Semakin hari semakin sibuk
Assalammualaikum, peace upon you.
Baru hari ni shida senang nak update
personal punya cerita, ya allah sibuk tak terkata. Ke hulu ke hilir bawa
mak beli barang untuk kenduri kakak nanti. Minta maaf pada kawan-kawan
yang berkunjung selalu tak nampak shida update. Yang sempat join GA je
sebab tak guna idea pun nak update huhu.. minta maaf ye sibuk nak kenduri macam ni
lah! Baru kenduri kakak belum kenduri sendiri lagi nanti tak tahu sibuk
macam mana pula kan. Shida bantu kakak sebab dia sibuk dengan hal-hal
sekolah dengan study dia lagi so berkorban sikit untuk dia nanti waktu
shida nanti dia pula tolong kan hehee :)
Sejak-sejak kakak dah bertunang ni ujian makin banyak, bukan sahaja ujian untuk kakak tapi tempias dekat shida juga. Alaahh normal lah bila kakak abang dah setel turn shida pula, so ada lah kawan-kawan mak bertanya-tanya tentang shida "haa kamu bila lagi?" "dah ada calon ke belum?" "nak? makcik carikan" dan bla..bla.bla...bla kadanag rimas shida dengar benda yang sama!! rasanya shida tak lah terdesak sangat nak kahwin walau umur dah meningkat macam ni. Nak kahwin persediaan perlu ada dari segi fizikal, mental dan kewangan kan? mana boleh kahwin ikut nafsu semata-mata! Kena fikir juga tanggungjawab selepas kahwin berlipat ganda so bukan lah perkara main-main.
So lepas kenduri kakak bertunang hari tu just abaikan apa yang kawan-kawan mak bebel kan heheee.. dah biasa dengar, shida senyum je lah nak kata apa kan. So hari ni nak keluar lagi dengan mak memandangkan shida cuti hari ni. Letih pun ada macam tak cukup rest shida ni dengan kerja lagi. Kerja makin hari makin banyak kalau cuti esoknya siaplah double triple kerja bos bagi..alahaii bos!! Harapa-harap semua ni berjalan dengan lancar sehingga pada tarikh kenduri nanti. Dah lepas kenduri baru boleh tarik nafas panjang berjelaa hehee :) tapi kena ready telinga lah kan! :3
12 comments
sabar jer lah shida..:)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan..
ReplyDeletemacam bz sangat nie...huhu all teh best kak, semoga majlis nanti berjalan dgn lancar..:)
ReplyDeletesuper duper busy yer, kesian akak. moga Allah permudahkan segala urusan yaa. yg penting, hidup happyyyy disamping insan2 kesayangan :)
ReplyDeletehehe xpe kak. Rest je dlu ok. Slow2 je update tu :)
ReplyDeletebila dah busy memang tak sempat kan nak jengah blog..take you rest and settlekan ape yang patut dulu..pasni dah free boleh hadap blog pulak :)
ReplyDeletesoalan biasa la tu Shida...ezad pun selalu kena...sebab sepupu2 ramai yang da kahwin...bukannya benda main2 bab2 kahwin ni...memang perlukan banyak persediaan..huhu
ReplyDeleteTerkena tempias gak eh..
ReplyDeleteAssalamualaikum shida.
ReplyDeleteItu baru kakak yg bertunang shida..bila kita sendiri bertunang, lagi berganda sibuknya,hehe
Sementara hidup solo, enjoy je dgn khidupn kita..soalan mcmtu, kita pn asyik ditanya, smpai da tak reti nak jwb cmna, senyum je kita,hehehe
Moga di peemudahkan.. busy xle nak kata apa lahh
ReplyDeleteKlu bt knduri mmg xckup tido adlh pkra biasa. Moga persiapan kakak shida dipermudahln..utk shida..sabar la ye.org mmg ajn slalu ckp :)
ReplyDeletekalau sendiri punyer lagila buzy..hehe
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.