Kawan-kawan boleh tak bantu shida selesaikan masalah ini??

by - 00:20:00

Assalammualaikum, peace upon you.
Beberapa hari yang lepas shida digemparkan dengan kedatangan Malware yang tak diundang, sekarang masalah lain pula yang timbul, masalah BERAT BLOG shida ni. Setakat ini bagi shida sendiri blog shida berat dia terkawal, bila load semua habis keluar dan muncul dari segi banner, tulisan dan lain-lain. Mungkin sebab shida mempunyai kelajuan internet yang boleh tahan lajunya (streamyx). Cuma kadang-kadang shida perhatikan bahagian sidebar paling lambat load berbanding bahagian ruangan banner dan post, header pun keluar elok saja, cuma sidebar agak lambat tapi disebabkan internet ok so tak ada masalah lah! Cuma yang membuat shida tak sedap hati bila ada beberapa blogger yang tegur shida blog lambat loading, blog berat dan sebagainya. So sedikit sebanyak memberi kesan kepada shida juga.

Terkesan bukan shida kecil hati atau marah tapi risau dengan keadaan blog shida ni. Bila lambat loading dan blog terlalu berat juga salah satu faktor kenapa blog kita tiada pengunjung. Shida selalu fikir apa nak buat ni. template paling ringan shida dah gunakan pada blog kesayangan shida ni. Mungkin shida nak lihat-lihat bahgian sidebar mungkin ada beberapa yang perlu shida buang atau tak pelru dipaparkan. So shida nak tanya koranglah bila buka blog shida kan bahagian mana yang paling lambat keluar atau rasa loading terlalu lama? Keselesaan korang sebagai pembaca dan pengunjung blog shida adalah keutamaan shida sekarang ni. Sebab yang selalu nak datang adalah korang so nak jugalah jaga keselesaan korang ketika berada di blog shida ni. Kalau kata korang ada idea lebih baik untuk blog ni juga boleh share dengan shida diruangan komen ya. Shida sangat-sangat hargai jika dapat bantua dari korang semua.

Bukan itu sahaja, shida juga perasan kadang-kadang ada beberapa blogger tak jumpa tempat komen blog shida. Kalau buka link entry mesti kotak komen tak muncul, ada tak korang alami situasi macam ni bila buka atau komen blog shida?. Sebab shida tak menggunakan readmore so korang boleh baca sampai habis blog ini tanpa perlu menekan tajuk entri. Bagi yang menggunakan internet yang speed kureng boleh guna cara ini. Kadanag-kadang bila korang baca full entry shida, shida perasan juga kotak komen atau ruangan komen lambat keluar, bagi yang guna internet speed kureng mesti dah tak keluar kotak atau ruangam komen shida. Mungkin ini salah satu sebab blog shida ni lambat sangat loading. Shida pening dah fikir, minta jasa baik korang fikir untuk shida pula, maybe boleh cari solution untuk shida ke :)


You May Also Like

25 comments

  1. setakat ni ok ja tgk. Tak ada la berat mana pun blog. Loading pun ok ^^ Tempat komen pun jumpa.. sebab tu la boleh komen ni...hee

    ReplyDelete
  2. skali imbas mmg loading ada delay sikit.. tp x sure part mana utk edit, huh..

    *baru2 ni blog sy pun mcm ada popup ads apa ntah.. x sure source mana satu perlu edit...

    ReplyDelete
  3. Akak buka elok je laju.. Tapi bahagian sidebar la kot slow sikit.. Tapi xdela slow mana pun.. Cuma dia kuar lambat sikit jer dari yg lain2.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. memang takkan muncul kotak komen shida melainkan akak klik kat labels tu.barula nampak jari ohsem...baru tekan kat situ..keluarlah pop up komen ni...tak dapat nak tolong sbb akak tak pakar dalam bab coding nie

    ReplyDelete
  5. tu la kan. kadang blog sy pun jd lembap. sy sendiri pun x tahu. mybe ikut kelajuan internet kot.

    ReplyDelete
  6. Bahagian komen tu blog azwar pun terkena, kena refresh banyak kali baru ada..hurmm..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum shida. maybe banyak sangat widget kat sidebar ni. cuma minimumkan mana yang penting je. hehehhee

    ReplyDelete
  8. rasa mama blog shida takde masalah, mungkin kelajuan internet mempengaruhi lah shida... kalau slow, mama pun ada masalah juga,, mama blogwalking pakai tab setakat ni, blog shida takde apa yg lambatnya.. semua ok!

    ReplyDelete
  9. Setakat ini okay je kak..

    ReplyDelete
  10. so far fiza takde masalah dengan blog shida..maybe internet okay lah kot..kalau nak kurangkan berat gambar loading cepat boleh guna lazyload tu..

    ReplyDelete
  11. OK saja.. takde masalah pun :)

    ReplyDelete
  12. setakat nih akak tgk ok je shida

    ReplyDelete
  13. sebelum ni nad buka memng lambat sikit tapi sekarang macam ok je..sidebar semua ok je

    ReplyDelete
  14. part bhgn komen tu, yumida juga pernah mengalaminya. bila refresh 2-3 kali baru kotak komen shida muncul.

    aah loading blog agak lambat sedikit.

    ReplyDelete
  15. tenet den slow, so x pandai nak komen bagi laju laju ni..huhu

    ReplyDelete
  16. setakat ni jijah buka ok je shida..tak berat pon..kotak komen pon cam biasa

    ReplyDelete
  17. mmg slow sloading shida..huhu

    ReplyDelete
  18. Setakat ini loading agak OK lagi shida.. Takda masalah. Sidebar or widget bg letak yg penting untuk pengguna blog melihat.

    ReplyDelete
  19. Kotak komen tu yg selalu tak kuar...

    ReplyDelete
  20. kalau saya on guna fon, versi mobile tak la nmpk sngt blog ni berat.. ok je..

    ReplyDelete
  21. ok je shida... tp serangan malware tu mmg ganggula kita punya blog...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.