baju rayaduit rayahamper rayalife style bloggerpersiapan raya 2014personal entrypersonal lifeSelamat Hari Raya Aidilfitri 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Assalammualaikum, peace upon you.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin | Salam kosong-kosong ya kawan :) disini shida menyusun 10 jari tanda memohon ampun dan maaf selama shida bergelar blogger dan maaf juga sekiranya segala karya dan penulisan shida ada yang membuat sesetengah pihak atau kawan-kawan sendiri berasa kecil hati. Shida yang khilaf ini memohon maaf zahir dan batin ya :) Selama shida berkarya di dalam blog ni kadang-kadang ada membuat orang lain tak senang atau ada terlebih dan terkurang dari shida minta halalkan ya :) Alhamdulillah pada hari raya ke3 shida masih berkesempatan untuk menulis lagi di dalam blog kesayangan shida ni :) Maaf juga ucapan shida terlambat sehingga masuk raya ke3 baru ada masa sikit untuk menulis dan buat ucapan dekat semua pembaca dan pengunjung blog shida. Dari bulan puasa sehinggalah raya sibuknya tak habis-habis korang. Sampai shida rasa nak pengsan sudah, nasib ada ephyra selalu buat shida bertenaga rasa! Hope sangat-sangat lepas ni ephyra akan banyak lagi membantu shida!
Tahun ni agak sibuk sikit sebab nak diikutkan dalam rumah shida dah jadi anak sulung tau :) sebab kakak abang shida semua dah berkahwin so kerja masak memasak, kemas rumah dan sebagainya shida yanga aturkan. See boleh nampak tak kesibukan shida dirumah? nak hias dan kemas sorang-sorang sebab adik-adik kerja dan study masih tak pulang sabtu 26.7.2014 baru pulang semuanya. Apa-apa shida enjoy raya tahun ni sebab boleh merasa betapa sibuknya menjadi kakak sulung tahun ni :) Raya pertama dan kedua memang tak dan nak pegang hp pun, tahu-tahu malam mandi dan tidur. Raya ke3 ni agak senang sikit sebab tu boleh taip menaip :) Raya ke3 kami sekeluarga balik kampung ke Kuala Kangsar beraya dengan sanak saudara, pakcik dan makcik. So tak ada masak memasak untuk raya ke3 kami tutup rumah hehee :)
Menu Raya agak meriah sebab kami semua buat sendiri untuk menu berat hehee. Menu untuk raya pertama Ketupat, Lemang, Rendang, Laksa, kuih muih, kek dan air oren. Menu raya kedua masih ada Lemang, Ketupat dan Rendang + bihun, kuetiaw dan mee Sup, kekdan kuih muih pun masih ada, cuma air kita tukar buat rebina :) Raya ke3 Off dari memasak hehee kita pergi makan rumah orang pula hehee :) Raya ke4 Inshaa Allah shida nak buat spagethi sebab officemate semua nak datang jika jadi lah sekali dengan bos shida. So menu dah tetap Spagethi, kuih muih dan air oren semula :) Untuk Raya ke5 shida belum fikir mungkin buat goreng-goreng je mee, kuetiaw atau bihun goreng macam tu lah selalunya menu shida masa hari raya. Raya pertama wajib Laksa, raya ke2 wajib Sup, raya ke3 wajib balik kampung dan raya seterusnya baru fikir-fikir nak masak apa hehee :) Letih juga kena masak tapi fikirkan kita bagi orang makan kan rasa puas hati je bila habis. Setiap hari menu semua habis, ramai sangat tetamu dan saudara yang berkunjung hehee :) Tapi tuan rumah dah letih sangat-sangat kerjanya didapur je hehee :D
Persiapan raya pula untuk shida, yes! memang last minit beli so baju yang tinggal tak lah havoc mana huhuu..padan muka kan! Bab baju raya shida memang tak kisah sangat asalkan ada baju berganti kan :) Ikutkan nak sama warna dengan sidia tapi cari punya cari tak ada baju yang sama kaler so shida ambil jer baju kurung yang shida rasa suka nak pakai. Dalam pilihan warna pula shida tak tekankan sangat asal cantik sudah :) kalau tahun lepas warna biru gelap dan oren lembut. Tahun 2014 ni warna maron + ada labuci yang memeriahkan pada ruangan baju kurung shida :) tahun ni sempat beli baju kurung sepasang sahaja itu pun guna duit raya dari bos shida :) yang lain-lain pakai yang lama sebab tak sempat nak beli huhuuuhu..nak nangis rasa huwaaa ;( Bag dari Lazada pun tak sampai-sampai frust juga rasa huhuhu :( Tak apa masih ada bag lain yang shida boleh pakai kebetulan memang ada clucth bag shida warna maron dan coklat so pakai saja! asalkan ada bag nak letak barang-barang peribadi serta duit raya!! penting balik kampung wajib bawa sekurang-kurangnya 30 sampul :) anak-anak sepupu shida ramai kot hahaaaa. Rasanya ini saja cerita raya shida. Nanti shida update lagi ya :) tak sabar nak masuk bulan ogos pula. bye korang!!
Baju Raya 2014
Duit Raya 2014 dari Majikan dan Blogger Afzal
Hamper Raya 2014 dari Majikan
22 comments
Selamat Hari Raya
ReplyDeleteselamat hari raya shida..
ReplyDeletelama cuti la ea? bestnya =)
asslmkm shida.. selamat hari raya.. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Shida...maaf kalau tersalah apa2 yer.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya shida
ReplyDeleteakak isi tabung geniee shida -drypers
ReplyDeleteSALAM AIDILFITRI KAK SHIDA
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.com/
SALAM AIDILFITRI KAK SHIDA...
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.com/
selamat hari raya & maaf zahir batin, shida ^^
ReplyDeleteSelamat hari Raya Shida, waa... dapat hamper raya..nak jugakkk..haha
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak Shida.. :)
ReplyDeletewow!
ReplyDeletesyonye dapat duit raya :)
slam 0 0 jugak sis ^_^
jom join review MG
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/08/tolong-review-review-rewards-rmxxxx.html
selamat hari raya shida..:)
ReplyDeletewAH WAH WAH cANTIK BAJU sHIDA
ReplyDeletebESTNYERR DAPAT HAMPER LAGI TUUUU
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri kak Shida :)
ReplyDeletecantik baju raya shida..Selamat hari raya Shida
ReplyDeletetu dia.. rezeki raya shida
ReplyDeleteAssalamualaikum shida, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. wahh bestnya. murah rezeki awak dibulan Syawal ni ~~~
ReplyDeleteSelamat hari raya shida...
ReplyDeleteP/s: blm terlambat kn.. Hihu.
Selamat hari raya Shida
ReplyDeleteWalaupun dah terlambat nak juga cakap SELAMAT HARI RAYA kak Shida.. Thanks for the card. Love you to the moon and back :-D
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.