekali letak santan & minyak kelapa kat kepala.Elok rambut lebat tak ada uban 😅.

    ReplyDelete
  20. Dahulu rajin syampu hari-hari.
    Terima kasih kongsi tips.

    ReplyDelete
  21. Walaupun bertudung, kena ambil berat juga tentang penjagaan rambut. Great tips, Shida!

    ReplyDelete
  22. tq shida for tips, mmg agak mencabar wanita berhijab ni kan..

    ReplyDelete
  23. dah lama tak buat hair treatment sebab pkp dekat selangor lama nau

    ReplyDelete
  24. tips penjagaan rambut memang sangat penting , tak kisahlah yang free hair mahupun yang bertudung

    ReplyDelete
  25. Trim rambut paling susah sbb tak tahu nak minta tolong siapa. saya gigih juga trim sendiri. mana yang capai je tertrim. kulit kepala memang ada masalah eczema sikit. huhuhu

    ReplyDelete
  26. Saya nak kena ubah yang no 5 tuuu sebab saya suka ikat ketat ketat hehehe. Kalau longgar, rasa rimas pulak.

    ReplyDelete
  27. Terimakasih kak shida atas tipsnyaaa. rambut memang penjagaan yang penting!

    ReplyDelete
  28. sy, kalau basahkan rambut sy akn sedaya upaya keringkan dulu, barulah sikat, pakai tudung or baring/tidur. kalau x sy akan rasa x selesa.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.